backup og meta

Anda Ada Kencing Manis? Mesti Tertanya-Tanya Bolehkah Pengambilan Insulin Dihentikan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 04/07/2022

    Anda Ada Kencing Manis? Mesti Tertanya-Tanya Bolehkah Pengambilan Insulin Dihentikan?

    Insulin adalah hormon yang  memainkan peranan penting dalam mengawal paras gula dalam darah. Kekurangan insulin atau ketidakupayaan untuk bertindak balas dengan insulin boleh mendorong kepada perkembangan simptom diabetes.

    Bagi diabetis jenis 1, tubuh tidak berupaya menghasilkan insulin secukupnya untuk mengawal paras glukosa dalam darah. Tanpa adanya insulin, kebanyakan sel-sel tubuh tidak dapat mengambil glukosa dari darah. Disebabkan itu, pesakit diabetes jenis 1 perlu mengambil suntikan insulin untuk mengimbangi keperluan insulin dalam badan mereka.

    Manakala bagi diabetes jenis 2, tubuh tidak bertindak balas dengan berkesan terhadap insulin, iaitu dipanggil rintangan insulin. Akibatnya tubuh kurang mampu mengambil glukosa dari darah. Disebabkan itu, mereka yang mempunyai diabetes jenis 2 ini memerlukan insulin akibat pengasilannya oleh pankreas berkurang atau tidak mencukupi. Selain itu, mereka juga perlu mengambil suntikan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah mereka.

    Bolehkan suntikan insulin dihentikan?

    Jika doktor menetapkan bahawa anda perlu mengambil insulin, ia tidak bermakna anda perlu mengambilnya buat seumur hidup anda. Namun demikian, penghidap diabetes jenis 1, mereka memerlukan insulin tambahan untuk terus hidup. Manakala berbeza dengan penghidap diabetes jenis 2 yang mana insulin digunakan sebagai alat untuk mengawal gula dalam darah, maka insulin digunakan mengikut keperluan badan.

    Bagi penghidap diabetes yang beralih daripada suntikan insulin kepada ubat oral harus memastikan keupayaan pankreas menghasilkan insulin yang mencukupi bagi mengekalkan paras gula yang normal. Berikut adalah beberapa contoh di mana pengambilan insulin boleh dihentikan:

  • Dalam sesetengah individu dengan keadaan diabates yang tidak menerima rawatan atau kawalan insulin, tahap glukosa dalam badan mereka cukup tinggi sehingga menjadi toksik secara langsung kepada pankreas. Ini bermakna pankreas tidak hilang keupayaan sepenuhnya untuk menghasilkan tahap insulin kritikal. Namun tidak pula berfungsi dengan baik akibat tahap glukosa yang tinggi. Dalam contoh ini, insulin yang disuntik boleh digunakan untuk beberapa hari atau minggu untuk mengawal glukosa dan membantu pankreas kembali berfungsi pada kadar normal iaitu tahap yang dapat mengawal glukosa disokong oleh ubat oral. Apabila ubat oral diambil, insulin boleh dihentikan. Untuk peringatan, ubat oral berfungsi dengan baik, jika pankreas masih dapat menghasilkan dan melepaskan insulin.
  • Kadang-kadang insulin diberikan semasa penyakit akut seperti jangkitan, iaitu apabila tahap glukosa tinggi dan permintaan insulin tinggi yang mana lebih daripada keupayaan pankreas menguruskannya. Selepas keadaan tersebut dirawat sebaiknya, anda boleh mengmbil semula ubat oral.
  • Kebanyakan individu yang mengalami obesiti, mempunyai keadaan diabetes yang membolehkan pengambilan insulin dalam jangka masa berkala,  atau mengawal diabetes dengan mengambil ubat oral jika sedang berusaha menurunkan berat badan.
  • Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 04/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan