Keadaan perut pedih boleh disebabkan masalah ulser peptik. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan komplikasi masalah kesihatan.
Mari kita fahami mengenainya dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Punca perut pedih
Penyakit ulser peptik adalah keadaan di mana terdapat luka atau ulser menyakitkan yang berkembang pada lapisan perut atau bahagian pertama usus kecil (duodenum).
Ia boleh berlaku apabila asid perut membersihkan lapisan lendir pelindung saluran pencernaan anda.
Terdapat kemungkinan anda mungkin tidak akan mengalami sebarang simptom. Namun, wujud juga kecenderungan untuk anda berdepan rasa tidak selesa seperti sensasi terbakar atau perut rasa pedih.
Keadaan ini juga boleh menyebabkan pendarahan dalaman. Jika ia terjadi, bermakna anda memerlukan rawatan pemindahan darah di hospital!
Anda boleh mengalami 2 jenis penyakit ulser peptik:
- Ulser gastrik. Berlaku pada lapisan perut
- Ulser duodenum. Berkembang pada bahagian atas usus kecil – organ yang mencerna dan menyerap sebahagian besar makanan dimakan
Risiko untuk mengalami ulser ini boleh terjadi pada mana-mana peringkat usia. Tetapi umumnya, ia lebih cenderung berlaku pada individu dewasa.
Faktor risiko untuk mengalami ulser peptik
1 daripada 10 individu akan menghidap ulser. Faktor risiko yang membuat ulser lebih cenderung terjadi adalah:
- Penggunaan ubat antiradang nonsteroid (NSAID) yang kerap – kumpulan ubat penghilang rasa sakit biasa seperti ibuprofen
- Sejarah keluarga menghidap ulser
- Mengalami masalah kesihatan seperti penyakit hati, buah pinggang atau paru-paru
- Tabiat minum alkohol
- Asap daripada tabiat merokok boleh meningkatkan risiko ulser peptik pada individu yang dijangkiti bakteria Helicobacter pylori (H.pylori) berlebihan pada saluran pencernaan
- Stres yang tidak terkawal
- Gemar memakan makanan pedas
Simptomnya bukan sekadar perut pedih
Antara gejala yang boleh dialami adalah:
- Rasa perut pedih atau terasa panas
- Rasa kenyang, kembung atau kerap bersendawa
- Mengalami intoleransi terhadap makanan berlemak
- Pedih ulu hati
- Loya
- Perut kembung
Simptom ulser peptik yang paling biasa adalah rasa sensasi perut panas. Asid perut akan menjadikan keadaan ini semakin teruk, begitu juga keadaan perut kosong.
Rasa sakit biasanya dapat diatasi dengan pengambilan makanan tertentu atau ubat. Namun ia akan berulang kembali.
Rasa sakit mungkin lebih teruk antara waktu makan dan pada waktu malam.
Kebanyakan individu dengan masalah kesihatan ini tidak berdepan sebarang gejala.
Dalam kes jarang berlaku, ulser yang terjadi boleh menyebabkan simptom teruk seperti:
- Muntah atau muntah darah – mungkin kelihatan merah atau hitam
- Najis berdarah atau berwarna hitam
- Masalah pernafasan
- Rasa ingin pitam
- Mual atau muntah
- Penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan
- Perubahan pada selera makan
- Sakit perut melampau
- Perut menjadi keras