backup og meta

Ini 3 Komplikasi Jangka Masa Panjang Jika Tak Rawat Radang Usus, Jangan Biarkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/12/2021

    Ini 3 Komplikasi Jangka Masa Panjang Jika Tak Rawat Radang Usus, Jangan Biarkan!

    Gastroenteritis atau keradangan pada usus akan menyebabkan rasa sakit atau kejang perut yang melampau sehingga mengganggu kehidupan seharian.

    Bukan itu sahaja, apa yang lebih membimbangkan adalah keadaan kesihatan ini juga akan membawa kepada masalah organ perut jangka masa panjang.

    Persoalannya, apakah komplikasi yang kami nyatakan di atas tadi? Jom teruskan membaca!

    Apa itu gastroenteritis?

    Ramai orang yang mungkin menyangka ia adalah flu perut sedangkan penyakit ini adalah disebabkan oleh jangkitan yang sama sekali berbeza.

    Gastroenteritis atau keradangan pada usus ini akan berlaku apabila terjangkit dengan virus, bakteria atau parasit yang menyebabkan ketidakselesaan.

    Mikroorganisme tersebut dipercayai membiak dan merebak melalui makanan, minuman atau air mandian yang tercemar dan tersentuh oleh individu.

    Kebiasaannya, ia akan menyerang golongan bayi, kanak-kanak, warga emas serta indvidiu yang mempunyai sistem imun tubuh badan tidak kuat.

    Sekiranya dijangkiti, anda mungkin akan mengalami simptom-simptom seperti berikut:

  • Rasa sakit atau kejang perut melampau
  • Pening kepala
  • Lemah badan
  • Cirit-birit
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Berat badan menurun mendadak
  • keradangan pada usus

    Kesemua gejala ini mungkin akan berlaku pada hari pertama hingga hari ketiga selepas terjangkit dan kekal selama beberapa hari serta berpanjangan sehingga 10 hari.

    Sekiranya simptom-simptom ini tidak sembuh malah semakin memburuk, segera berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan agar tidak timbul komplikasi kelak.

    Apa punca gastroenteritis?

    Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, keradangan pada usus ini adalah disebabkan oleh jangkitan mikroorganisme seperti virus, bakteria atau parasit.

    Ia kebiasaannya akan tersebar melalui pengambilan makanan, minuman atau air mandian yang telah tercemar dan tersentuh oleh individu secara tidak sengaja.

    Buat anda yang belum tahu, virus yang boleh membawa kondisi ini adalah Norovirus dan Rotavirus, sementara bakteria yang juga membawa kondisi ini adalah E.coli dan Salmonela

    Dalam pada itu, terdapat beberapa faktor risiko yang membawa kepada penyakit ini termasuklah:

    • Golongan yang memiliki sistem imun tubuh badan lemah terutamanya bayi, kanak-kanak dan warga emas
    • Golongan yang menghidap kondisi kronik HIV dan AIDS atau sedang menjalani rawatan kemoterapi
    • Kawasan kediaman yang memiliki akses air bersih yang sangat terhad
    • Kurangnya menjaga kebersihan diri dan persekitaran di sekeliling
    Jika dibiarkan, risiko anda untuk terkena keradangan pada usus adalah tinggi sekali gus mendekatkan lagi diri dengan komplikasi jangka masa panjang.

    Komplikasi jangka masa panjang…

    Sebenarnya, tubuh badan kita yang normal memang mempunyai sistem imun yang boleh melawan sebarang jenis jangkitan termasuklah gastroenteritis.

    Pun begitu, masih wujud kes-kes tertentu di mana jangkitan ini tidak dapat dilawan atas faktor tertentu lantas membuat ia terus kekal dalam tubuh badan.

    keradangan pada usus

    Jika keradangan pada usus akibat jangkitan ini masih kekal, ada risiko di mana ia akan membawa:

    #1. Sindrom keradangan pada usus (IBS)

    Merupakan antara komplikasi utama kondisi ini, dipercayai 5-23% penderita yang dijangkiti gastroenteritis akan masih mengalami sindrom ini walaupun selepas lama ia berlaku.

    #2. Ketidakseimbangan mikrobiome

    Gastroenteritis juga boleh mengubahsuai keseimbangan mikrobiome sekali gus menyebabkan kekurangan kuantiti dan diversiti bakteria baik untuk melawan bakteria jahat di dalam perut.

    #3. Kondisi lain berkaitan organ perut

    Selain itu, wujud juga komplikasi gastroenteritis yang lain namun jarang berlaku seperti ulcerative colitis, aortic aneurysm atau reactive arthritis beberapa bulan selepas individu dijangkiti penyakit ini.

    Jadi, sila rawat gastroenteritis dengan segera!

    keradangan pada usus

    Bagi mengelakkan komplikasi jangka masa panjang keradangan pada usus ini berlaku pada anda, maka sila rawat gastroenteritis dengan segera sebelum ia bertambah parah.

    Perkara pertama yang kalian perlu lakukan adalah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan diagnosis sama ada benar atau tidak anda telah terjangkit dengan punca gastroenteritis.

    Kemudian, doktor mungkin akan menasihatkan anda untuk melakukan perkara-perkara ini:

    • Makan dengan perlahan agar ia lebih mudah dicerna
    • Minum dengan banyak agar tubuh badan kekal terhidrasi
    • Kurangkan minuman bersusu, beralkohol, berkafein dan makanan keras dan penuh lemak
    • Dapatkan rehat yang cukup agar sistem penghadaman anda dapat berfungsi dengan baik
    • Berhenti makan atau minum untuk beberapa jam supaya organ perut dapat berehat

    Dalam pada itu, ubatan antiviral atau antibiotik juga mungkin akan diberikan jadi sila ikuti setiap saranan dan panduan doktor bagi melawan penyakit keradangan pada usus.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 08/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan