home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Menurut Laporan Kajian, Kebanyakan Pembuangan Tonsil Kanak-Kanak Tidak Diperlukan

Menurut Laporan Kajian, Kebanyakan Pembuangan Tonsil Kanak-Kanak Tidak Diperlukan

7 daripada 8 kanak-kanak di United Kingdom yang menjalani rawatan pembuangan tonsil berkemungkinan tidak mendapat manfaat daripada pembedahan tersebut menurut sebuah kajian.

Dalam masa yang sama, banyak kanak-kanak yang mungkin memerlukan tonsil mereka dibuang tidak menjalani prosedur tersebut, menurut pengkaji daripada Universiti Birmingham.

Sebab paling kerap bagi pembedahan ini ialah sakit tekak kronik atau berulang. Bukti menunjukkan bahawa pembedahan membantu mengurangkan, dalam jangka masa panjang, simptom sakit tekak yang teruk kanak-kanak berumur antara 3 hingga 15 tahun tetapi tidak bagi mereka yang mempunyai simptom ringan.

Menurut garis panduan di UK, pembuangan tonsil dijalankan sekiranya seorang kanak-kanak mengalami 7 atau lebih sakit tekak dalam setahun, 5 atau lebih setiap tahun dalam 2 tahun lepas, atau 3 atau lebih setiap tahun dalam 3 tahun lepas.

Tambahan lagi, kanak-kanak tersebut juga perlu mempunyai nod limfa bengkak, nanah pada tonsil, demam, atau jangkitan bakteria pada tekak.

Kajian rekod perubatan di UK

Kajian tersebut melibatkan lebih 1.6 juta rekod perubatan elektronik kanak-kanak sehingga 15 tahun yang didaftarkan di 739 pusat perubatan.

Daripada 18,281 kanak-kanak yang dibuang tonsil antara tahun 2005 dan 2016, hanya 2,144 (11.7%) mempunyai sebab yang relevan (evidence-based) untuk menjalani pembedahan tersebut.

Dalam kalangan angka berbaki, 12.4% hanya mengalami 5 hingga 6 sakit tekak setahun; 44.7% melaporkan 2 hingga 4 sakit tekak setahun; dan 9.9% mengalami sekali sakit tekak setahun. Sebab lain ialah masalah pernafasan semasa tidur (12.3%) atau apnea tidur obstruktif (3.9%).

Kajian terbabit mendakwa bahawa sebanyak 32,500 kanak-kanak menjalani pembedahan tersebut tanpa keperluan.

Kanak-kanak yang mungkin memerlukan tidak diberikan rawatan

Data tersebut turut mendakwa bahawa ramai kanak-kanak yang mungkin boleh mendapat manfaat daripada pembuangan tonsil tidak menerima rawatan sepatutnya.. Daripada 15,760 kanak-kanak yang mempunyai simptom yang direkodkan, hanya 2,144 (13.6%) sahaja menerima pembedahan tersebut.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 28/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel