backup og meta

Kerap Buang Air Besar Setiap Kali Selepas Makan? Sebabnya Adalah Kerana Refleks Ini!

Kerap Buang Air Besar Setiap Kali Selepas Makan? Sebabnya Adalah Kerana Refleks Ini!

Pernah tak anda bergegas ke bilik air selepas makan untuk buang air besar? Adakah ia satu situasi buang air besar normal?

Mungkin anda mempunyai interpretasi tersendiri berkenaan dengan fenomena buang air besar normal ini, namun apa yang anda perlu tahu, ia merupakan satu proses fisiologikal yang normal.

Tapi bukan semua individu akan terasa hendak buang air besar sesudah makan.

Ia berbeza mengikut faktor seperti usia, jantina dan latar belakang masalah kesihatan.

Teruskan membaca untuk mengetahui jawapan kepada soalan kenapa lepas makan terus buang air besar ini dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Refleks gastrokolik, punca kerap buang air besar lepas makan

Jika anda menyangka bahawa makanan yang baru sahaja anda makan telah diproses oleh sistem pencernaan anda, tanggapan itu salah.

Ukuran bagi sistem pencernaan manusia boleh mencecah 9 meter. 

Mustahil untuk makanan yang baru sahaja anda ambil diproses dalam masa yang sangat singkat.

Fenomena biologi yang menyebabkan anda rasa hendak buang air besar normal sesudah makan dikenali sebagai refleks gastrokolik (perut usus).

perut masuk angin
Petua jika perut masuk angin.

Apabila kita mengambil makanan pada jumlah yang berbeza, badan akan bertindak balas untuk memaksimumkan ruang penyimpanan makanan.

Hormon seperti serotonin, neurotensin, gastrin, cholecystokinin dan prostaglandin memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat tersebut.

Perkara ini akan menyebabkan usus besar untuk mengalami kontraksi dan makanan yang pernah anda makan 2-5 hari lepas akan bergerak keluar daripada badan anda.

Berapa lama tempoh normal untuk perut memproses makanan yang kita makan?

Makanan akan mengambil masa 2 hingga 5 hari untuk dicerna, diproses, diserap nutrisinya dan dibuang selebihnya.
Ia memerlukan di antara 6 hingga 8 jam untuk melalui perut dan usus kecil manusia. 
Apabila sampai di usus besar, makanan akan bergerak perlahan melaluinya dalam tempoh masa 36 jam.

Setiap individu mempunyai sistem pencernaan yang unik. Jika mereka tidak rasa hendak buang air besar selepas makan pun sistem pencernaan mereka boleh dianggap tidak bermasalah.

Namun, secara umumnya makanan akan keluar di antara 2 hingga 5 hari selepas makan.

Perkara yang anda perlu tahu adalah bukan semua fenomena gastrokolik adalah normal.

buang air besar normal
Lelaki yang sakit perut.

Bila anda perlu risau jika kerap buang air besar normal selepas makan?

Kesan refleks gastrokolik yang dialami oleh setiap individu tidak sama.

Ada yang cuma mengalami kesan ringan, ada yang sederhana dan ada juga yang lebih kuat.

Mereka yang mengalami masalah ini akan buang air besar normal dengan lebih kerap.

Kajian yang dijalankan oleh Klinik Mayo pada tahun 2010 menunjukkan mereka yang mempunyai masalah berkaitan sistem pencernaan boleh mengalami kadar cerna yang cepat.

Antara perkara yang boleh menyumbang kepada perkara tersebut adalah seperti berikut:

  • Alergi makanan
  • Penyakit keradangan usus (IBD)
  • Sindrom keradangan usus (IBS)
  • Masalah gastrik
  • Penyakit Crohn
  • Masalah keresahan
  • Pengambilan makanan berminyak
buang air besar normal
Wanita yang sakit perut.

Jika refleks gastrokolik mereka menjadi bertambah teruk, mereka akan mula mengalami simptom lain. 

Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Sakit abdomen.
  2. Kembung perut.
  3. Selalu terkentut.
  4. Terdapat lendiran pada najis ketika buang air besar.
  5. Cirit-birit atau sembelit atau selang seli antara keduanya.

Adakah terdapat sebarang punca atau faktor risiko lain?

Bagaimana pula dengan jangkitan gastrousus seperti keracunan makanan dan sebagainya?

Apabila anda mengalami masalah cirit-birit, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Kebanyakannya adalah disebabkan oleh kesan gastrokolik.

Namun, jika ia disebabkan oleh jangkitan, refleks tersebut tidak memainkan sebarang peranan. 

Mereka yang mengalami masalah cirit-birit disebabkan oleh masalah kesihatan akut seperti keracunan makanan biasanya akan kembali buang air besar normal seperti biasa dalam masa beberapa hari.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami masalah lain atau jangkitan kronik, ia boleh menyebabkan durasi cirit-birit menjadi lama.

Sekiranya anda ingin tahu bagaimana cara mengatasi kerap buang air besar terutama selepas makan, segera jumpa doktor ya!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Digestion: How long does it take? https://www.mayoclinic.org/digestive-system/expert-answers/faq-20058340. Accessed on April 30, 2020.
  2. Irritable Bowel Syndrome. https://medlineplus.gov/irritablebowelsyndrome.html. Accessed on April 30, 2020.
  3. Dumping Syndrome. https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/dumping-syndrome. Accessed on April 30, 2020.
  4. Diarrhea. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/diarrhea. Accessed on April 30, 2020.
  5. The Scoop on Poop: What Does Your Poop Say About Your Health? https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2019/march/poop. Accessed on April 30, 2020.

Versi Terbaru

04/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Diet Rendah Karbohidrat Boleh Sebabkan Kanser Usus, Benarkah?

Risau Bila Si Manja Susah Nak Buang Air Besar? Jaga-Jaga, Ia Mungkin Tanda Hirschsprung!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan