backup og meta

Memahami Fasa Klimaks Seorang Wanita Semasa Hubungan Seks

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/04/2021

    Memahami Fasa Klimaks Seorang Wanita Semasa Hubungan Seks

    Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal? 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Orgasme wanita berbeza-beza

    Penyelidikan menunjukkan bahawa cara bagi individu wanita mencapai klimaks setelah menerima rangsangan seksual adalah berbeza-beza.

    Orgasme wanita bukanlah 1 perkara yang akan berlaku kepada setiap wanita. Malahan jika seseorang wanita itu tidak pernah mengalami orgasme faraj, ia tidak bermakna mereka perlu berasa kekurangan.

    Orgasme yang dialami wanita juga bukanlah 1 perkara mitos. Ia berlaku cuma jumlah mereka yang mengalaminya tidaklah banyak.

    Memahami apa itu klimaks

    Anda mungkin pernah mendengar perkataan terangsang, klimaks mahupun orgasme, tetapi adakah anda memahami maksud sebenarnya?

    Keseronokan seksual adalah 1 perkara yang sangat subjektif. Ia boleh berlaku daripada pelbagai bentuk dan cara.

    Sudah tentu ia berbeza bagi setiap individu yang merasainya. Ia sama seperti persoalan mengenai aktiviti seks, masing-masing mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri.

    Wujud kesukaran untuk menentukan maksud perkataan klimaks atau orgasme itu.

    Berdasarkan model rangsangan seksual, klimaks dianggap sebagai rangkaian kontraksi berirama otot genital diikuti dengan rasa ketenangan.

    Bagi individu lelaki, keadaan ini akan disertai dengan ejakulasi. Manakala bagi orgasme wanita, jika berlaku, ia tidak mempunyai kaitan dengan perembesan cecair. 

    Semasa hubungan seksual berlangsung, kemuncak klimaks boleh berlaku berulang kali, hanya sekali atau tidak langsung berlaku.

    Orgasme juga boleh terjadi walaupun tidak menerima sebarang rangsangan seksual. Ia boleh berlaku sebagai 1 tindak balas terhadap rangsangan tertentu.

    orgasme wanita

    Jenis orgasme wanita

    Bercakap mengenai jenis klimaks yang boleh berlaku kepada wanita, sesetengah pendapat membahagikannya kepada 2, iaitu:

    • Orgasme klitoris 
    • Orgasme faraj

    Orgasme klitoris dikatakan sebagai klimaks yang berlaku selepas berlaku rangsangan pada klitoris. Contohnya melibatkan seks oral.

    Manakala orgasme faraj pula adalah klimaks yang berlaku apabila wujud rangsangan faraj. Biasanya melibatkan hubungan seks melalui faraj.

    Ada wanita yang hanya mempunyai 1 jenis klimaks. Ada juga yang boleh mengalami kedua-dua jenis orgasme faraj dan klitoris. 

    Namun terdapat juga wanita yang tidak boleh mengalami orgasme.

    Jika persoalan, sama ada ia normal atau tidak masih bermain di fikiran anda, maka jawapan yang perlu anda tahu adalah keadaan wanita yang tidak klimaks adalah normal.

    Klimaks dan hubungan seks

    Apabila wanita bimbang sama ada ia sesuatu yang normal untuk tidak mengalami orgasme faraj, mereka biasanya secara khusus ingin mengetahui adakah perlu rangsangan klitoris semasa seks berlaku.

    orgasme wanita

    Kebanyakan wanita mengatakan, apabila berlakunya rangsangan klitoris, ia lebih menyukarkan mereka untuk mengalami klimaks. 

    Ada juga wanita yang mengalami orgasme hanya melalui rangsangan faraj semata-mata. Cuma keadaan itu jarang berlaku. 

    Malangnya, data berkaitan orgasme wanita semasa persetubuhan melalui faraj juga sangat sedikit.

    Ini kerana kurang penyelidikan bertujuan untuk mengetahui tentang keadaan wanita semasa hubungan seksual berlaku. 

    Mencapai orgasme wanita

    Sekiranya anda tergolong dalam kalangan wanita yang tidak pernah mengalami orgasme daripada aktiviti melancap atau persetubuhan, tetapi anda mahu mengalaminya, jangan berputus asa. 

    Terdapat sebilangan wanita tidak pernah berasakan orgasme sepanjang hidup mereka, malahan ada juga sekelompok wanita yang tidak mengalaminya sehingga lewat usia kehidupan mereka. 

    Kenapa?

    Ia melibatkan gabungan faktor mental dan fizikal yang mungkin menyukarkan mereka untuk mengalami rangsangan seksual yang memuaskan sehingga berlakunya klimaks.

    Sekiranya anda mengalami anorgasmia, adalah lebih baik jika anda melakukan perbincangan dan pemeriksaan daripada pakar.

    Ia boleh melibatkan pakar sakit puan, doktor penjagaan kesihatan atau ahli terapi seks. 

    Anorgasmia merujuk kepada istilah perubatan tentang kesukaran yang kerap untuk mencapai orgasme walaupun selepas menerima banyak rangsangan seksual atau bentuk disfungsi seksual wanita lain.

    Perjumpaan dengan pakar sakit puan dan doktor mungkin boleh membantu untuk menentukan sama ada terdapat komponen perubatan yang mengakibatkan kesukaran anda mencapai orgasme. 

    Manakala pemeriksaan dan rundingan dengan ahli terapi seks boleh memberikan cadangan yang bermanfaat kepada anda.

    Memahami keadaan diri

    orgasme wanita

    Menjadi selesa dengan diri sendiri membolehkan anda untuk lebih memahami bagaimana untuk bertindak balas terhadap sentuhan yang anda sukai atau tidak dan rangsangan seksual daripada pasangan.

    Faktor lain yang perlu dipelajari untuk memungkinkan anda berasakan orgasme adalah dengan mewujudkan ‘pemikiran seksi’ (sexy thought).

    Pemikiran seksi dikaitkan dengan rasa keghairahan. Ia berbeza bagi setiap individu. 

    Sebagai contoh, ada individu dapat mewujudkan pemikiran seksi apabila menonton filem romantik. 

    Sesetengah yang lain mungkin mengalaminya apabila membaca sesuatu yang berunsur erotika atau menonton vidoa lucah.

    Sentiasa bertenang dan bersabar

    Cara paling penting untuk belajar adalah dengan menumpukan perhatian dan menikmati pemikiran seksi tanpa rasa risau atau terlalu mencuba. 

    Ia sememangnya 1 proses yang memakan masa. 

    Namun apabila ia digabungkan; rangsangan seksual bersama pemikiran seksi, pastinya ia membantu anda untuk mengalami orgasme.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan