Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Juadah Raya Pun Boleh Jadi Punca Keracunan, Ini Tanda Yang Ramai Tak Sedar
Tanda tanda keracunan makanan biasanya muncul beberapa jam hingga beberapa hari selepas mengambil makanan atau minuman yang tercemar bakteria, virus atau toksin. Ketika musim hari raya, risiko ini meningkat akibat penyediaan makanan dalam jumlah besar, penyimpanan lama dan kawalan kebersihan yang tidak optimum.
Untuk mengenal pasti masalah ini dengan cepat, penting untuk memahami tanda dan tempoh simptom yang lazim berlaku.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, klikdi sini.
Tanda tanda keracunan makanan
Kerap muntah merupakan antara tanda lazim keracunan makanan.
Tanda-tanda keracunan makanan boleh berbeza mengikut jenis kuman dan tahap pencemaran, namun kebanyakannya melibatkan sistem penghadaman.
Ketika hari raya, tanda tanda keracunan makanan sering berlaku selepas makan hidangan yang dibiarkan lama pada suhu bilik seperti lauk bersantan, daging dan makanan laut.
Kenapa najis ada lendir?
Najis berlendir menandakan usus sedang mengalami keradangan akibat jangkitan bakteria atau virus. Lendir ini dihasilkan oleh usus sebagai tindak balas pertahanan terhadap iritasi.
Punca biasa termasuk:
Jangkitan bakteria seperti Salmonella atau Campylobacter
Keradangan usus akibat toksin makanan
Pergerakan usus yang terlalu cepat semasa cirit-birit
Jika najis berlendir disertai darah, demam tinggi atau sakit perut teruk, ia memerlukan pemeriksaan perubatan segera.
Berapa lama kesan keracunan makanan?
Tempoh kesan keracunan makanan bergantung kepada jenis patogen dan keadaan kesihatan individu.
Semasa musim perayaan, kesan ini boleh menjadi lebih teruk jika pesakit tidak cukup minum air atau masih mengambil makanan berat.
Berapa hari cirit-birit sembuh?
Cirit-birit juga antara kesan jika anda alami keracunan.
Cirit-birit akibat keracunan makanan lazimnya akan sembuh sendiri apabila jangkitan berkurang dan badan kembali stabil.
Anggaran tempoh sembuh:
1-2 hari untuk kes ringan
3-5 hari untuk kes sederhana
Lebih 5 hari jika berlaku dehidrasi atau jangkitan serius
Penting untuk menggantikan kehilangan cecair dengan air dan larutan rehidrasi oral bagi mengelakkan komplikasi.
Adakah keracunan makanan boleh membawa maut?
Dalam kebanyakan kes, keracunan makanan tidak berbahaya dan sembuh sendiri. Namun, ia boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan betul, terutamanya dalam kumpulan berisiko.
Komplikasi serius boleh berlaku akibat dehidrasi teruk, jangkitan merebak ke darah atau kegagalan organ.
Risiko keracunan makanan semasa hari raya
Musim hari raya meningkatkan risiko keracunan makanan kerana:
Makanan dimasak awal dan dipanaskan berulang kali
Penyimpanan makanan pada suhu tidak selamat
Kebersihan tangan dan peralatan kurang dijaga
Jumlah tetamu yang ramai
Langkah pencegahan seperti penyimpanan betul, pemanasan sempurna dan kebersihan asas amat penting bagi mengurangkan tanda tanda keracunan makanan dalam kalangan ahli keluarga dan tetamu.
Langkah-langkah mencegah keracunan makanan yang boleh anda amalkan.
Kesimpulan
Kesedaran dan langkah pencegahan asas kekal sebagai perlindungan terbaik.
Keracunan makanan bukan sekadar sakit perut biasa, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan yang melibatkan pelbagai jenis hidangan.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Food poisoning. https://www.nhs.uk/conditions/food-poisoning/. Diakses Januari 13, 2026.
Food Poisoning Symptoms. https://www.cdc.gov/food-safety/signs-symptoms/index.html. Diakses Januari 13, 2026.
Food poisoning. https://www.healthdirect.gov.au/food-poisoning. Diakses Januari 13, 2026.
Food poisoning (foodborne illness). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/food-poisoning/symptoms-causes/syc-20356230. Diakses Januari 13, 2026.
Food Poisoning, You Can Avoid It. https://infosihat.moh.gov.my/images/media_sihat/kchs/KCHS_1993/pdf/Ris_Keracunan%20Makanan_BI.pdf. Diakses Januari 13, 2026.
Versi Terbaru
02/04/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim