Apabila dilanda rasa sakit pada bahagian abdomen atas; antara bahagian bawah tulang dada dan pusat, mesti dikatakan masalah gastrik. Sedangkan ia turut boleh menjadi tanda penyakit batu hempedu.
Anda pasti?
Apabila dilanda rasa sakit pada bahagian abdomen atas; antara bahagian bawah tulang dada dan pusat, mesti dikatakan masalah gastrik. Sedangkan ia turut boleh menjadi tanda penyakit batu hempedu.
Tetapi bagaimana caranya untuk membezakan antara kedua-dua keadaan ini?
Jom fahami lebih lanjut dalam perkongsian artikel Hello Doktor ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Dalam kebanyakan kes, rasa sakit atau ketidakselesaan ini berasal daripada perut, duodenum (bahagian pertama usus kecil) atau pundi hempedu (gallbladder).
Masalah gastrik atau dalam istilah perubatan disebut gastritis, berlaku apabila lapisan perut mengalami keradangan.
Ia boleh terjadi disebabkan oleh tempoh makan yang tidak menentu atau melangkaui waktu makan serta pengambilan makanan pedas atau masam – berasaskan sitrus.
Biasanya rasa tidak selesa ini sering disertai dengan sensasi kembung perut dan/atau kerap bersendawa.
Bagi kes penyakit batu hempedu atau lebih dikenali dengan batu karang hempedu, individu yang mengalaminya akan berdepan simptom yang hampir sama dengan masalah gastrik.
Mereka akan mengalami gejala kembung perut, sendawa serta ketidakselesaan pada bahagian abdomen atas.
Selalunya simptom berkaitan pundi hempedu yang dialami akan menjadi lebih teruk setelah pengambilan makanan berlemak atau berminyak.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui apakah fungsi pundi hempedu ini, betul tak?
Pundi hempedu ini berperanan mencerna lemak dalam makanan dan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak boleh menyebabkannya mengecut dengan kuat.
Dalam keadaan ia berfungsi secara normal, proses pengecutan atau kontraksi tidak begitu dirasakan.
Pun begitu, dinding pada pundi hempedu boleh mengalami keradangan apabila terjadinya batu karang hempedu (wujud disebabkan banyak faktor) – dirujuk sebagai kolesistitis kronik.
Keadaan yang terjadi itu boleh mengakibatkan simptom lebih dirasai seperti sakit gastrik dan kembung.
Dianggarkan antara 20-40% individu mengalami masalah penyakit batu hempedu ini, tetapi kebanyakannya tidak menimbulkan masalah.
Batu hempedu tanpa gejala (Asymptomatic gallstones) yang biasanya tidak menyebabkan masalah akan dibiarkan begitu sahaja.
Manakala batu hempedu simptomatik (Symptomatic gallstones) yang boleh menimbulkan masalah biasanya akan dibuang melalui proses pembedahan.
Kini anda sudah tahu rasa sakit pada bahagian abdomen bukanlah hanya tanda masalah gastrik semata-mata, tetapi turut menjadi petunjuk isu berkaitan penyakit pundi hempedu.
Kesakitan sporadik, iaitu rasa sakit yang tidak menentu pada bahagian tengah abdomen, dan menjadi semakin teruk adalah antara gejala penyakit pundi hempedu ini.
Pundi hempedu adalah kantung kecil di bahagian bawah hati yang digunakan untuk menyimpan hempedu (bile) – cecair dihasilkan oleh hati untuk membantu proses pencernaan lemak.
Bile ini terdiri daripada air, kolesterol, garam hempedu, lemak, protein dan bilirubin (pigmen coklat kekuningan).
Sekiranya cecair hempedu ini mengandungi jumlah kolesterol atau bilirubin terlalu banyak, ia boleh mengeras menjadi batu karang hempedu.
Kewujudan batu karang ini adalah kesan penyakit pundi hempedu paling biasa dan ia boleh terdiri daripada pelbagai saiz dan jumlah.
Ada yang hanya bersaiz sebutir pasir dan terdapat juga yang membesar sehingga berukuran sebesar bola golf.
Baca juga:
Terdapat 3 jenis gallstones yang utama dan pembentukannya dipengaruhi faktor-faktor seperti usia, diet dan etnik.
Terhasil daripada kolesterol keras, berwarna kekuningan.
Terbentuk daripada bilirubin dan merupakan batu kecil berwarna gelap.
Gabungan batu kolesterol dan pigmen.
Ketidakselesaan yang dirasai disebabkan masalah batu karang hempedu ini menyebabkan ramai yang menyangka ia sebagai masalah gastrik.
Oleh itu, amat penting mengetahui perbezaan antara penyakit pundi hempedu dan sakit gastrik (atau penyakit ulser peptik) kerana rawatan bagi kedua-duanya masalah kesihatan ini berbeza.
Sememangnya gejala bagi penyakit pundi hempedu dan gastrik sangat tidak jauh berbeza. Bahkan doktor sendiri mengatakan simptom keduanya hampir serupa.
Walau bagaimanapun, jika diperhatikan dengan teliti, ada perbezaan yang mungkin boleh dikenal pasti.
1. Kembung selepas makan
Merupakan simptom paling biasa dialami bagi individu dengan masalah gastrik.
Anda akan berasa perut dipenuhi gas. Manakala makanan yang diambil tidak tercerna terutamanya selepas sesuatu hidangan makan besar.
Kesakitan yang dirasai juga sekejap kemudian menghilang.
2. Sakit belakang teruk
Bagi mereka dengan gastrik, rasa sakit perut biasanya akan hilang setelah pengambilan ubat.
Pun begitu, dalam jangka masa pendek, kesakitan akan mula dirasai kembali.
Kebanyakan rasa sakit itu berlaku pada kawasan dada dan berkemungkinan merebak sehingga ke bahagian belakang.
3. Loya dan muntah
Apabila wujud penyakit batu hempedu, batu akan terperangkap dalam usus dan berlaku penyumbatan saluran, justeru akan timbul beberapa komplikasi seperti mual dan muntah.
4. Penyakit kuning
Sekiranya gallstones termasuk ke dalam saluran hempedu besar, ia boleh menjadi punca penyakit kuning dan pankreatitis.
Bahkan sekiranya individu berkenaan tidak mendapat rawatan segera, ia boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Oleh itu, jika wujud keraguan sama ada sakit perut disebabkan gastritis atau penyakit hati hempedu, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera!
Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
All been accessed on June 5, 2021 from
https://www.healthxchange.sg/digestive-system/gallbladder/gastric-pain-symptom-gallbladder-disease
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gallstones/symptoms-causes/syc-20354214
https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/7313-gallstones
https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/gallstone-disease
https://rarediseases.org/rare-diseases/cholecystitis
https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10349-gastritis
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gastritis/symptoms-causes/syc-20355807
https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/gastritis
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen