Pernahkah kalian alami situasi di mana sedang asyik mengunyah gula gula getah namun tanpa sedar tertelan chewing gum?
Jika ya, ia pasti akan menimbulkan rasa cemas dan panik kerana menyangka ia akan melekat dalam perut anda!
Ini merupakan satu persoalan yang mungkin masih ramai belum tahu akan jawapan sebenar.
Jadi, jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Gula gula getah untuk dikunyah bukan ditelan!
Chewing gum pada mulanya dicipta dengan berasaskan getah dari pokok Sapodilla di Amerika Tengah dengan dicampurkan perisa.
Kini, ia telah ditambah dengan pelbagai lagi bahan lain seperti resin, pemplastik, polimer, perisa, pewarna dan pelembut.
Tujuan ia dicipta bukanlah untuk dijadikan sebagai makanan sebaliknya hanya sekadar pencuci atau pemanis mulut selepas makan.
Pada awal penciptaannya juga, ia telah menimbulkan banyak prasangka buruk kononnya ia berbahaya terhadap kesihatan.
Ada juga mitos yang menyatakan gula gula chewing gum itu tidak boleh ditelan kerana ia boleh melekat dalam perut 7 tahun lama!
Benarkah? Sila teruskan membaca untuk tahu jawapannya!
Apa yang akan terjadi jika tertelan chewing gum?
Seperti mana yang mungkin semua orang sudah tahu, gula gula getah dicipta sebagai pemanis mulut yang perlu dikunyah dan bukan ditelan.
Pun begitu, mungkin juga akan berlaku situasi di mana anda sedang asyik mengunyah lalu tertelan ia secara tidak sengaja.
Walaupun sangat tidak disarankan, kalian mungkin tidak perlu terlalu risau jika terjadi perkara ini kerana ia tidak berbahaya.
Untuk pengetahuan anda, tubuh badan memang tidak mampu menguraikan gula gula ini yang ditelan di dalam perut.
Pun begitu, ia berkeupayaan untuk keluar daripada usus besar bersama dengan tinja dengan melalui sistem pencernaan.
Kebiasaannya, ia akan keluar daripada tubuh badan anda melalui lubang dubur kira-kira 40 jam selepas ditelan (sama seperti makanan lain).
Namun, ada beberapa perkara penting lain yang kalian perlu tahu.
Kenapa anda perlu elak tertelan gula gula getah?
Meskipun kami kata kejadian ini tidaklah begitu berbahaya, janganlah ia dibuat secara sengaja kerana ada juga risikonya.
Ini lebih-lebih lagi jika kalian menelannya dalam kuantiti yang besar pada tempoh waktu yang sangat pendek.
Keadaan ini mungkin boleh menyebabkan penyumbatan yang kronik pada usus besar anda.
- Sakit perut
- Sembelit
- Muntah-muntah
- Cirit-birit
- Hilang selera makan
Oleh itu, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, ubatan mahupun pembedahan untuk mengeluarkan ia daripada tubuh badan anda.
[embed-health-tool-bmr]