Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tahu tak penyakit radang usus sebenarnya turut beri kesan kepada kulit? Mesti tak sangka, kan? Jom ketahui 13 masalah kulit yang boleh berlaku bagi pesakit radang usus ini. 

Penyakit radang usus punca masalah kulit

Penyakit radang usus atau Inflammatory bowel disease (IBD) adalah keadaan penyakit yang mempengaruhi saluran usus melalui proses keradangan.

Pesakit yang menderita IBD akan mempunyai penyakit lain yang turut menjejaskan fungsi sistem organ lain. 

Keadaan itu disebut sebagai  extraintestinal manifestation. Tahap kesakitannya adalah sama seperti penyakit radang usus atau mungkin lebih teruk daripada itu. 

Ulcerative colitis (UC) adalah keadaan radang usus kronik yang menyerang usus besar. Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan masalah kulit, termasuklah ruam yang menyakitkan

Umumnya, kulit adalah salah satu sistem organ yang paling kerap dijangkiti oleh pesakit yang menderita IBD.

Masalah kulit melibatkan penyakit radang usus

# Erythema Nodosum

Nama itu membawa maksud ‘lebam merah’. Nodul merah lembut ini biasanya muncul di atas tulang keting atau pergelangan kaki. Adakalanya ia juga boleh berlaku pada bahagian lengan. 

Wanita dikatakan lebih kerap menghidapi keadaan erythema nodosum ini berbanding lelaki. Selalunya masalah kulit ini akan muncul bersama peningkatan radang usus

Pun begitu, nodul merah lembut pada kulit ini akan pulih jika keadaan radang usus terkawal. 

masalah kulit

# Pyoderma Gangrenosum

Keadaan kulit ini dikenal pasti dengan nanah pada kulit yang kelihatan seperti luka yang dalam. 

Seperti erythema nodosum, pyoderma gangrenosum kerap berlaku pada tulang keting atau pergelangan kaki. Tetapi ia turut boleh terjadi pada lengan. 

Masalah kulit ini bermula sebagai lepuh kecil, luka itu akan menjadi lebih dalam dan membentuk bisul yang teruk.

Luka yang dialami boleh sembuh jika gejala radang usus dapat diatasi. Penggunaan antibiotik, suntikan ubat ke bisul atau salap topikal antara pilihan rawatan yang disarankan. 

# Enterocutaneous Fistula

Fistula adalah terowong kecil yang menghubungkan 2 bahagian badan. 

Enterocutaneous fistula pula adalah saluran yang tidak normal daripada usus ke kulit – selalunya melibatkan rektum ke faraj, pundi kencing atau punggung. 

Ia juga mungkin berlaku disebabkan komplikasi pembedahan. Keadaan kulit ini lebih kerap terjadi pada pesakit Crohn daripada UC – sejenis penyakit kronik keradangan usus berulang. 

# Skin Tag

Lebih kerap terjadi kepada individu dengan penyakit Crohn. 

Ia berkembang sekitar pembengkakan buasir di dalam dan di sekitar dubur. Apabila bengkak berkurang, kulit di sekeliling akan menebal dan membentuk kepingan kecil.

Kewujudan skin tag boleh merengsakan kulit dan menyebabkan ketidakselesaan. 

kesan masalah radang usus

# Anal Fissure

Merupakan luka kecil sekitar lapisan saluran dubur. 

Masalah kulit yang dialami ini mungkin menyebabkan kulit merekah dan berdarah. Kesannya akan mengakibatkan rasa sakit dan gatal. 

# Aphthous Stomatitis

Ulser mulut kecil ini sering dijumpai pada bahagian antara gusi dan bibir bawah atau di sepanjang sisi atau pangkal lidah. 

Ia biasa terjadi apabila penyakit radang usus menyerang dengan teruk dan akan mereda apabila keadaan IBD terkawal. 

Pengambilan ubat kumur mungkin dapat membantu, selain amalan diet seimbang dan pengambilan suplemen multivitamin. 

# Acrodermatitis Enteropathica

Dalam kes radang usus kritikal ia boleh menyebabkan masalah kulit lain yang berkaitan dengan kekurangan nutrisi pemakanan.

Contohnya, individu yang alami cirit-birit teruk boleh kehilangan zink dalam najisnya. Kekurangan zink boleh menyebabkan acrodermatitis enteropathica – kuping ruam yang muncul pada wajah, tangan, kaki dan perineum.

Kekurangan vitamin juga boleh mewujudkan masalah kulit seperti gusi berdarah atau bengkak dan ruam mengelupas. 

Umumnya, keadaan ini jarang berlaku kerana pengetahuan tentang kepentingan pemakanan baik bagi penghidap masalah radang usus.

# Pyoderma Vegetan

Merupakan gangguan kulit yang jarang berlaku dan dipercayai disebabkan aktiviti sistem imun yang tidak normal. 

Biasanya menyerang individu dengan Ulcerative colitis dan muncul sebagai lepuh, plak atau tompokan pada sekitar pangkal paha dan di bawah lengan.

Apabila sembuh, ia akan meninggalkan kawasan kulit yang gelap.

# Vasculitis

Juga dikatakan sebagai masalah kulit yang jarang terjadi dan berpunca daripada aktiviti sistem imun abnormal. 

Membawa maksud ‘keradangan saluran darah’, vasculitis dikenal pasti dengan bahagian yang kemerahan. Adakalanya masalah kulit ini menjadi luka. Ia pulih apabila keadaan penyakit radang usus bertambah baik. 

masalah kulit
sumber @ www.ucl.ac.uk

# Epidermolysis Bullosa Acquista

Terjadi kepada individu yang menderita penyakit Crohn selama bertahun-tahun. Ia adalah keadaan kulit melepuh, muncul pada lutut, siku, tangan dan kaki. 

# Vitiligo

Membuatkan kulit kehilangan warna secara tompokan. Ia kerap terjadi pada individu dengan IBD, mungkin disebabkan hubungan genetik atau berkaitan dengan sistem imun. 

# Psoriasis

Masalah kulit ini akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan, kering, bersisik, gatal dan menyakitkan. 

Penyelidik tidak pasti kaitan IBD dengan psoriasis tetapi dikatakan pesakit Crohn 8x berisiko mengalaminya. 

psoriasis

# Acne

Beberapa ubat yang digunakan untuk merawat radang usus boleh menyebabkan masalah kulit sebagai kesan sampingan. 

Steroid boleh mengakibatkan jerawat teruk dan wajah bengkak.

Merawat masalah radang usus

Kebanyakan keadaan kulit berkaitan UC atau penyakit Crohn boleh diatasi dengan menguruskan keradangan sebaiknya. 

Jika terdapat keraguan atau kebimbangan, berjumpalah dengan pakar untuk konsultasi. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Lifestyle Changes to Make in the Fight Against Psoriasis

Here are some of the lifestyle changes you can make to keep psoriasis in check whilst helping you to perform daily activities with less discomfort.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Aaron Joseph Sta Maria
Beauty, Health A-Z, Health Conditions A-Z, Healthy Living 27/10/2020 . 5 minit bacaan

Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

Selulit & Stretch Marks Berbeza, Ya! Ini 3 Cara Untuk Mencegahnya, Mudah Sahaja!

Bila tengok keadaan kulit, jadi keliru, ini masalah selulit atau tanda regangan? Hmmm, macam mana nak bezakan antara kedua-duanya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 23/10/2020 . 3 minit bacaan

Usus Kotor? Petandanya Ada Pada Kulit Wajah Anda! Ini Cara Atasi Kulit Berjerawat Akibat Usus Kotor

Kulit adalah pengukur hebat keadaan dalam badan anda. Namun adakah masalah kulit boleh menjadi petanda keadaan usus kotor? Ikuti penjelasan ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 05/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

perut buncit

Betul Ke Makan Bersulam Air Punca Perut Buncit? Jom Bongkar 3 Hal Yang Dikaitkan Dengannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
masalah kulit bagi penyakit jantung

Bahaya! 6 Keadaan Kulit Ini Mungkin Petunjuk Anda Menghidap Penyakit Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan
penggunaan probiotik masalah kulit ekzema

Boleh Ke Probiotik Merawat Masalah Kulit Ekzema? Ini Jawapan Menurut Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan
sistem imun psoriasis

Nak Lawan Penyakit Kulit Psoriasis, Mudah Sahaja! Kuatkan Sistem Imun Badan Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan