backup og meta

Perut Sakit Sebab Banyak Angin? Ada 6 Sebab Perut Memulas Tapi Tak Nak Berak!

Perut Sakit Sebab Banyak Angin? Ada 6 Sebab Perut Memulas Tapi Tak Nak Berak!

Pernahkah anda alami sakit perut memulas tapi tak berak? Biasanya kita menganggap perut memulas banyak angin.

Namun, jika kerap sangat terkena sakit perut memulas tapi tak berak tetapi tidak terasa untuk buang air besar, mungkin ada gangguan dalam perut anda.

Lihat penerangan di bawah ini jika anda juga kerap sakit perut memulas sekejap sekejap. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Punca sakit perut memulas tapi tak berak

sakit perut memulas tapi tak berak
Rasa sakit perut tetapi tidak tahu puncanya.

Sakit perut boleh berlaku kerana pelbagai sebab dan kadangkala ia mungkin tidak disertai dengan keinginan untuk membuang air besar.

Biasanya orang akan menganggap perut memulas banyak angin.

Namun, ia bukanlah satu-satunya punca yang menyebabkan perut mencucuk-cucuk.

Ini antara punca-punca yang boleh menyebabkan perut memulas tetapi tidak disertai dengan keinginan hendak membuang air besar. 

#1. GERD

GERD atau gastroesophageal reflux disease, merupakan salah satu penyebab sakit perut tapi berak sikit.

Ia berlaku apabila asid perut mengalir masuk ke dalam esofagus, yang mengakibatkan sensasi terbakar pada dada atau sakit perut.

Walaupun kebanyakan orang yang mempunyai GERD akan merasakan sensasi terbakar pada dada atau sakit tekak, namun ada juga yang merasakan sakit pada perut mereka.

Bagi sesetengah individu, sakit GERD boleh disalah anggap sebagai sakit jantung kerana kedudukan dan keadaan sakit yang sama.

#2. Ulser perut punca sakit perut memulas tapi tak berak

sakit perut memulas tapi tak berak
Rasa tidak selesa pada perut.

Ulser perut adalah luka terbuka pada lapisan dalam perut yang boleh menyebabkan sakit yang teruk.

Sakit ini biasanya menjadi lebih teruk ketika perut kosong dan akan berkurangan selepas makan.

Sakit perut kerana ulser biasanya mempunyai rasa sakit yang membakar atau menusuk.

Walau bagaimanapun, ulser perut biasanya tidak menyebabkan keinginan untuk membuang air besar.

#3. Gastritis 

Gastritis adalah keradangan atau pembengkakan pada lapisan perut yang boleh menyebabkan sakit perut, mual, dan kehilangan selera makan.

Gastritis boleh disebabkan oleh banyak faktor.

Ini termasuklah penggunaan ubat antiradang yang berlebihan, jangkitan bakteria Helicobacter pylori, atau penggunaan alkohol yang berlebihan.

Penyakit gastritis juga biasanya tidak menyebabkan sembelit atau keinginan untuk membuang air besar.

#4. Iritasi pada apendiks (apendisitis)

Iritasi pada apendiks atau apendisitis adalah keadaan di mana apendiks menjadi meradang dan bengkak.

Ini boleh menyebabkan sakit perut teruk yang biasanya berlaku di sebelah kanan bawah perut.

Apendisitis adalah keadaan perubatan yang serius dan memerlukan rawatan segera.

Walaupun gejala awal apendisitis merangkumi sakit perut, mual, muntah, dan demam, namun ia tidak disertai dengan keinginan untuk membuang air besar.

sakit apendiks
Petanda anda sakit perut disebabkan apendiks.

#5. Usus tersumbat punca sakit perut memulas tapi tak berak

Usus tersumbat adalah keadaan di mana sebahagian daripada usus menjadi tersumbat, yang boleh menyebabkan sakit perut, mual dan muntah.

Walaupun keadaan ini boleh menyebabkan keinginan untuk membuang air besar, akan tetapi terdapat juga kes di mana hal ini tidak berlaku.

Usus tersumbat boleh disebabkan oleh banyak faktor termasuklah divertikulitis, hernia atau jaringan parut. 

6 punca anda sakit perut tapi susah untuk berak:

  • GERD
  • Ulser perut
  • Gastritis
  • Radang apendiks
  • Usus tersumbat
  • Kanser perut

#6. Kanser perut

Kanser perut adalah sejenis kanser yang bermula daripada perut.

Ia merupakan antara punca sakit perut memulas tapi tak berak dan rasa nak buang air besar tapi tidak keluar.

Salah satu gejala awal kanser perut adalah sakit perut.

Gejala lain termasuklah penurunan berat badan tanpa sebab yang jelas, kehilangan selera makan, dan rasa kenyang lebih awal.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang menghidap kanser perut akan merasakan keinginan untuk membuang air besar.

Jadi, dapatkan cara hilangkan sakit perut memulas daripada pakar dengan segera ya!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gastroesophageal reflux disease (GERD). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gerd/symptoms-causes/syc-20361940. Diakses pada Julai 25, 2023.
  2. Peptic Ulcer Disease. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/10350-peptic-ulcer-disease. Diakses pada Julai 25, 2023.
  3. Gastritis. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/gastritis. Diakses pada Julai 25, 2023.
  4. Appendicitis. https://familydoctor.org/condition/appendicitis/. Diakses pada Julai 25, 2023.
  5. Blocked Intestine. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/b/blocked-intestine.html. Diakses pada Julai 25, 2023.
  6. Stomach Cancer. https://www.cancer.org/cancer/types/stomach-cancer.html. Diakses pada Julai 25, 2023.

Versi Terbaru

12/04/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tak Larat Asyik Berulang-alik Ke Tandas, Rawat Cirit-birit Di Rumah Dengan 10 Cara Ini!

Sembelit Kronik Boleh Jadi Punca Perut Kembung, Ini 6 Rawatan Atasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan