Pasti anda pernah minum susu kultur, kan? Tetapi benarkah ia menawarkan manfaat buat kesihatan badan? Ini penjelasan yang perlu anda ketahui.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Apa itu susu kultur?
Turut dikenali sebagai susu fermentasi, ia adalah produk tenusu yang diperam dengan sejenis bakteria dikenali sebagai Lactobacilli atau Bifidobacteria.
Fermentasi bermaksud sebahagian daripada susu tersebut dicerna oleh bakteria.
Ia secara tidak langsung menjadikan produk susu ini lebih mudah diproses oleh sistem pencernaan badan.
Ini terutamanya bagi individu yang mempunyai alahan susu atau intoleransi laktosa.
[embed-health-tool-bmi]
Proses fermentasi yang dilakukan juga dapat meningkatkan tempoh masa ketahanan susu ini daripada basi.
Umumnya, susu kultur adalah sejenis minuman yang sangat popular di negara seperti Jepun.
Tetapi apakah kebaikan sebenar susu yang melalui proses fermentasi ini?
9 kebaikan susu kultur untuk kesihatan badan
Produk tenusu kultur ini dikatakan sangat baik untuk usus. Ini kerana ia dipercayai mampu meningkatkan tahap kesihatan badan.
Berikut adalah antara beberapa kebaikan minuman kultur ini untuk kesihatan, iaitu:
1. Masalah cirit-birit
- Cirit-birit kesan ubat antibiotik
Produk tenusu kultur ini juga dikatakan dapat mengurangkan masalah sembelit bagi individu yang mengambil ubat antibiotik.
Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan susu fermentasi yang mengandungi bakteria Lactobacillus dan Bifidobacterium mengurangkan risiko terkena cirit-birit semasa mengambil antibiotik.
- Cirit-birit pada kanak-kanak
Penyelidikan awal menunjukkan bahawa meminum susu yang diperam dengan Lactobacillus casei mengurangkan tahap cirit-birit pada bayi dan kanak-kanak.
Kajian awal lain juga mendapati penggunaan produk susu fermentasi khusus – mengandungi pelbagai jenis bakteria – dapat mengurangkan jangka masa yang diperlukan untuk menghentikan cirit-birit pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.
- Cirit-birit akibat rotavirus
Beberapa bukti menyarankan pengambilan minuman susu Lactobacillus ini pada kanak-kanak dengan cirit-birit kesan rotavirus selama 5 hari akan dapat mengurangkan tempoh kesakitan mengalaminya.
2. Demam hay
Berdasarkan beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa susu fermentasi yang mengandungi Lactobacillus acidophilus mungkin dapat mengurangkan masalah hidung berair pada individu dewasa yang mengalami demam Hay – alahan bermusim.
Dalam sesetengah kajian mengatakan, produk tenusu kultur ini dikatakan dapat mengurangkan risiko untuk mengalami demam Hay kanak-kanak dan remaja.
3. Kurangkan risiko ekzema (dermatitis atopik), antara kebaikan susu kultur untuk ibu mengandung
Anda sedang hamil? Apa kata amalkan minuman kultur.
Daripada hasil kajian mendapati bahawa meminum susu fermentasi yang mengandungi pelbagai jenis bakteria semasa kehamilan dan setelah melahirkan mengurangkan kemungkinan anak kecil mengalami ekzema.
4. Selesema
Antara kebaikan susu fermentasi untuk kesihatan badan adalah ia dapat membantu mencegah masalah selesema bagi kanak-kanak prasekolah.
Sesetengah produk tenusu kultur lain juga dapat membantu mengatasi selesema pada individu dewasa.
5. Saluran pencernaan
Jangkitan saluran pencernaan yang berpunca daripada bakteria Helicobacter pylori atau H. pylori boleh menyebabkan ulser.
Namun melalui kajian yang dilakukan mendapati, pengambilan produk tenusu kultur yang mengandungi pelbagai jenis bakteria setiap hari selama 12 hingga 16 minggu bagus untuk kesihatan badan.
Ini kerana ia dapat memperbaiki gejala perut yang disebabkan jangkitan H.pylori.
Manakala daripada hasil penyelidikan lain pula, menunjukkan bahawa mengambil produk susu fermentasi tertentu semasa menggunakan antibiotik untuk jangkitan H. pylori akan mempercepatkan proses penyembuhan.
6. Tekanan darah tinggi
Hasil daripada beberapa kajian mencadangkan bahawa susu kultur dapat menurunkan tekanan darah sistolik (nombor pertama) tetapi tidak diastolik (nombor kedua) pada individu yang mengalami tekanan darah tinggi.
7. Sindrom kerengsaan usus (IBS)
Masalah kerengsaan perut yang dialami untuk tempoh jangka panjang boleh meningkatkan risiko untuk mengalami sindrom kerengsaan usus (IBS).
Beberapa kajian menyarankan pengambilan susu fermentasi 2x sehari selama tempoh 4 minggu dapat mengurangkan gejala IBS, termasuk rasa kesakitan dan gas.
Baca juga: