Pernah atau tidak kalian buang air besar dan terlihat darah pada najis? Tenang, jangan terus panik kerana bukan anda seorang sahaja yang pernah atau akan mengalami berak berdarah! Persoalannya, kenapa masa berak keluar darah?
Mungkin ramai dalam kalangan kita yang akan meneka bahawa kondisi ini berkaitan dengan pendarahan pada usus atau kolon.
Ya, ada logiknya di situ. Jadi, jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu punca sebenar kondisi ini berlaku!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Kenapa masa berak keluar darah? Ini punca sebenar berak berdarah cair
Ada individu yang mengalaminya tapi hanya akan mendiamkan diri kerana takut atau malu untuk berjumpa doktor.
Jangan begitu, ini kerana terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan kondisi ini.
Daripada yang ringan sehinggalah yang teruk, ini punca sebenar berak berdarah yang kalian perlu tahu:
Penyebab sakit perut berak berdarah #1. Buasir
Ramai yang tahu tentang kondisi ini bukan? Buat anda yang belum tahu, ia adalah kondisi di mana saluran darah pada rektum atau anus membengkak lalu menyebabkan rasa sakit dan gatal.
Disebabkan pembengkakan ini terletak dan terkeluar dari lubang dubur, ia akan menyebabkan ketidakselesaan ketika membuang air besar. Kesannya, anda mungkin mengalami najis berdarah.
#2. Kenapa masa berak keluar darah? Keracunan makanan
Kadangkala, pendarahan pada najis bukan hanya disebabkan oleh kondisi yang berlaku pada tubuh badan kita. Sebenarnya, ia juga mungkin disebabkan makanan atau minuman yang kita ambil.
Ada makanan atau minuman yang mengandungi organisma penyebab keracunan makanan.
Selain sakit perut, cirit-birit atau muntah-muntah, najis berdarah juga merupakan salah satu simptomnya.
#3. Fisur anus
Selain itu, kondisi berak berdarah juga mungkin boleh berlaku akibat fisur anus. Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu kondisi di mana berlaku kekoyakan pada kawasan sekitar dinding anus.
Sudah pasti ia akan mengakibatkan pendarahan ketika membuang air besar selain turut menyebabkan rasa seperti lubang dubur terkoyak atau terbakar ketika najis melaluinya.
#4. Ulser peptik penyebab kenapa najis ada darah
Mungkin ramai yang tahu bahawa ulser boleh berlaku dalam mulut. Anda juga perlu tahu bahawa ia boleh berlaku pada dinding perut atau usus sehingga menyebabkan pendarahan.
Pendarahan ini mungkin kita dapat lihat ketika membuang air besar.
Najis kelihatan seakan bercampur dengan darah akibat ulser ini. Segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan lebih lanjut.
#5. Penyakit Crohn juga punca kenapa najis ada darah
Ia adalah sejenis penyakit pada usus di mana lapisan dinding sistem pencernaan, bermula dari mulut hingga anus akan mengalami keradangan.
Namun, ia paling biasa berlaku pada usus besar.
Akibat penyakit ini, penderita akan mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah yang agak teruk. Buang air besar berdarah adalah salah satu petandanya, jadi sila segera berjumpa doktor.
#6. Polip kolon
Buat anda yang belum tahu, polip itu adalah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada tubuh badan kita. Jangan terkejut kerana ia juga boleh tumbuh pada kawasan sekitar dinding kolon.
Mungkin ia tidak berbahaya jika masih di peringkat awal dan dirawat segera.
Namun ia boleh membesar lantas menjadi salah satu punca berak berdarah serta berkaitan dengan kondisi terakhir ini.
Ia sebab kenapa boleh kena buasir.
Punca berak berdarah di usia muda #7. Kanser
Najis berdarah juga adalah salah satu tanda kanser. Ini kerana kanser pada kolon dan anal adalah 2 jenis kanser yang boleh menyebabkan pendarahan ketika membuang air besar.
Apa yang membimbangkan adalah pendarahan ini kadangkala tidak dapat dikesan terutamanya jika ia masih di peringkat awal.
Oleh itu, sila lebih berwaspada dengan setiap tanda-tanda najis berdarah.
Kenapa najis ada darah?
- Sekiranya anda mengalami kondisi ini, jangan bertangguh dan segera berjumpa doktor kerana kita tidak tahu punca sebenar yang menyebabkannya
- Ujian seperti kolonoskopi, endoskopi, ujian najis dan ujian darah perlu dijalankan untuk mengetahui dalang yang menyebabkan kalian mengalami kondisi ini
[embed-health-tool-bmr]