Lelaki Mudah Fokus, Wanita Pula Multitasking, Mengapa? Ada Kaitan Dengan Saiz Otak Kita?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Lelaki dan wanita berbeza dari segi fizikal. Namun, bagaimana pula dengan keadaan otak? Adakah otak lelaki dan perempuan juga berbeza?

Sebenarnya, ini merupakan soalan yang agak kontroversi walaupun dalam bidang sains.

Malah, kajian yang ingin membuktikan bahawa wujudnya perbezaan antara otak lelaki dan perempuan juga kadangkala dituduh sebagai neurosexism .

Neurosexism ialah satu percubaan untuk membuktikan bahawa otak lelaki dan perempuan sememangnya berbeza.

Dapatan kajian ini pula menunjukkan wanita atau lelaki sebenarnya tidak sesuai melakukan tugasan-tugasan tertentu.

Walau bagaimanapun, pakar menerangkan bahawa perbezaan dari segi jisim dan saiz bukanlah penentu sesuatu jantina lebih baik daripada jantina yang lain.

Malah, lelaki dan perempuan juga mempunyai keupayaan berfikir yang sama. Mungkin, cuma cara pemikiran sahaja yang sedikit berbeza.

Walaupun begitu, perbezaan dari segi struktur otak ini mungkin boleh menjadi kunci kepada sifat lelaki dan perempuan yang amat berbeza!

Jika anda ingin tahu lebih lanjut, jom ikuti artikel kami di bawah!

1. Otak lelaki 10 peratus lebih besar daripada otak perempuan

otak lelaki

Walaupun otak lelaki lebih besar, perkara ini tidak memberikan lelaki sebarang keistimewaan ataupun keupayaan yang lebih daripada kaum perempuan.

Tambah lagi, otak lelaki dan perempuan, walaupun berbeza saiz, sebenarnya lebih banyak berkongsi persamaan daripada perbezaan!

Menurut Amber Ruigrok, Profesor John Suckling dan Simon Baron-Cohen dari Universiti Cambridge, mereka telah melihat struktur otak individu dari pelbagai demografik, daripada bayi hinggalah ke individu yang dipenjarakan untuk membentuk konklusi.

Tambah Ruigrok lagi, ada beberapa bahagian yang lebih besar pada otak lelaki, dan ada pula bahagian lain yang lebih besar pada otak perempuan.

Sebagai contoh, lelaki mempunyai inferior-parietal lobule yang lebih besar.

Bahagian ini berkait rapat dengan keupayaan lelaki untuk menyelesaikan masalah matematik dengan pantas dan lebih cekap untuk mengagak masa dan juga kelajuan.

Anda mungkin juga berminat:

2. Perempuan mempunyai lebih banyak grey matter

Kebanyakan sel neuron berada dalam kawasan grey matter otak. Kawasan ini penting kerana ia berkait rapat dengan kebolehan seseorang untuk mengawal otot.

Grey matter juga bertanggungjawab membantu kemahiran sensori seperti kebolehan mendengar dan melihat, mengawal emosi serta membuat keputusan.

Walaupun perempuan mempunyai lebih banyak grey matter, mereka didapati menggunakan lebih banyak white matter semasa berfikir.

Ini merupakan penjelasan mengapa perempuan hebat dalam multitasking dan penguasaan bahasa.

Lelaki pula lebih banyak berfikir menggunakan grey matter.

Sebab itulah lelaki mudah fokus ketika melakukan sesuatu kerja! Mereka juga lebih gemar lakukan kerja satu persatu berbanding wanita yang boleh lakukan banyak kerja dalam satu masa.

3. Wanita mempunyai 12% lebih banyak neuron daripada lelaki

Walaupun otak lelaki lebih besar daripada otak perempuan, tapi wanita sebenarnya mempunyai 12% lebih banyak neuron daripada lelaki.

Tambah lagi, neuron ini juga lebih padat jika dibandingkan dengan lelaki.

Digabungkan pula dengan jumlah grey matter yang banyak dalam otak perempuan, tidak hairanlah jika wanita boleh berfikir lebih pantas daripada lelaki!

Memang patutlah hal-hal seperti kenduri-kendara dan merancang perkahwinan ini diserahkan kepada kaum hawa!

4. Kimia otak yang berbeza

Satu lagi beza antara otak lelaki dan wanita ialah keupayaan otak untuk memproses hormon.

Walaupun kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai neurochemicals yang sama, namun mereka memproses hormon tersebut dengan cara yang berbeza.

Sebagai contoh, wanita memproses serotonin dengan cara yang sedikit berbeza daripada lelaki. Hormon yang berkait dengan kegembiraan ini diproses dengan cara yang berbeza oleh wanita.

Perbezaan kecil ini mungkin menjadi sebab mengapa wanita lebih mudah diserang kegelisahan dan depresi.

Kesimpulan

beza lelaki dan wanita

Lelaki dan wanita diciptakan Tuhan dengan pelbagai perbezaan supaya manusia boleh saling melengkapi antara satu sama lain.

Saintis berharap agar satu hari nanti, mereka dapat mengaitkan bentuk serta saiz otak dengan keupayaan seseorang itu untuk belajar, menguasai bahasa, memori dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, perbezaan dari segi bentuk otak mungkin boleh menyebabkan beberapa kesan terhadap kesihatan lelaki dan wanita. Sebagai contoh, depresi lebih mudah untuk menyerang wanita berbanding lelaki.

Selain itu, lelaki pula 4x ganda lebih berisiko untuk menghidap autisme berbanding wanita. Mereka juga lebih mudah jadi ketagih kepada alkohol ataupun merokok.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

Klimaks seks merupakan salah satu daripada cara untuk meningkatkan perkembangan otak manusia. Hormon yang dirembeskan mampu memberikan kesan positif ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 08/05/2020 . 3 minit bacaan

Ini 11 Perkara Yang Boleh Pengaruhi Tumbesaran Anak, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu!

Proses tumbesaran anak dipengaruhi pelbagai faktor berbeza. Ini adalah perihal perkembangan kanak-kanak yang perlu ibu bapa fahami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Farah Aziz
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 19/06/2019 . 4 minit bacaan

Nak Anak Genius? Beri Si Manja 8 Makanan Super Ini

Tahukah anda bahawa sesetengah pemakanan tertentu dapat membantu perkembangan otak si manja. Ini 8 makanan super untuk lahirkan anak bijak. 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 06/07/2018 . 2 minit bacaan

Apakah hubungkait kesihatan jantung dengan otak?

Apa yang membantu jantung boleh membantu otak anda juga. Mengikuti gaya hidup sihat jantung boleh mengurangkan peluang anda mempunyai tumor otak, dan ia juga boleh menjadi perubahan yang besar dalam kebolehan mental ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 27/04/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

perkembangan otak bayi

Mahu Anak Yang Bijak? Ibu Cuba Lakukan 9 Rangsangan Ini Pada Si Manja, Baik Untuk Otak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
mi segera

Layan Betul Makan Mi Segera Sambil Tonton Drama Korea, Tapi AWAS, Bahaya Untuk Kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
tabiat membaca

Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
senaman kardio

Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan