backup og meta

Nak Kempiskan Perut? Ikut Diet Ini Selama 32 Hari, Boleh Makan 4x Sehari Tanpa Berlapar

Nak Kempiskan Perut? Ikut Diet Ini Selama 32 Hari, Boleh Makan 4x Sehari Tanpa Berlapar

Ada diet yang ajar cara mendapatkan perut rata dalam masa 32 hari? Adakah cara membuat perut rata melalui kaedah diet ini benar-benar berkesan? Ini kupasannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

Flat Belly Diet: Cara membuat perut rata dalam 32 hari?

Flat Belly Diet ialah sejenis pelan pemakanan yang diperkenalkan oleh Liz Vaccariello, bekas ketua editor bagi majalah Prevention serta rakannya, Cynthis Sass, seorang konsultan berkaitan nutrisi.

Buku pertama mengenai diet ini telah dilancarkan pada tahun 2008 sewaktu mereka berdua masih bekerjasama dalam penerbitan majalah tersebut.

Disebabkan populariti majalah Prevention, pelan diet ini mula meningkat naik dan menarik ramai individu untuk mengamalkannya.

Diet jenis ini juga amat terkenal kerana ia mensasarkan bahagian perut, yang merupakan bahagian yang paling dibimbangi ramai orang.

Menurut pelan diet ini, seseorang individu tersebut boleh menghilangkan sekitar 7 kilogram berat badan dalam masa 32 hari sahaja.

Pelan diet ini menumpukan kepada pengambilan jenis lemak mono tidak tepu iaitu lemak sihat yang berada dalam keadaan cecair pada suhu bilik. 

Apa yang dimakan dalam Flat Belly Diet ini?

cara membuat perut rata

Kebanyakan jenis makanan yang disarankan dalam jenis diet ini lebih kurang sama dengan jenis diet Mediterranean.

Namun, Flat Belly Diet lebih menumpukan kepada jenis lemak mono tidak tepu atau lemak sihat.

Antara jenis makanan yang kaya dengan kandungan lemak sihat ini ialah coklat gelap, avokado, minyak zaitun, kacang soya dan jenis kekacang lain.

Diet akan berlangsung selama 32 hari dan anda perlu mengurangkan pengambilan kalori harian pada empat hari pertama.

Pada empat hari pertama tersebut, anda hanya boleh ambil sejumlah makanan dengan nilai kalori sebanyak 1,200 sahaja.

Anda juga perlu mengambil makanan sebanyak empat kali sehari bagi mengelakkan masalah kembung perut.

Selepas tempoh empat hari pertama, anda akan mula mengambil makanan mengikut tiga peraturan ini:

  • Anda akan mengambil sebanyak 1,600 kalori setiap hari. Anda juga perlu mengambil makanan sebanyak 4 kali sehari. Ini bermakna, anda hanya boleh mengambil sekitar 400 kalori setiap kali waktu makan
  • Ambil jenis lemak sihat setiap kali waktu makan anda
  • Makan setiap 4 jam sekali

Ada beberapa jenis makanan yang perlu anda elakkan. Ini termasuklah buah-buahan sitrus, sayuran bergas seperti kubis, karbohidrat terproses dan makanan yang tinggi garam.

Apa kata pakar mengenai keberkesanan cara membuat perut rata melalui diet ini?

Menurut seorang pakar pemakanan, Chrissy Carroll, diet ini amat mementingkan pengambilan jenis makanan atau lemak mono tidak tepu.

Diet ini juga mementingkan had kalori harian setiap hari.

Kedua-dua kaedah ini sememangnya amat baik untuk tubuh memandangkan jenis lemak mono tidak tepu adalah sangat sihat dan kawalan kalori pula boleh menurunkan berat badan.

Namun, kebanyakan pakar menyatakan bahawa anda tidak mungkin boleh menurunkan sekitar 7 kilogram berat badan dalam masa hanya 32 hari.

Ini kerana ia adalah satu sasaran yang kurang realistik memandangkan kita mungkin hanya berkemampuan untuk menurunkan sekitar 1 kilogram atau kurang daripada itu dalam tempoh seminggu. 

Adakah Flat Belly Diet ini satu amalan diet yang baik untuk tubuh?

cara menbuat perut rata

Diet jenis ini amat mementingkan kawalan pengambilan kalori setiap hari.

Setiap individu memerlukan jumlah pengambilan kalori yang berbeza bergantung kepada beberapa faktor.

Sebagai contoh, individu yang lebih aktif memerlukan pengambilan kalori yang lebih banyak berbanding mereka yang kurang aktif.

Oleh itu, penetapan had kalori dengan nilai yang sama bagi semua individu adalah kurang tepat.

Tiada satu kaedah tetap yang boleh digunakan oleh semua individu memandangkan keperluan tubuh setiap individu tersebut adalah berbeza.

Selain itu, pada fasa awal diet ini, ia tidak menyarankan pengambilan legum, makanan yang bergas atau sayuran berkanji. Ini bagi mengelakkan masalah kembung perut.

Namun, pengambilan makanan seperti ini juga adalah penting kerana ia memberikan nutrien penting kepada tubuh.

[health_tool_article id=”32121″]

Tidak berbahaya tetapi tiada jaminan boleh kurus dalam masa 32 hari

cara membuat perut rata

Setakat ini, tiada sebarang risiko kesihatan yang dikaitkan dengan amalan diet ini.

Ia adalah satu kaedah diet atau pemakanan yang selamat dan boleh diamalkan bagi mereka yang ingin melakukannya.

Namun, kaedah diet ini mungkin hanya sesuai untuk sebilangan individu, dan tidak sesuai untuk individu yang lain.

Cara mendapatkan perut rata seperti yang dikongsikan oleh pelan diet ini juga mungkin tidak begitu berkesan, ini mungkin hanya berkesan dalam tempoh yang lebih panjang, bukannya dalam 32 hari sahaja.

Untuk membuat perut rata yang dikongsikan oleh diet ini ialah satu kaedah yang tidak realistik kerana anda mungkin hanya kehilangan kurang daripada 1 kilogram berat badan anda setiap minggu. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Facts about monounsaturated fats. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000785.htm. Accessed May 27, 2022.
  2. 2020 – 2025 Make Every Bite Count With the Dietary Guidelines. https://www.dietaryguidelines.gov/sites/default/files/2020-12/Dietary_Guidelines_for_Americans_2020-2025.pdf. Accessed May 27, 2022.
  3. Nuts and Human Health Outcomes: A Systematic Review. https://www.mdpi.com/2072-6643/9/12/1311. Accessed May 27, 2022.
  4. Age Related Shift in Visceral Fat. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4018766/. Accessed May 27, 2022.
  5. Monounsaturated fats from plant and animal sources in relation to risk of coronary heart disease among US men and women. https://academic.oup.com/ajcn/article/107/3/445/4939332 . Accessed May 27, 2022.

Versi Terbaru

28/05/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Berat Badan Turun Mendadak? Awas, Silap Gaya Boleh Sebabkan Komplikasi Kesihatan!

Sedang Berusaha Kuat Untuk Naikkan Berat Badan? Ikut Cara Yang Selamat Di Sini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan