backup og meta

Orang Muda Dianggap Lemah & Lesu Dalam Hubungan Intim, Tapi Mengapa?

Orang Muda Dianggap Lemah & Lesu Dalam Hubungan Intim, Tapi Mengapa?

Pada tanggal 12 Ogos setiap tahun, seantero dunia akan menyambut Hari Belia Antarabangsa khusus untuk meraikan dan merayakan orang muda.

Setiap kali kita berbicara mengenai golongan belia, pelbagai isu boleh diutarakan dan dibincangkan terutamanya dari aspek kesihatan.

Manakan tidak, orang muda kini dianggap semakin lemah dan lesu dari hari ke hari ekoran ketidakupayaan mereka dalam segenap hal.

Antara hal yang dimaksudkan adalah dari aspek seksual mereka. Kenapa?

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

Orang muda sekarang sudah tidak ‘kuat’?

Setiap kali kita melayari internet atau media sosial sahaja, sudah pasti akan ada banyak iklan terpampang di dada skrin tentang pelbagai ubatan dan rawatan untuk kesihatan seksual.

Bukan sahaja banyak yang mengiklan, yang membeli juga ramai terutamanya dalam kalangan orang muda.

Ini sekali gus menimbulkan satu isu di mana golongan belia kini dianggap sudah tidak kuat dari aspek batinnya.

Apa yang dimaksudkan dengan frasa ‘tidak kuat’ di sini adalah dari segi seksual atau dalam bahasa mudahnya, lemah syahwat.

Dalam pada itu, orang muda kini juga banyak dikaitkan dengan pelbagai masalah seksual yang lain seperti:

seks

Mungkin ramai yang kata bahawa masalah-masalah di atas boleh berlaku kepada setiap golongan usia dan bukan hanya golongan belia semata-mata.

Pun begitu, anda perlu sedar bahawa segala masalah berkaitan seksual ini perlu diselesaikan segera sebelum ia bertambah melarat seiring peningkatan usia.

Apa punca belia begitu mudah lemah syahwat?

Baik belia berjantina lelaki atau wanita, kedua-duanya terdedah kepada pelbagai masalah berkenaan seksual.

Sebagai contoh yang kita boleh ambil, ramai golongan orang muda kini mengalami masalah kurang libido atau kurang/tidak bernafsu terhadap pasangan mereka.

Menurut Jennifer Lanier Payne yang merupakan Profesor Psikiatri dan Tingkah Laku dari Johns Hopkins University, hal ini ada kaitannya dengan kesihatan mental.

Beliau berkata bahawa orang muda kini ramai yang mengalami masalah kurang libido ekoran tekanan hidup sekarang yang semakin tinggi dan berat.

‘Puncanya adalah sama ada kalian terlalu sibuk, penat, stres atau tidak punya mood’, jelas Jennifer lagi.

Persoalannya, kenapa golongan belia lebih mudah tertekan sekarang? Jawapannya adalah gaya hidup yang tidak sihat dan tidak stabil.

seks

Perunding Urologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Zulkifli Md Zainuddin berkata, isu terlalu mementingkan kerjaya menjadi salah satu dari punca individu mengalami masalah seksual.

Desakan hebat untuk bekerja dan bekerjaya agar mampu hidup selesa telah menjadi punca individu mengalami masalah yang membimbangkan seperti disfungsi erektil dan lain-lain.

Jadi, sesuatu perlu dilakukan oleh golongan belia.

Apa yang perlu dibuat untuk merawat masalah ini?

Antara jalan penyelesaian mudah dan cepat yang diambil oleh golongan belia bermasalah adalah dengan mencari alternatif bantuan seksual yang ada di pasaran.

Disebabkan itu, mereka lebih gemar berpaling kepada produk yang kononnya boleh menyembuhkan masalah seksual seperti gambir, minyak atau alat mainan seks untuk membantu merangsang diri dan pasangan.

Ya, mungkin bantuan-bantuan ini tidak ada salahnya untuk digunakan bahkan ubatan peningkat nafsu syahwat seperti viagra juga ada dijual di farmasi bagi membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Pun begitu, adakah ia sesuatu yang wajar dilakukan? Sebenarnya, ia adalah pilihan terakhir yang patut dibuat!

Ini kerana adalah lebih baik kalian berjumpa doktor pakar terlebih dahulu bagi mendapatkan konsultasi untuk anda yang kerap lemah dan lesu setiap kali beraksi di ranjang.

orang muda

Hari Belia Antarabangsa 2020

Bersempena Hari Belia Antarabangsa 2020 yang berlangsung setiap 12 Ogos, bertemakan “Youth Engagement for Global Action‘ ini, sesuatu perlu diubah dan dibuat untuk menyelesaikan isu belia di peringkat dunia.

Sebagai contoh, kempen kesedaran mengenai kepentingan kesihatan seksual dalam kalangan orang muda haruslah ditekankan dengan hebat.

Ini bertujuan menyedarkan mereka bahawa adalah penting untuk menjalani gaya hidup sihat dan stabil, serta menyeimbangkan kehidupan di rumah dan pejabat.

Dengan ini, segala masalah seksual yang membuat orang muda lemah dan lesu di kamar tidur mungkin dapat diselesaikan dengan bantuan rawatan dan ubatan dari doktor.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.un.org/development/desa/youth/iyd2020.html
  2. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/low-sex-drive-could-it-be-a-sign-of-depression
  3. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9121-sexual-dysfunction
  4. https://www.nhs.uk/live-well/sexual-health/male-sexual-problems/
  5. https://www.nhs.uk/live-well/sexual-health/female-sexual-problems/
  6. https://www.bhplus.com.my/taxonomy/term/1303/2017/07/277071/seorang-daripada-lima-lelaki-lemah-syahwat

Versi Terbaru

06/09/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan