Sukar Menelan Makanan Petanda Radang Tonsil, Benarkah Ia Boleh Membawa Maut?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tonsil adalah sejenis tisu limfoid yang terletak di permukaan saluran pernafasan dan percernaan anda serta merupakan antara sistem imun tubuh badan yang paling penting.

Ia berfungsi sebagai barisan pertahanan pertama terhadap patogen asing iaitu organisme seperti kuman, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan jangkitan.

Pun begitu, pernahkah kalian terfikir jika bahagian ini terkena jangkitan lantas mengakibatkan penyakit seperti radang tonsil?

Buat anda yang terfikir dan tertanya sama ada kondisi ini boleh membawa maut atau tidak, mari kita ikuti artikel ini untuk tahu!

Apa itu radang tonsil?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua tahu definisi sebenar penyakit ini terlebih dahulu.

Turut dikenali sebagai tonsilitis, kondisi ini akan berlaku angkara jangkitan organisme bakteria atau virus.

Ia lebih kerap berlaku kepada golongan kanak-kanak, remaja dan belia serta jarang menjangkiti warga emas.

Kebiasaannya, radang tonsil adalah salah satu daripada masalah kesihatan akut namun hanya bersifat jangka masa pendek sahaja.

Antara simptom yang paling popular tentang penyakit ini adalah permukaan tonsil akan kelihatan merah cerah dengan bintik putih serta garis nanah yang menyebabkan kesakitan.

tonsil

Ya, ia adalah kondisi kesihatan yang sangat bahaya sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera.

Oleh itu, tolong jangan bertangguh untuk berjumpa dengan doktor jika khuatir terkena tonsilitis.

Apa simptom & komplikasi tonsilitis?

Sekiranya terkena radang tonsil, penderita mungkin akan mengalami beberapa simptom termasuklah:

  • Kelenjar limfoid membesar
  • Tonsil membengkak
  • Tonsil berubah warna merah dengan bintik putih serta garis nanah
  • Timbul ulser pada sekitar kawasan tekak
  • Sukar menelan makanan dan minuman pejal
  • Hilang selera makan
  • Suara berubah garau
  • Nafas berbau busuk
  • Sakit tekak
  • Sakit telinga
  • Sakit perut
  • Pening kepala
  • Demam panas
  • Lemah badan

Antara komplikasi yang mungkin akan berlaku adalah kesukaran untuk bernafas ekoran saluran pernafasan penderita tersekat gara-gara tonsil yang bengkak.

Kesukaran ini boleh berlaku semasa sedar ataupun ketika sedang tidur (gangguan tidur apnea).

Ia adalah sangat bahaya kerana sekatan ini mungkin boleh mengakibatkan kalian tercekik atau tidak mampu bernafas dengan betul.

tonsilitis

Selain itu, tonsilitis juga mungkin boleh merebak sehingga menjejaskan dinding sekeliling tonsil (tonsillar cellulitis).

Jangkitan ini turut meningkatkan risiko pengumpulan nanah pada bahagian belakang tonsil (peritonsillar abscess).

Namun adakah ia begitu kronik sehingga boleh menyebabkan kematian?

Tonsilitis boleh menyebabkan kematian?

Sekiranya tidak dirawat dengan segera, tonsilitis akan menjadi lebih teruk lantas mengakibatkan kondisi kesihatan yang berbahaya sehingga mungkin boleh membawa maut.

Meskipun tidak banyak kes kematian disebabkan penyakit ini, namun risiko saluran pernafasan penderita tersekat akibat tonsil yang bengkak masih lagi tinggi.

Ini lebih berisiko jika ia terjadi ketika sedang tidur kerana penderita tidak sedar tentang perkara yang berlaku lantas tidak mampu untuk mencari atau meminta pertolongan.

Jadi, jawapan ringkasnya adalah ya radang tonsil boleh menyebabkan kematian.

Namun ia bukan disebabkan penyakit itu sendiri sebaliknya didasari oleh komplikasi lain yang boleh terjadi akibat penyakit ini.

Apa yang kalian boleh lakukan?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa memang benar tonsilitis boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan kadar segera.

Oleh itu, perkara pertama yang penderita perlu lakukan adalah berjumpa dengan doktor untuk sesi konsultasi terlebih dahulu.

Anda perlu ketahui sama ada kalian memang benar mengalami radang tonsil atau penyakit lain berkaitan tonsil ataupun tekak seperti strep throat dan lain-lain.

tekak

Ini adalah sangat penting untuk para doktor menentukan kaedah rawatan lanjutan yang seterusnya.

Sekiranya ia memang benar tonsilitis, rawatan lanjutan adalah bergantung kepada tahap keterukannya.

Jika masih di tahap yang belum teruk, pengambilan antibiotik untuk membunuh bakteria atau virus yang menyebabkan jangkitan mungkin sudah memadai.

Jika di tahap yang sangat teruk pula, pembedahan untuk membuang tonsil mungkin perlu dilakukan untuk mencegah penyebaran jangkitan yang lebih akut.

Akhir kata, radang tonsil adalah satu penyakit yang tidak wajar dipandang enteng kerana ia mungkin boleh membawa maut.

Oleh itu, segeralah berjumpa doktor sekiranya kalian mengalami simptom-simptom seperti yang kami nyatakan di atas tadi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pembedahan Untuk Membuang Tonsil: Apakah Sebab Untuk Melakukannya?

Pembedahan untuk membuang tonsil ini adalah pembedahan yang mempunyai risikonya tersendiri. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, ikuti artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Kesihatan A-Z, Pembedahan A-Z 03/12/2019 . 2 minit bacaan

Tonsillectomy And The Reasons For Doing It

Tonsillectomy is one of the most common surgical procedure done today but what are the conditions or indications which necessitate tonsil removal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Healthy Living, Oral Health 23/04/2019 . 2 minit bacaan

Alami Sakit Tekak Yang Teruk, Ini 3 Sebab UTAMA Mengapa Tonsil Anda Perlu Dibedah

Pembedahan untuk membuang tonsil adalah prosedur yang semakin kerap dilakukan namun apakah keadaan yang memerlukan tonsil anda untuk dibuang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 23/04/2019 . 2 minit bacaan

Menurut Laporan Kajian, Kebanyakan Pembuangan Tonsil Kanak-Kanak Tidak Diperlukan

7 daripada 8 kanak-kanak di United Kingdom yang menjalani rawatan pembuangan tonsil berkemungkinan tidak mendapat manfaat daripada pembedahan tersebut menurut sebuah kajian. Dalam masa yang sama, banyak ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Berita, Berita Antarabangsa 12/11/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jenis minuman kopi

Bukan Setakat Makanan, Minuman Pun Kena Jaga Bila Sakit Tekak! Terutamanya Yang Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 14/08/2020 . 3 minit bacaan
ubat sakit tekak

Siapa Yang Ada Masa Untuk Sakit Tekak? Selain Lozeng, Ini 5 Ramuan Boleh Cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
apa itu ent

9 Isu Utama Berkaitan Kesihatan Telinga, Hidung & Tekak (ENT), #8 Paling Biasa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/07/2020 . 3 minit bacaan
bagaimana hingus terhasil

Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan