Puasa Terbatal Jika Buat Ujian Swab COVID-19? Ini 17 Perkara Boleh & Tidak Boleh Dilakukan Jika Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Puasa Ramadan pada tahun ini mungkin agak berbeza memandangkan kita masih lagi menjalani Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan oleh penularan wabak COVID-19.

Pun begitu, segala peraturan dan larangan semasa puasa yang boleh sebabkan batal puasa masih tidak berubah setiap tahun.

Mari kita ikuti apakah perkara yang tidak boleh dilakukan dan yang boleh dilakukan ketika berpuasa.

Perkara yang ditegah untuk dilakukan ketika puasa Ramadan

Terdapat beberapa perkara yang amat dilarang untuk dilakukan ketika berpuasa kerana ia boleh menyebabkan batal puasa.

Antara perkara-perkara tersebut ialah:

#1. Makan 

Umat Islam yang berpuasa dilarang untuk makan bermula daripada waktu Subuh sehinggalah masuknya waktu Maghrib. 

#2. Minum air

Sama juga seperti makan, kita dilarang untuk meminum air walaupun sedikit bermula terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

#3. Melakukan hubungan seks

Selain daripada makan dan minum, pasangan suami isteri juga dilarang untuk melakukan hubungan seks pada siang hari.

Namun, mereka boleh melakukannya pada waktu malam hari dengan syarat sebelum masuknya waktu Subuh keesokan harinya.

#4. Muntah

Muntah di sini adalah keadaan di mana seseorang itu muntah secara sengaja.

Muntah dengan sengaja adalah salah 1 daripada perkara yang boleh menyebabkan batal puasa.

Namun, jika berlaku secara tidak sengaja, ia tidaklah membatalkan puasa Ramadan melainkan jika muntah tersebut ditelan kembali.

#5. Merokok

puasa ramadan

Merokok boleh membatalkan puasa Ramadan anda. Ini termasuklah rokok tembakau mahupun vape.

#6. Makan ubat

Anda tidak digalakkan untuk berpuasa jika anda adalah pesakit yang memerlukan pemakanan ubat mengikut masa yang ditetapkan.

Ini kerana, menelan ubat sama ada menggunakan air atau tidak masih dikira sebagai perkara yang boleh menyebabkan batal puasa.

Perkara yang boleh dilakukan ketika puasa Ramadan

Berikut adalah antara perkara-perkara yang masih boleh dilakukan walaupun anda berpuasa pada siang hari.

#1. Memberus gigi

Anda masih boleh memberus gigi pada waktu siang hari, namun jangan sesekali menelan ubat gigi atau air kumuran dalam mulut anda.

Jika tidak, puasa anda akan terbatal secara automatik.

#2. Mandi

Tiada larangan untuk seseorang itu mandi ketika waktu siang hari semasa berpuasa.

Selagi mana anda tidak menelan air ketika mandi, maka puasa anda masih lagi sah.

#3. Mengambil suntikan

suntikan

Jika anda merupakan pesakit yang memerlukan pengambilan ubat melalui suntikan seperti insulin, anda masih boleh melakukannya walaupun pada ketika anda sedang berpuasa.

Suntikan ubat tidak membatalkan puasa seseorang individu.

#4. Menelan sesuatu

Maksud menelan sesuatu di sini ialah jika anda menelan makanan secara tidak sengaja disebabkan oleh terlupa yang anda sedang berpuasa.

Kesalahan seperti ini dimaafkan dan puasa Ramadan tidak terbatal. Begitu juga jika anda menelan air liur di dalam mulut, ia masih tidak membatalkan puasa anda.

Untuk mereka yang memasak di dapur, anda masih boleh merasa makanan dengan menggunakan lidah dengan syarat anda perlu meludahnya keluar setelah merasanya.

Jangan sesekali menelannya. Jika tidak, puasa anda akan terbatal. 

#5. Ubat titis mata

Ubat titis mata juga dibenarkan untuk digunakan ketika berpuasa dan ia tidak membatalkan puasa Ramadan anda.

#6. Ujian swab

Ujian swab bagi saringan COVID-19 juga masih boleh dilakukan dan ia tidak membatalkan puasa seseorang.

Ia adalah satu kelonggaran kepada umat Islam yang sedang berpuasa memandangkan ia berkenaan soal kesihatan dan penjagaan nyawa seseorang individu. 

Tambahan lagi, alat yang digunakan semasa ujian swab tidak membuatkan anda menelannya masuk ke dalam rongga.

#7. Memakai kanta lekap

contact lens

Memakai kanta lekap atau contact lense tidak membatalkan puasa seseorang.

Bagi mereka yang memakainya, anda tidak perlu berasa risau kerana permukaan mata bukanlah satu rongga yang boleh membatalkan puasa anda.

#8. Bermesra antara suami isteri

Bermesraan antara suami isteri masih boleh dilakukan dengan syarat ia tidak keterlaluan sehingga boleh mendorong kepada berlakunya hubungan seks.

Anda masih boleh memeluk dan mencium pasangan anda, tetapi perlulah mengawalnya. 

#9. Tidur

Tidur pada siang hari tidak membatalkan puasa anda.

Oleh itu, jika anda keletihan bekerja, anda boleh sahaja tidur pada waktu siang untuk merehatkan tubuh badan anda.

#10. Berkumur dan mencuci hidung

Jika anda mahu berkumur atau mencuci hidung dengan menggunakan air, ia tidak dikira sebagai perkara yang boleh menyebabkan batal puasa.

Tetapi, anda perlulah memastikan bahawa air tersebut tidak masuk ke dalam kerongkong anda. Jika tidak, puasa anda dikira terbatal.

#11. Menggunakan inhaler

inhaler

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, penggunaan inhaler pada waktu siang hari ketika berpuasa tidaklah membatalkan puasa seseorang individu.

Oleh itu, bagi penghidap asma, anda masih boleh menggunakan inhaler walaupun sedang berpuasa. 

Kesimpulan

Mungkin ada antara perkara yang dinyatakan di atas ini tidak begitu diketahui ramai terutamanya apabila ia berkaitan dengan aspek penjagaan kesihatan.

Seperti mana isu ujian swab bagi COVID-19, ia telah dijelaskan oleh pihak berautoriti seperti pihak Jabatan Mufti Negeri bahawa ia tidak membatalkan puasa seseorang. 

Oleh itu, jika anda tidak mempunyai sebarang penyakit kronik atau serius, anda masih boleh menjalani puasa Ramadan anda tanpa ada sebarang masalah.

Terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan dalam Islam jika ia melibatkan kesihatan dan nyawa seseorang.

Jika keadaan penyakit yang dialami itu memerlukan anda untuk makan, anda dibolehkan untuk berbuka dan menggantikan puasa anda pada waktu yang lain. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Makan Guna Tangan Baik Untuk Kesihatan? Ada Lagi 4 Tradisi Melayu Bagus Diamalkan

Mungkin anda tidak tahu, ada beberapa tradisi Melayu yang sebenarnya baik untuk kesihatan anda. Apakah antara amalan budaya kaum Melayu ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 05/05/2020 . 3 minit bacaan

Melancap Ketika Puasa? Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Jika anda ingin berhenti melancap pada bulan puasa, inilah masanya. Anda boleh ikut 9 tip yang dikemukakan dalam artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 04/05/2020 . 4 minit bacaan

Selalu Sakit Semasa Berpuasa? Ketahui 5 Penyakit Lazim Berlaku Di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan sudah tiba! Jika anda tidak berpada-pada ketika makan berbuka, anda boleh mendapat 5 penyakit bulan puasa lazim ini. Ketahuinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 30/04/2020 . 3 minit bacaan

Tak Tahu Nak Masak Apa Masa Sahur? Ini 7 Menu Simple Boleh Cuba Sepanjang Ramadan Ini!

Bagi mereka yang masih tercari-cari menu untuk sahur sepanjang bulan Ramadan ini, ini 7 menu sahur simple yang boleh anda cuba. Sedap dan jimat masa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Perayaan 30/04/2020 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bulan ramadhan

Cuaca Panas Terik Di Luar Buat Badan Lesu? AWAS! Ini 15 Tanda Anda Dehidrasi Masa Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 18/05/2020 . 3 minit bacaan
puasa 20 jam

Anda Sanggup Puasa 20 Jam Sehari Sepanjang Ramadan? Ini Cabaran Bagi Umat Islam Di Luar Negara

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 13/05/2020 . 3 minit bacaan
7-tip-menyusukan-badan-ketika-berpuasa

Risau Kesan Pada Bayi Jika Menyusukan Anak Ketika Berpuasa? Cuba Amalkan 7 Tip Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/05/2020 . 3 minit bacaan
bahaya merokok

Ingin Berhenti Merokok Bulan Puasa Ini? Buat 5 Tip Di Bawah Confirm Anda Tak Hisap Lagi

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 05/05/2020 . 3 minit bacaan