backup og meta

Tak Ready Untuk Hamil? Ini Pilihan Pencegahan Yang Boleh Dipertimbangkan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 16/06/2021

    Tak Ready Untuk Hamil? Ini Pilihan Pencegahan Yang Boleh Dipertimbangkan

    Mempunyai anak adalah satu perkara yang menakjubkan, bukan? Tetapi memiliki zuriat dengan cara yang tidak dijangka mungkin sebaliknya. Jadi sebelum waktu yang dirancang tiba, alat pencegahan kehamilan perlu digunakan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Jadi apa itu alat pencegahan kehamilan?

    Pencegahan kehamilan merujuk kepada pelbagai langkah yang diambil untuk melambatkan proses pembiakan semula jadi yang berlaku melalui hubungan kelamin.

    Kebanyakannya berkesan jika digunakan dengan betul dan konsisten.

    #1. Hormon Pencegah Kehamilan

    Seperti namanya, hormon pencegah kehamilan merupakan cara untuk mencegah ovulasi dalam kitaran normal badan wanita, dengan itu sekali gus dapat menghalang kehamilan dari berlaku. 

    Selain itu, sperma kemudian dibuat lebih sukar untuk memasuki serviks dan mencari telur. Lapisan rahim juga terjejas bagi memastikan telur yang berjaya disenyawakan tidak dapat menempel.

    Alat pencegahan kehamilan ini boleh didapati dalam bentuk pil, tampalan, cincin faraj, suntikan dan implan.

    alat pencegahan kehamilan

    Walau bagaimanapun, disebabkan pencegah kehamilan jenis ini perlu digunakan dengan konsisten, maka anda perlu mendapatkan preskripsi doktor untuk menggunakannya.

    Anda tidak semestinya akan mengambil pil setiap hari, tetapi terdapat jadual tertentu. Setiap kaedah mempunyai tempoh tersendiri.

    Anda disyorkan untuk berunding dengan doktor bagi mengetahui apa yang terbaik. 

    Alat Pencegahan Kehamilan#2. Kondom

    Kondom adalah apa yang dipanggil pencegah kehamilan sekatan.

    Kondom mewujudkan sekatan yang menghalang sperma daripada memasuki rahim. Terdapat kondom lelaki dan kondom wanita.

    Kondom lelaki adalah seperti getah nipis yang meliputi organ lelaki semasa aktiviti seksual. Sementara kondom wanita adalah tiub plastik yang dimasukkan ke dalam kemaluan perempuan.

    Baca juga:

    Selain memastikan kehamilan dicegah, penggunaan kondom juga membantu mencegah penyakit kelamin.

    Terdapat jenis-jenis sekatan lain seperti span yang mengandungi spermicide. Di mana ia boleh  membunuh sperma apabila terkena.

    Pilihan lain adalah diafragma, topi serviks dan perisai serviks. Tiga jenis ini perlu preskripsi doktor sebelum digunakan. 

    Semua ini akan diletakkan dalam organ wanita untuk mewujudkan sekatan. 

    #3. IUDs – Peranti intrauterine

    Ini merupakan kaedah dengan kadar kejayaan yang paling tinggi untuk mencegah kehamilan sehingga 99%. IUD adalah alat kecil, plastik berbentuk  T yang diletakkan di dalam rahim.

    Terdapat dua jenis IUD, salah satu yang mengeluarkan hormon yang berfungsi seperti pengambilan pil, manakala yang lain menggunakan spermicide.

    Tempoh menggunakan IUD mengambil masa sehingga 10 tahun dengan minimum 3 tahun bergantung kepada jenis yang anda gunakan.

    alat pencegahan kehamilan

    Alat Pencegahan Kehamilan #4. Kontraseptif kecemasan

    Turut dikenali sebagai pil after morning, kontraseptif kecemasan sering digunakan apabila anda menjalani hubungan kelamin dalam keadaan tidak bersedia.

    Ini bukan satu kaedah pencegahan kehamilan biasa, disebabkan itu ia dipanggil “kecemasan”.

    Pil ini berfungsi dengan menyimpan sementara telur dari ovulasi, menghentikan persenyawaan atau mencegah telur daripada menempel dalam rahim.

    Selain daripada dua kaedah terakhir, penggunaan pil hormon dan sekatan memerlukan perancangan rapi terlebih dahulu. 

    Anda tidak akan selamat jika menggunakan kondom yang telah tamat tempoh atau pil yang rosak, meskipun telah mengikuti alat pencegahan kehamilan dengan baik kerana tiada jaminan kehamilan tidak berlaku. 

    Oleh itu, menyediakan beberapa pil after morning adalah langkah yang agak bijak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 16/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan