backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Jangkitan Pneumonia Boleh Bawa Maut? Ini Punca, Simptom, Rawatan & Langkah Pencegahan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 17/11/2023

Jangkitan Pneumonia Boleh Bawa Maut? Ini Punca, Simptom, Rawatan & Langkah Pencegahan

Dalam mengharungi wabak jangkitan pandemik COVID-19, istilah pneumonia sering digunakan untuk menggambarkan komplikasi virus tersebut. Rentetan itu, persoalan berkenaan jangkitan kuman dalam paru paru ini menjadi lazim. 

Perkara ini sememangnya masuk akal, memandangkan istilah tersebut sering diguna pakai, namun kebanyakan individu keliru dan tidak mengetahui maksud di sebaliknya.

Artikel ini akan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan pneumonia, apa yang menyebabkan ia berlaku, bagaimana ia dirawat dan langkah pencegahan yang boleh diambil.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Apa itu jangkitan pneumonia atau jangkitan kuman dalam paru paru?

Pneumonia adalah jangkitan kuman dalam paru paru. Ia boleh berpunca daripada mikroorganisma seperti virus, bakteria atau kulat.

Pun begitu, masalah kesihatan ini lazim berlaku disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria.

Kesan pneumonia bergantung kepada tahap keterukan dan mikroorganisma yang menyebabkannya berlaku.

Oleh sebab pneumonia berlaku pada sistem pernafasan manusia, jadi kebanyakan individu mengalami simptom seakan-akan selesema.

Walau bagaimanapun, dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan masalah pernafasan, kerosakan paru-paru dan jika tidak dirawat, kematian.

Pneumonia berbahaya bagi bayi, kanak-kanak dan mereka yang berusia 65 tahun ke atas berikutan sistem imun lemah.

Ini bermakna, jangkitan tersebut boleh menyebabkan komplikasi yang teruk sekiranya dihidapi oleh golongan yang tersenarai.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pneumonia adalah punca kematian terbesar bagi masalah jangkitan dalam kanak-kanak.

Malah, pada tahun 2017 sahaja, 808,694 kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah mati akibat pneumonia.

Punca jangkitan kuman dalam paru paru

jangkitan kuman dalam paru paru

Pneumonia boleh berpunca daripada pelbagai jenis virus, bakteria dan kulat. Berikut merupakan punca lazim berlakunya masalah kesihatan ini:

  1. Streptococcus pneumoniae – ini adalah jangkitan bakteria yang lazim menyebabkan masalah pneumonia dalam kalangan kanak-kanak.
  2. Haemophilus influenzae – ini adalah jangkitan bakteria yang turut lazim menyebabkan masalah pneumonia.
  3. Respiratory syncytial virus – ini adalah jangkitan virus dan merupakan punca lazim berlakunya pneumonia virus.
  4. Pneumocystis jiroveci – ini adalah jangkitan kulat yang lazim didiagnosis dalam kalangan pesakit HIV.

Virus lain seperti SARS dan COVID-19 turut boleh menyebabkan masalah pneumonia. Begitu juga dengan bakteria dan kulat yang tidak tersenarai.

Tahap keterukan pneumonia berbeza mengikut jenis jangkitan kuman dalam paru paru serta tahap kesihatan seseorang. 

Gejala dan simptom

Oleh sebab pneumonia adalah jangkitan paru-paru, kebanyakan simptomnya berkait dengan sistem pernafasan manusia.

Berikut merupakan gejala dan simptom yang boleh dialami oleh penghidap:

Jika anda mengalami masa-mana simptom, lebih baik jika mendapatkan pemeriksaan doktor.

Doktor boleh mendiagnosis masalah pneumonia melalui pengambilan sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal dan ujian makmal (jika perlu).

Diagnosis kebiasaannya boleh disahkan melalui penelitian x-ray.

Namun, doktor mungkin akan mengambil sampel darah, sampel mukus dan sebagainya untuk diuji bagi mendapatkan kepastian lanjut.

Perkara ini akan membantu doktor untuk mengenal pasti punca spesifik jangkitan.

Faktor risiko

jangkitan kuman dalam paru paru

Perkara penting yang perlu anda ketahui adalah bergantung kepada jenis jangkitan, ada kemungkinan ia boleh tersebar melalui udara.

Ini bermakna, jika mereka yang dijangkiti bersin atau batuk, titisan udara yang keluar daripada hidung atau mulut boleh mengandungi bakteria atau virus yang berupaya untuk menjangkiti individu lain.

Lazimnya, sistem imun manusia berupaya untuk melawan jangkitan tersebut sebelum ia menyebabkan kemudaratan.

Namun, jika sistem imun seseorang itu lemah atau ia tidak dapat melawan jangkitan, ia boleh menjadi teruk dan menyebabkan masalah pneumonia.

Berikut merupakan faktor risiko yang sering dikaitkan dengan masalah pneumonia:

  • Malnutrisi
  • Terdedah kepada pencemaran udara (asap rokok dan sebagainya)
  • Jangkitan dalam kalangan ahli keluarga yang duduk serumah. Risiko tinggi pada mereka yang mempunyai sistem imun lemah
  • Asma
  • Dimasukkan ke dalam hospital. Mereka yang tinggal lama di dalam hospital berisiko untuk mendapat jangkitan nosokomial

Baca juga:

Rawatan dan langkah pencegahan jangkitan kuman dalam paru paru

Lazimnya, pneumonia yang disebabkan oleh jangkitan kuman dalam paru paru boleh dirawat menggunakan antibiotik berikutan pada kebanyakan kes, ia berpunca daripada jangkitan bakteria.

Walau bagaimanapun, jika virus merupakan sumber kepada masalah kesihatan tersebut, doktor anda mungkin hanya mempreskripsikan ubat untuk mengawal simptom yang sedang anda alami.

Pneumonia boleh berlangsung selama beberapa hari jika ia hanyalah subjenis yang ringan. Walau bagaimanapun, kelesuan akibat daripada masalah kesihatan tersebut boleh dirasai berminggu atau berbulan selepas sembuh daripada penyakit.

Bagi mereka yang menghidap masalah pneumonia teruk, ia boleh menyebabkan masalah pernafasan. 

Lebih teruk lagi, segelintir pesakit memerlukan bantuan ventilator dan teknologi perubatan yang lain untuk meningkatkan tahap kelangsungan hidup mereka.

Berikut merupakan antara maklumat penting yang perlu anda tahu untuk menghindarkan masalah pneumonia:

  1. Pastikan anda mengambil makanan seimbang untuk menguatkan sistem imun.
  2. Jika anda seorang perokok, anda dinasihatkan untuk berhenti bagi menurunkan risiko pneumonia dan masalah berkaitan dengan sistem pernafasan yang lain.
  3. Elak terdedah kepada pencemaran udara, asap dan asbab lain yang boleh menyebabkan iritasi pada paru-paru anda.
  4. Golongan berisiko seperti kanak-kanak dan orang tua boleh mendapatkan vaksin bagi melindungi mereka daripada masalah pneumonia.
  5. Cuci tangan anda secara kerap memandangkan virus dan bakteria pada tangan anda boleh dipindahkan ke mulut melalui sentuhan muka dan menyebabkan jangkitan.

Kesimpulan

Pneumonia atau jangkitan kuman dalam paru paru masih menjadi punca utama kematian di seluruh dunia. Oleh itu, ambil langkah yang perlu bagi mengurangkan risiko dan mencegah penyakit ini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 17/11/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan