Bukan Rawat Obesiti Saja, Pembedahan Bariatrik Juga Beri Manfaat Kepada Pesakit Diabetes!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 16/10/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Tahukah anda, penurunan berat badan boleh beri kesan yang sangat baik kepada penghidap diabetes jenis 2? Caranya adalah melalui pembedahan gastrik yang merupakan salah satu daripada kaedah pembedahan bariatrik.

Apa itu pembedahan bariatrik?

Pembedahan bariatrik adalah satu kaedah pembedahan yang bertujuan menurunkan berat badan seseorang. Menariknya, paras gula darah sesetengah individu akan kembali menjadi normal setelah menjalani pembedahan bariatrik.

Kajian juga menyatakan bahawa penyakit diabetes yang dialami oleh seseorang individu tersebut menjadi bertambah baik selepas pembedahan menurunkan berat badan.

Kajian jangka panjang ini telah dijalankan terhadap 400 individu yang mempunyai diabetes. 6 tahun selepas mereka menjalani pembedahan bariatrik, 62% daripada mereka tidak menunjukkan tanda-tanda diabetes.

Selain itu, mereka juga mempunyai tekanan darah yang lebih baik selain paras kolesterol dan trigliserida yang juga lebih baik. 

Jenis-jenis pembedahan bariatrik

pembedahan gastrik

Terdapat beberapa jenis pembedahan bariatrik yang ada dalam dunia perubatan. Sesetengah daripadanya bertujuan mengecilkan saiz perut anda dan menyebabkan anda berasa cepat kenyang setelah makan.

Ada jenis pembedahan lain yang bertujuan mengubah cara tubuh badan anda menyerap kalori, nutrien dan vitamin.

Ada juga yang bertindak dalam kedua-dua cara. Berikut adalah 6 jenis pembedahan bariatrik yang perlu anda tahu:

#1. Pembedahan gastrik

Pakar bedah akan membuat satu kantung perut kecil dengan memisahkan bahagian atas perut daripada bahagian yang lain.

Semasa anda makan, makanan akan menuju ke kantung kecil ini dan melepasi bahagian atas usus kecil.

Hasilnya, anda akan berasa cepat kenyang selain menyerap lebih sedikit kalori dan nutrien selepas menjalani pembedahan gastrik ini.

Kelebihan: Sekitar 80% individu tidak menunjukkan tanda-tanda diabetes selepas melakukan pembedahan gastrik ini. Malah, mereka akan kehilangan antara 60% hingga 80% berat badan mereka.

Kekurangan: Tubuh anda tidak dapat menyerap banyak vitamin dan mineral seperti sebelumnya, yang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Ini termasuklah keadaan yang disebut sebagai sindrom pembuangan. 

#2. Pembedahan lengan gastrik

Pakar bedah akan membuang sebahagian besar daripada perut anda.

Dengan ruang yang lebih sedikit untuk makanan, anda juga akan berasa kenyang dengan lebih cepat. Kaedah pembedahan ini juga menurunkan paras ghrelin, iaitu sejenis hormon yang membuat anda berasa lapar.

Kelebihan: Sekitar 60% individu tidak menunjukkan tanda-tanda diabetes selepas melakukan pembedahan ini. Malah, mereka akan kehilangan 50% berat badan mereka.

Kekurangan: Anda tidak boleh mengubah kembali prosedur pembedahan ini. Tubuh anda juga tidak dapat menyerap vitamin dan mineral seperti sebelumnya, yang boleh menyebabkan masalah kesihatan lain.

#3. Jalur gastrik boleh laras (adjustable gastric band)

Pakar bedah akan meletakkan tali kembung di bahagian atas perut. Ia akan membentuk satu kantung kecil di mana makanan akan pergi ke kantung tersebut apabila anda makan.

Kantung kecil tersebut akan terisi makanan dengan cepat, jadi anda berasa kenyang dengan lebih cepat.

Kelebihan: Doktor tidak perlu memotong perut atau menggerakkan usus, seperti dalam pembedahan lain. Kaedah ini mempunyai komplikasi yang lebih sedikit berbanding prosedur lain.

Anda juga boleh menyesuaikan jalur tersebut atau dikeluarkan daripada perut anda. Sekitar 45% hingga 60% individu yang menjalani pembedahan ini akhirnya bebas daripada penyakit diabetes.

Kekurangan: Kadang-kadang akan timbul sedikit masalah dengan jalur yang dipasang. Ia mungkin tergelincir atau menjadi usang. Oleh itu, anda memerlukan pembedahan lain untuk memperbaikinya.

Anda juga akan turun sedikit sahaja berat badan melalui pembedahan ini berbanding jika menggunakan kaedah lain (iaitu sekitar 40% hingga 50% sahaja).

#4. Suis duodenal

pembedahan bariatrik

Pembedahan ini bukanlah sejenis pembedahan yang biasa dilakukan, mungkin disebabkan prosedurnya adalah antara yang paling sukar untuk dilakukan.

Doktor pakar akan membuang sebahagian besar perut dan juga mengubah cara makanan bergerak ke usus anda.

Kelebihan: Ini adalah pembedahan yang paling berkesan bagi penghidap diabetes. Selain itu, ia juga akan menyebabkan kehilangan sekitar 60% hingga 70% daripada berat badan anda.

Kekurangan: Anda lebih cenderung untuk mengalami komplikasi disebabkan pembedahan ini. Anda juga memerlukan lebih banyak masa untuk kembali pulih.

Selain itu, anda akan menghadapi lebih banyak masalah untuk mencerna makanan dan menyerap kalori berbanding pembedahan lain.

#5. Alat implan elektrik

Pakar bedah akan memasang sejenis alat elektrik tepat di bawah kulit perut anda.

Peranti ini membantu mengawal isyarat di saraf vagus yang menghubungkan perut dan otak, yang bertujuan mengurangkan rasa lapar anda.

Kelebihan: Pemasangan alat ini dianggap sebagai satu pembedahan yang kecil. Ia juga mudah untuk dikeluarkan setelah sasaran penurunan berat badan tersebut dapat dicapai. Peranti ini juga dapat dikendalikan daripada jauh.

Kekurangan: Anda mungkin akan mengalami kesakitan, pedih ulu hati, masalah untuk menelan, sendawa, mual, dan sakit dada.

#6. Belon gastrik

Belon gastrik atau intragastrik adalah alat bersifat sementara yang diletakkan di dalam perut melalui mulut untuk tempoh sehingga 6 bulan.

Alat ini akan membantu menurunkan berat badan dengan memenuhi ruang di bahagian perut anda. Kesannya, anda tidak boleh makan dengan banyak lagi.

Kelebihan: Belon gastrik adalah prosedur yang mudah, bersifat sementara, boleh diterbalikkan, dan lebih murah daripada jenis pembedahan lain.

Ia juga boleh dilakukan terhadap mereka yang mungkin tidak sesuai untuk menjalani pembedahan penurunan berat badan.

Kekurangan: Terdapat beberapa kes perut berlubang yang dilaporkan berpunca daripada belon gastrik. Sebilangan pesakit telah melaporkan bahawa mereka mempunyai air kencing berwarna biru-hijau, yang merupakan tanda pengempisan belon.

Kesimpulan berkenaan pembedahan bariatrik

Jika anda ingin penyakit diabetes anda menjadi semakin baik, anda mungkin boleh mempertimbangkan kaedah pembedahan bariatrik ini.

Jumpa doktor dan berbincang dengannya mengenai hasrat anda supaya doktor boleh melakukan penilaian terlebih dahulu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ingin Bersenam? Sebelum Mula, Elak Lakukan Kesilapan Berikut – No 3 Paling Kerap Dibuat

Anda suka melakukan aktiviti fizikal? Itu bagus tapi tahu tak tanpa sedar, ada kesilapan ketika bersenam yang mungkin dilakukan. Ikuti pencerahan ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 09/10/2020 . 3 minit bacaan

Rasa MALAS Melakukan Aktiviti Fizikal? Cuba Elakkan 5 Perkara Ini Jika Mahu RAJIN Bersenam

Mematuhi jadual aktiviti fizikal tidaklah mudah. Cuba pertimbangkan 5 cara mengatasi malas bersenam ini. Mungkin anda akan rajin bersenam selepas ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

Adakah ia sesuatu yang normal untuk wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Seronoknya Dengar Tip Kembali Langsing Lepas Bersalin, Hanya Menyusukan Bayi, TAPI Benarkah?

Penyusuan susu ibu berikan banyak faedah untuk ibu. Ini termasuk potensi menurunkan berat badan dengan lebih cepat setelah melahirkan anak. Tapi betul ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Penyusuan Badan 29/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

menguruskan badan

Gagal Berdiet LAGI? 7 Tip Ini PASTI Dapat Bantu Anda Capai Berat Yang Dihajati

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
jenis kanser perut

Ketahui Jenis Dan Tahap Kanser Perut, Penentu Rawatan Yang Sesuai Dengan Barah

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 6 minit bacaan
diet rendah karbohidrat

Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
kesan buang rahim

Hai Wanita! Buang Rahim BUKAN Punca Berat Badan Turun, Tapi Ada KESAN Lain Pada Tubuh

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 09/10/2020 . 3 minit bacaan