Jangkitan kuman paru-paru merupakan salah satu kes yang banyak menular di negara kita, tidak kira sama ada penyakit tibi ataupun radang paru paru.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Jangkitan kuman paru-paru merupakan salah satu kes yang banyak menular di negara kita, tidak kira sama ada penyakit tibi ataupun radang paru paru.
Kedua-dua keadaan ini mempunyai simptom yang serupa, tetapi sangat berbeza. Salah satunya boleh menjangkiti orang lain dan berpotensi untuk membawa maut.
Pastikan anda membaca artikel ini untuk mengetahui yang mana lagi bahaya ya!
Penyakit tibi adalah penyakit berjangkit serius yang mempengaruhi paru-paru anda.
Bakteria penyebab tibi boleh disebarkan dari seorang individu ke individu lain melalui rembesan yang dilepaskan ke udara seperti batuk dan bersin.
Pneumonia atau radang paru-paru ialah jangkitan kuman yang mengakibatkan keradangan kantung udara di paru-paru. Kantung udara boleh dipenuhi dengan cairan atau nanah.
Bakteria Mycobacterium tuberculosis bertanggungjawab untuk penyakit tibi manakala pelbagai jenis kuman seperti bakteria, virus dan kuman boleh mengakibatkan pneumonia.
Namun, kebanyakan kes radang paru-paru disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae.
Berita baiknya ialah terdapat vaksin untuk kedua-dua penyakit tersebut, tetapi vaksin untuk penyakit tibi sangat mustajab untuk kanak-kanak dan sering digunakan hanya di negara-negara membangun.
Bakteria tuberkulosis menyebar melalui titisan kelembapan yang dilepaskan oleh orang yang dijangkiti ketika batuk, bersin, bercakap atau ketawa.
Penyakit ini banyak merebak dalam kalangan isi rumah yang tinggi atau tempat kerja yang mempunyai ramai pekerja seperti tapak pembinaan.
Sekiranya anda menjalani rawatan tibi, anda tidak akan menjangkiti orang lain selepas 2 minggu.
Berbeza dengan tibi, radang paru-paru biasanya berlaku apabila sistem imun anda lemah dan bakteria dalam sistem pernafasan anda mula membiak.
Risiko yang meningkatkan kemungkinan untuk mendapat penyakit ini ialah merokok atau berada di hospital.
Kadangkala, radang paru-paru berlaku apabila terdapat jenis bakteria yang kuat dalam sistem dan tubuh tidak dapat melawannya.
Sebenarnya, diagnosis tibi atau radang paru-paru sukar untuk dicapai tanpa beberapa pemeriksaan diagnostik seperti X-ray dan ujian kahak.
Tanda dan gejala kedua-dua hampir sama – batuk, lemah badan dan demam.
Akan tetapi berikut adalah beberapa gejala utama yang perlu diperhatikan dalam setiap keadaan :
Penyakit tibi menunjukkan gejala secara perlahan dari masa ke masa, sementara keradangan paru-paru muncul dengan cepat.
Namun, pesakit tua atau mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit diabetes atau HIV mungkin tidak menunjukkan gejala keradangan paru-paru, jadi sukar untuk membezakan kedua-duanya.
Sesiapa sahaja boleh penghidap penyakit ini tetapi terdapat sesetengah faktor risiko yang merangkumi :
Pneumonia boleh menyerang sesiapa sahaja. Namun, 2 kumpulan umur yang berisiko tinggi adalah :
Faktor risiko lain termasuklah :
Tibi tidak hanya menjangkiti paru-paru, bahkan boleh menyerang buah pinggang, tulang belakang, usus atau otak. Bakteria boleh merebak ke seluruh badan dalam aliran darah.
Gejalanya berbeza mengikut bahagian tubuh yang dijangkiti.
Keradangan paru-paru terhad kepada sistem pernafasan anda sahaja.
Tibi didiagnosis jika pesakit bertindak balas terhadap ujian tuberkulin kulit, sampel kahak dan darah.
Untuk radang paru-paru, doktor menggunakan ujian darah dan X-ray dada.
Kedua-dua penyakit boleh dirawat dengan antibiotik. Namun, tempoh dan regimen antibiotik berbeza sama sekali.
Radang paru-paru boleh dirawat dengan antibiotik selama 8 hari manakala regimen tibi lebih kompleks dan memakan masa sekurang-kurangnya 6 bulan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen