Apabila dilanda rasa sakit pada bahagian abdomen atas; antara bahagian bawah tulang dada dan pusat, mesti dikatakan masalah gastrik. Sedangkan ia turut boleh menjadi tanda penyakit batu hempedu.
Tetapi bagaimana caranya untuk kita tahu apa beza gastrik dan batu hempedu? Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Penyakit batu hempedu & masalah gastrik
Dalam kebanyakan kes, rasa sakit atau ketidakselesaan ini berasal daripada perut, duodenum (bahagian pertama usus kecil) atau pundi hempedu (gallbladder).
Masalah gastrik atau dalam istilah perubatan disebut gastritis, berlaku apabila lapisan perut mengalami keradangan.
Ia boleh terjadi disebabkan oleh tempoh makan yang tidak menentu atau melangkaui waktu makan serta pengambilan makanan pedas atau masam – berasaskan sitrus.
Biasanya rasa tidak selesa ini sering disertai dengan sensasi kembung perut dan/atau kerap sendawa.
Bagi kes ubat batu hempedu di farmasi atau lebih dikenali dengan batu karang hempedu, individu yang mengalaminya akan berdepan simptom yang hampir sama dengan masalah gastrik.
Mereka akan mengalami gejala kembung perut, sendawa serta ketidakselesaan pada bahagian abdomen atas.
Selalunya simptom berkaitan pundi hempedu yang dialami akan menjadi lebih teruk setelah pengambilan makanan berlemak atau berminyak.
Pundi hempedu ini berperanan mencerna lemak dalam makanan dan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak boleh menyebabkannya mengecut dengan kuat.
Dalam keadaan ia berfungsi secara normal, proses pengecutan atau kontraksi tidak begitu dirasakan.
Pun begitu, dinding pada pundi hempedu boleh mengalami keradangan apabila terjadinya batu karang hempedu (wujud disebabkan banyak faktor) – dirujuk sebagai kolesistitis kronik.
Keadaan yang terjadi itu boleh mengakibatkan simptom lebih dirasai seperti:
- sakit gastrik
- kembung
Kesakitan perut tanda penyakit batu hempedu
Kini anda sudah tahu rasa sakit pada bahagian abdomen bukanlah hanya tanda masalah gastrik semata-mata, tetapi turut menjadi petunjuk isu berkaitan penyakit pundi hempedu.
Kesakitan sporadik, iaitu rasa sakit yang tidak menentu pada bahagian tengah abdomen, dan menjadi semakin teruk adalah antara gejala penyakit pundi hempedu ini.
Pundi hempedu adalah kantung kecil di bahagian bawah hati yang digunakan untuk menyimpan hempedu (bile) – cecair dihasilkan oleh hati untuk membantu proses pencernaan lemak.
Bile ini terdiri daripada air, kolesterol, garam hempedu, lemak, protein dan bilirubin (pigmen coklat kekuningan).
Sekiranya cecair hempedu ini mengandungi jumlah kolesterol atau bilirubin terlalu banyak, ia boleh mengeras menjadi batu karang hempedu.
Perbezaan simptom penyakit batu hempedu dan gastrik
Sememangnya gejala bagi penyakit pundi hempedu dan gastrik sangat tidak jauh berbeza.
Bahkan, doktor sendiri mengatakan ia hampir sama lantas sukar menentukan jika perlu ubat batu hempedu di farmasi atau tidak.
Walau bagaimanapun, jika diperhatikan dengan teliti, ada perbezaan yang agak ketara.
4 petunjuk berbeza
1. Kembung selepas makan
Merupakan simptom paling biasa dialami bagi individu dengan masalah gastrik.
Anda akan berasa perut penuh gas. Manakala makanan yang diambil tidak tercerna terutamanya selepas sesuatu hidangan makan besar.
Kesakitan yang dirasai juga sekejap kemudian menghilang.
2. Sakit belakang teruk
Bagi mereka dengan gastrik, rasa sakit perut biasanya akan hilang setelah pengambilan ubat.
Pun begitu, dalam jangka masa pendek, kesakitan akan mula dirasai kembali.
Kebanyakan rasa sakit itu berlaku pada kawasan dada dan berkemungkinan merebak sehingga ke bahagian belakang.
3. Loya dan muntah
Apabila wujud penyakit batu hempedu, batu akan terperangkap dalam usus dan berlaku penyumbatan saluran, justeru akan timbul beberapa komplikasi seperti mual dan muntah.
4. Penyakit kuning
Sekiranya gallstones termasuk ke dalam saluran hempedu besar, ia boleh menjadi punca penyakit kuning dan pankreatitis.
Bahkan sekiranya individu berkenaan tidak mendapat rawatan batu hempedu tanpa pembedahan atau dengan pembedahan, ia boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Kesimpulan
Jika wujud keraguan sama ada sakit perut disebabkan gastritis atau ubat batu hempedu di farmasi, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera!
[embed-health-tool-bmr]