backup og meta

Tak Seronok Kalau Perut Meragam Masa Tahun Baru Cina, Ikut 7 Tip Makan Secara Sihat Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/01/2022

    Tak Seronok Kalau Perut Meragam Masa Tahun Baru Cina, Ikut 7 Tip Makan Secara Sihat Ini

    Anda tahu tak terdapat banyak makanan tradisi kaum Cina di Malaysia?

    Malah menjelang Tahun Baru Cina yang bakal tiba ini, sudah pasti ramai warga kota yang sekian lama memerah keringat di belantara konkrit akan pulang ke kampung halaman masing-masing. 

    Inilah masanya untuk sanak saudara berkumpul di rumah sambil makan besar dan bergelak ketawa dengan yang tersayang. 

    Bukan itu sahaja, rumah masyarakat kaum Cina akan dipenuhi dengan bunga, pokok dan buah limau sebagai simbolik murah rezeki.

    Dalam pada itu, peristiwa yang paling menarik ketika Tahun Baru Cina ini adalah makan besar bersama ahli keluarga.

    Wah, nampaknya inilah masa untuk menikmati makanan tradisi kaum Cina yang enak dan cukup menyelerakan. Namun AWAS, jangan berlebihan pula ya! 

    Makanan tradisi kaum Cina secara sihat 

    Hakikatnya, agak sukar untuk kita makan secara sihat semasa hari perayaan.

    Bayangkan, pelbagai juadah telah tersedia di depan mata dan hanya menunggu ia masuk ke dalam tangki perut. Namun, jangan terlalu ikut nafsu makan ya?

    Berikut merupakan beberapa tip makan secara sihat di Tahun Baru Cina yang boleh diamalkan:

    #1. Makan tepat pada waktu

    makanan tradisi kaum cina

    Secara tradisinya, masyarakat Cina akan makan besar pada waktu malam tahun baru. Jadi, sila makan pada waktu ini dan jangan pula melambatkannya sehingga melangkau waktu makan malam anda.

    Selain itu, tidak perlu menahan lapar pada siang hari semata-mata ingin mengosongkan perut untuk menikmati makanan tradisi kaum Cina semasa makan besar nanti.

    Makan sahaja seperti biasa okay?

    #2. Makan mengikut keperluan

    Pantang nampak makanan tradisi kaum Cina di hadapan mata, anak-anak yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman pasti akan geram melihatnya, bukan? Namun, berpada-padalah.

    Sekiranya anda masih ingin makan semua hidangan yang ada semasa makan besar itu, cukup sekadar merasa sahaja setiap jenis makanan. Ini bertujuan mengelakkan anda dari mengalami kembung perut, pedih ulu hati atau ketidakhadaman.

    #3. Pilih menu yang sihat

    Kedengaran klise, bukan? Jadi, bagaimana untuk memilih makanan tradisi kaum Cina yang sihat?

    Caranya, lihat kepada kaedah masakannya. Anda seharusnya memilih makanan yang dimasak dengan cara kukus, rebus, bakar dan elakkan masakan yang berminyak.

    #4. Susun makanan secara teratur

    Tidak dinafikan makanan tradisi kaum Cina yang terdapat semasa makan besar memang sangat menggoda. Namun, anda perlu elak daripada mengambil secara berlebihan makanan tersebut di atas satu pinggan. 

    Walaupun tip ini kelihatan seperti agak remeh, namun ia sangat penting demi mengelakkan anda makan secara berlebihan. Ia bukan sahaja akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut, malah akan menyebabkan berat badan menjadi tidak terkawal.

    #5. Makan perlahan-lahan

    makanan tradisi kaum cina

    Dalam erti kata yang lebih mudah, jangan gelojoh. Sebaiknya, kunyah setiap makanan tradisi kaum Cina yang anda makan itu dengan perlahan-lahan.

    Ini bertujuan melancarkan sistem penghadaman anda. Lagipun, ia satu adab di meja makan yang perlu dipatuhi, bukan?

    #6. Berhenti sebelum kenyang

    Jangan sesekali makan selepas kenyang, okay? Ia hanya akan menyebabkan perut anda kembung.

    Walaupun anda berniat untuk tidak membazirkan makanan yang terhidang di atas meja makan itu, namun tidak wajar untuk anda membebankan diri. Jadi, berhenti sebelum kenyang semasa makan besar nanti.

    #7. Minum air secukupnya

    Seperti saranan kebanyakan pakar, anda perlu minum air putih 8 gelas sehari untuk memastikan badan kekal berhidrasi.

    Selain itu, ia juga bagus untuk memastikan anda tidak tercekik semasa sedang menjamah makanan tatkala makan besar bersama ahli keluarga dan sanak saudara. 

    Jadi, sila ikuti tip berikut jika anda tidak mahu perut meragam semasa tahun baru, ya?

    Konklusi

    Kesimpulannya, makanan tradisi ini memang menyelerakan. Namun, sila ikuti tip di atas dan makan secara sihat semasa Tahun Baru Cina yang bakal tiba nanti, okay?

    Di kesempatan ini, pihak Hello Doktor juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/01/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan