Ada ke cara merawat ejakulasi pramatang yang boleh dicuba lelaki ya?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ada ke cara merawat ejakulasi pramatang yang boleh dicuba lelaki ya?
Bagi lelaki, kekuatan dan ketahanan batin adalah lambang kejantanan. Disebabkan itu, ramai kaum Adam malu untuk mengaku jika mereka ada masalah dalam kehidupan seks bersama isteri.
Lebih-lebih lagi jika mereka sering ‘tewas awal’ semasa ‘projek’ dengan isteri dek kerana masalah ejakulasi pramatang yang dihadapi.
Persoalannya, adakah terdapat sebarang rawatan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah ini?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki, sila dapatkannya di sini.
Sebelum mengetahui cara merawat ejakulasi pramatang, wajar untuk kita tahu serba sedikit terlebih dahulu mengenai kondisi sangat yang membimbangkan lelaki ini.
Keadaan ini merujuk kepada kecenderungan seseorang lelaki itu untuk mengalami ejakulasi atau terkeluar air mani dengan terlalu cepat atau dalam bahasa yang lebih mudahnya, pancut awal.
Secara umumnya, kondisi pancut awal ini adalah masalah seks yang paling banyak berlaku kepada kaum Adam.
Ia mungkin akan berlaku kepada lelaki dari semua peringkat umur 18 hingga 59 tahun. Apakah simptomnya?
Paling jelas, seseorang lelaki yang mengalami kondisi ini akan mencapai klimaks kurang dari seminit semasa melakukan hubungan intim.
Selain itu, masalah ejakulasi pramatang dikaitkan dengan dua faktor utama, iaitu faktor biologi dan psikologi. Berikut adalah huraiannya:
Jika anda adalah seorang lelaki yang mengalami kondisi ini, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan. Malahan itu, ramai lagi kaum Adam yang mengalaminya dan terlalu malu untuk mengakuinya.
Jadi, jangan sesekali berasa kecil diri kerana masalah ini sangat kerap berlaku dan selalunya, ia tidak kekal dan boleh dirawat. Persoalannya, apakah rawatannya?
Baca juga:
Kini, dikatakan masalah ejakulasi pramatang boleh dirawat dengan menggunakan sejenis pelekat yang dijana kuasa oleh bateri.
Pelekat ini dicipta dengan saiz kira-kira 1 inci persegi bagi memudahkan ia ditampal pada perineum – bahagian di antara anus dan skrotum.
Tujuannya? Ia dikatakan mampu mengurangkan aktiviti otot pelvis yang seterusnya akan jadi punca ejakulasi pramatang.
Seperti yang sudah diterangkan di atas, masalah pancut awal ini disebabkan oleh dua faktor utama iaitu biologi dan psikologi.
Namun, sebab ia berlaku adalah berbeza bergantung kepada individu itu sendiri dan mungkin ada sebab lain yang belum diketahui.
Disebabkan itu, rawatan sedia ada seperti selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs), yang menggalakkan kehadiran serotonin seperti sertraline dan fluoxetine mungkin tidak begitu berkesan bagi beberapa individu.
Selain ubat-ubatan yang boleh menambah serotonin dan hormon dalam tubuh badan, terdapat juga krim dan spray seperti lidocaine yang boleh membantu mengurangkan tahap sensitiviti pada zakar.
Namun, ia mungkin masih belum cukup untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang menjadi punca kondisi ejakulasi pramatang. Jadi, apakah alternatif yang ada?
Pelekat ini dicipta untuk ditampal pada otot bahagian bawah zakar – bulbospongiosus, yang berfungsi mengawal pengeluaran air mani semasa ejakulasi.
Pelekat pakai buang ini perlu digunakan 10 minit sebelum melakukan hubungan kelamin.
Cara ia berfungsi adalah dengan menyalurkan rangsangan elektrik yang ringan ke dalam otot yang diperkatakan.
Secara teorinya, rangsangan elektrik ini akan memastikan otot pada bahagian sekitar zakar kekal berkontraksi selama beberapa minit.
Jadi, ia mungkin dapat membantu menghalang ejakulasi berlaku terlalu cepat. Apa yang menariknya, tahap kekuatan rangsangan ini boleh dikawal melalui aplikasi dari telefon pintar anda.
Menurut kajian yang dijalankan pada 2019 oleh International Journal of Impotence Research terhadap 20 lelaki, produk ini dikatakan memang mempunyai keupayaan untuk membuat seseorang lelaki itu tahan lebih lama semasa melakukan hubungan seks.
Menurut kajian itu lagi, penggunaan produk ini akan membuat lelaki memanjangkan tempoh seks sebelum mencapai klimaks atau ejakulasi sebanyak 3.5 kali ganda.
Namun, kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk memastikannya benar-benar berkesan untuk dijual di dalam pasaran kelak.
Ada orang yang takut untuk mengambil perubatan atau memakai peralatan semata-mata ingin meningkatkan kemampuan seks mereka.
Jadi, apakah alternatif lain yang boleh anda dan pasangan guna semasa melakukan hubungan seks untuk mengelakkan kondisi ejakulasi pramatang?
Kondisi ejakulasi pramatang mungkin boleh dielakkan dengan teknik berhenti seketika semasa sedang melakukan seks dan kemudian mulakan semula setelah rasa klimaks itu telah hilang.
Caranya, suami perlu keluarkan zakar seketika atau berdiam diri tanpa sebarang pergerakan ketika sedang melakukan penetrasi ke dalam faraj.
Apabila rasa ingin terpancut air mani itu telah hilang, boleh sambung kembali ‘projek’ anda itu, ya?
Mesti ramai daripada kalangan anda pernah mendengarnya tapi tidak mengetahuinya dengan lebih mendalam bukan?
Untuk pengetahuan anda, teknik ini dilakukan dengan cara isteri perlu kemutkan faraj mereka dengan sekuat mungkin semasa suami sudah hendak terkeluar air mani.
Selepas rasa ingin klimaks itu berhenti, baru sambung semula seperti biasa. Percaya atau tidak, ia mungkin boleh membantu mengelakkan ejakulasi pramatang!
Kondom sememangnya mampu mengurangkan stimulasi ke atas zakar dan dianggap cara merawat ejakulasi pramatang paling mudah dan mampu tahan lebih lama.
Berfungsi agak sama seperti kondom, pelincir penyahpekaan (desensitising lubricant) mengandungi anestetik ringan yang boleh mengebaskan zakar.
Jadi, tiada lagi alasan untuk anda tewas awal!
Sudah terdapat banyak cara merawat ejakulasi pramatang.
Namun, keberkesanannya adalah berbeza bergantung kepada individu. Sebaiknya, berjumpa doktor untuk khidmat nasihat dan rawatan yang terbaik buat anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen