backup og meta

Tidak Perlu Penetrasi, 4 Teknik Bergesel Ini Sudah MAMPU Buat Si Dia Rasa Nikmat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 15/12/2021

    Tidak Perlu Penetrasi, 4 Teknik Bergesel Ini Sudah MAMPU Buat Si Dia Rasa Nikmat!

    Ramai pasangan suami isteri di luar sana yang memandang rendah terhadap teknik dry humping (gesel kemaluan) dalam hubungan seksual.

    Hakikatnya, ia adalah satu tindakan yang selamat dan boleh dikira sebahagian daripada aksi foreplay.

    Berbeza dengan seks, dry humping hanya melibatkan aktiviti gesel kemaluan tanpa melakukan sebarang bentuk penetrasi. 

    Mungkin ramai pasangan suami isteri yang beranggapan bahawa perkara ini remeh. 

    Namun, ketika isteri sedang dalam keadaan berpantang atau dalam kitaran haid, hubungan seksual tidak sepatutnya dilakukan melalui faraj wanita.

    Maka aktiviti ‘gesel kemaluan’ boleh menjadi pilihan terbaik untuk anda melampiaskan keinginan seksual.

    Mungkin ada yang akan menyarankan onani sebagai alternatif, namun kesannya tidak sama dengan dry humping.

    Artikel ini akan menerangkan kelebihan dry humping berbanding aktiviti seks lain menurut pakar kesihatan seksual. 

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Selamat, nikmat dan mengasyikkan, ini sebab di sebalik aktiviti gesel kemaluan

    gesel kemaluan

    Sebelum memberikan apa-apa maklumat, penulis ingin menegaskan, aksi gesel kemaluan ini hanya sesuai dilakukan oleh mereka yang sudah berpasangan. 

    Tindakan melakukan dry humping dengan mereka yang tidak rela atau kanak-kanak adalah salah di sisi undang-undang.

    Kelakuan dry humping tidak hanya tertumpu kepada mereka yang inginkan hubungan seksual.

    Terdapat pasangan yang ingin merasakan keseronokan yang cuma boleh dicapai melalui teknik tersebut.

    Perkara ini ditekankan oleh pakar kesihatan seksual terkemuka Dr Jill McDevitt.

    Hubungan seks yang melibatkan penetrasi bukanlah satu interaksi bagi memenuhi keperluan dan naluri manusia. Ia juga melibatkan emosi.

    Kebanyakan pasangan, pada awalnya tidak rela untuk membuat sebarang hubungan seksual.

    Perkara ini benar terutamanya jika perkahwinan itu dirancang oleh keluarga atau mereka masih dalam fasa berkenalan.

    Artikel berkaitan:

    Setiap individu mempunyai keinginan seksual, namun penting untuk interaksi tersebut disertakan dengan hubungan emosi yang kuat.

    Jika anda belum bersedia untuk memenuhi kehendak tersebut, anda akan lebih selesa melakukan dry humping.

    Terdapat beberapa jenis teknik dry humping yang boleh memenuhi kehendak seksual individu

    Ada yang suka gesel kemaluan mereka dengan kemaluan pasangan, lutut, paha atau betis.

    Ada juga yang suka gesel kemaluan mereka dengan objek seperti bantal, kusyen dan sebagainya.

    Objektifnya sama, untuk mencapai orgasme. Apa yang perlu anda beri perhatian adalah kehendak pasangan anda yang juga penting untuk dituruti.

    Kedudukan semasa melakukan perbuatan ini

    gesel kemaluan

    Percaya atau tidak, kedudukan anda ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan boleh mempengaruhi tahap kepuasan anda.

    Oleh sebab setiap individu mempunyai kehendak seksual yang berbeza, anda perlu melakukan sedikit eksperimen untuk mengenal pasti posisi mana yang anda selesa.

    Antara kedudukan yang boleh dilakukan bersama dengan pasangan adalah seperti berikut:

    • Kedudukan missionary – mungkin kelihatan pelik, berada dalam kedudukan ini namun tidak melakukan penetrasi, tapi posisi ini mudah dilakukan oleh mana-mana pasangan. Geselan kemaluan dan hentakan ditambah pula dengan aksi foreplay seperti berkucupan boleh memberikan nikmat seksual yang tidak terhingga
    • Posisi cowgirl – jika anda beranggapan posisi cowgirl hanya sesuai untuk hubungan seks yang melibatkan penetrasi, anda silap. Tidak kiralah siapa yang berada di atas, atau siapa yang berada di bawah, jika kena pada tekniknya, geselan yang dikenakan atau dirasai mampu memberikan kenikmatan kepada anda dan pasangan
    • Kedudukan mengiring menghadap satu sama lain – gesel kemaluan anda bersama pasangan semasa dalam kedudukan mengiring. Dalam posisi ini, paha anda dan pasangan akan menjadi ‘alat rangsangan’ bagi memberikan kepuasan maksimum 
    • Posisi the snake – seorang pasangan akan meniarap, bergesel dengan tangan atau objek seperti bantal. Seorang lagi akan meniarap di atasnya, bergesel dengan punggung pasangan di bawah

    Dalam mengekalkan keseronokan hubungan seksual dengan pasangan, kadangkala tidak salah untuk kita menjadi lebih kreatif.

    Jika anda atau pasangan tidak menggemari suatu posisi semasa melakukan hubungan seks, tukar posisi tersebut. 

    Terdapat lebih daripada 100 posisi yang boleh membantu anda mencapai orgasme. 

    Jika tindakan gesel kemaluan dibuat untuk meningkatkan syahwat sebelum melakukan seks penetrasi, pastikan anda dan pasangan berasa puas.

    Ingat, kepuasan seksual adalah hak kedua-dua pasangan suami isteri.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 15/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan