home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Orang Muda Lagi Aktif Berjimak Bersama Pasangan? Anda Silap! Ini Kajian Yang Kata!

Orang Muda Lagi Aktif Berjimak Bersama Pasangan? Anda Silap! Ini Kajian Yang Kata!

Zaman sekarang, perkahwinan di usia muda merupakan suatu trend yang diikuti oleh ramai pasangan belia.

Kami tidak kata yang berkahwin pada usia muda adalah salah namun kalian perlu lebih berwaspada agar rumah tangga lebih bahagia kelak.

Ini kerana pasangan belia sudah tentu mempunyai kurang pengalaman dalam selok-belok hal berkaitan perkahwinan dan perhubungan.

Ada satu hal yang telah dibuktikan oleh kajian baru-baru ini iaitu pasangan belia kini sudah jarang beraksi di ranjang bersama. Kenapa?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya dengan lebih mendalam lagi!

Apa itu jimak dalam kalangan suami isteri?

Ya, kami sedar ramai yang sudah tahu apa itu jimak namun kurang faham mengenai maksud sebenarnya.

Ini kerana ramai pasangan terutamanya yang baharu berkahwin akan beranggapan jimak itu adalah perbuatan memuaskan keinginan dan kemahuan seksual masing-masing.

Namun inilah yang menjadi masalahnya kerana kebanyakan pasangan belia hanya akan fokus untuk memuaskan nafsu syahwat diri sendiri sahaja tanpa mempedulikan pasangan.

seks

Hakikatnya, jimak adalah perbuatan suami isteri melakukan hubungan penetrasi zakar ke dalam faraj dalam usaha mencapai klimaks bersama-sama.

Jadi, sila lakukan seks untuk mencapai kepuasan bersama pasangan dan bukannya seorang diri sahaja okay!

Kajian kata pasangan belia sudah kurang buat seks?

Berbalik kepada persoalan utama artikel ini iaitu pasangan belia sudah kurang beraksi di ranjang bersama pasangan, adakah ia benar?

Menurut kajian yang diterbitkan dalam The Journal of the American Medical Association (JAMA), golongan belia terutamanya lelaki sudah jarang melakukan seks bersama pasangan.

Kajian ini dijalankan pada tahun 2000-2002 dan 2016-2018 terhadap 4,291 lelaki dan 5,213 wanita di Amerika Syarikat.

Ia diketuai oleh Dr Peter Ueda yang merupakan pengkaji dan pensyarah dari Karolinska Institute di Sweden.

Didapati bahawa golongan belia lelaki yang berusia 18 ke 24 tahun sudah jarang melakukan seks dengan peratusan yang meningkat dari 19% kepada 31%.

Manakala golongan belia wanita yang berusia 18 ke 24 tahun pula juga sudah jarang melakukan seks dengan peratusan yang meningkat dari 15% kepada 19%.

Namun ia sudah semakin baik seiring dengan perjalanan usia mereka.

Dalam erti kata yang lebih mudah, pasangan belia kurang buat seks dan trend ini dilihat akan bertambah baik apabila meningkat umur.

Persoalannya, apakah punca golongan belia kurang berjimak bersama?

Apa punca pasangan belia sudah kurang buat seks?

aktiviti seksual

Di Malaysia, tiada sebarang kajian terkini yang dapat menentukan sama ada benar atau tidak pasangan muda sudah kurang berjimak bersama.

Namun mengikut trend yang terjadi di negara maju seperti Amerika Syarikat ini, tidak mustahil masyarakat kita juga mengalami perkara yang sama.

Berikut mungkin merupakan punca ia berlaku:

#1. Lambat matang mental & fizikal

Menurut Profesor Psikologi dari San Diego State University di Amerika Syarikat Jean M. Twenge, penurunan aktiviti seksual dalam kalangan pasangan belia mungkin disebabkan individu sekarang lambat matang.

Ini bermaksud pasangan belia kini mengambil proses yang lebih lama untuk berubah daripada seorang remaja kepada dewasa.

Ia mengakibatkan mereka akan lambat untuk bercinta dan berkahwin sekali gus menyebabkan mereka lambat mengenali aktiviti seksual.

Apakah puncanya?

Jawapannya adalah ia berkaitan dengan trend masa kini di mana individu lebih mengejar aspek kerjaya dan kewangan sebelum memikirkan soal perkahwinan dan kekeluargaan.

#2. Kewujudan media digital & sosial

Pornografi mungkin salah satu sebab ia berlaku kerana ia menyebabkan lebih ramai golongan belia memilih untuk beronani daripada berkahwin untuk memuaskan nafsu syahwat.

manfaat seks waktu pagi

Pun begitu, Twenge menyatakan bahawa kewujudan media digital dan sosial bukan sahaja akan membuat remaja gemar melancap malah menghabiskan masa muda mereka di talian sahaja.

Lebih-lebih lagi jika golongan ini adalah pasangan yang bercinta jarak jauh, maka aktiviti seksual juga berasaskan atas talian sahaja.

Ini adalah perkara yang agak membimbangkan kerana ia akan mengehadkan keintiman secara visual dan tidak lagi kepada rangsangan dan sentuhan.

#3. Penularan wabak bertaraf pandemik

Mungkin ramai yang sangka bahawa penularan wabak COVID-19 ini akan menyebabkan aktiviti seksual meningkat.

Ya, ia mungkin benar namun ini bukan halnya kepada golongan belia terutamanya yang kehilangan kerjaya dan kewangan akibat ekonomi tidak menentu kini.

Ini ekoran kesihatan mental yang mula memburuk sekali gus membuat kemahuan dan kemampuan seksual menurun.

Apa itu jimak? Ia adalah sesuatu yang sangat penting untuk hubungan suami isteri tidak kira usia.

Disebabkan itu, setiap golongan termasuklah pasangan belia yang baru berkahwin perlu melakukannya dengan kekerapan yang optimum untuk kesejahteraan rumah tangga.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://jamanetwork.com/journals/jamanetworkopen/fullarticle/2767063
  2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4084687/
  3. https://www.medinstitute.org/tag/young-adult-sex/
  4. http://www.ashasexualhealth.org/sexual-health/teens-and-young-adults/
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 08/07/2020
x