backup og meta

Kerap Letih Dan Loya? AWAS! Itu Antara Simptom Utama 8 Penyakit Hati Ini

Kerap Letih Dan Loya? AWAS! Itu Antara Simptom Utama 8 Penyakit Hati Ini

Hati adalah organ yang paling kuat bekerja dalam tubuh kita. Namun ia juga terdedah kepada isu kesihatan serius. Ini antara 8 jenis dan gejala penyakit hati yang boleh terjadi kepada anda!

Gejala penyakit hati

Hati memainkan peranan besar berkaitan fungsi tubuh. 

Ia membantu proses pencernaan makanan, mengubahnya menjadi tenaga dan menyimpan tenaga tersebut untuk kegunaan masa mendatang.

Organ ini juga berfungsi dalam menyaring bahan toksik daripada darah.

Maka jika hati tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan masalah penyakit hati, ia mungkin menyebabkan wujudnya potensi kesan kesihatan serius. 

Oleh sebab itu, amat penting untuk anda mengenal pasti sebarang gejala penyakit hati agar ia boleh dirawat segera.

Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, dapatkannya di sini.

1. Gejala umum masalah penyakit hati

Gejala penyakit ini adalah berbeza bergantung kepada penyebabnya. Tetapi ini antara tanda biasa dialami, seperti:

2. Gejala hepatitis

Merupakan masalah keradangan hati disebabkan virus, mengakibatkan bengkak dan menjejaskan fungsinya.

Hepatitis virus boleh menular dan tersebar melalui kontak dengan makanan, air atau cecair tubuh yang tercemar seperti darah atau air mani.

Ia bermula dengan simptom selesema. Kemudian wujud tanda lain seperti: 

gejala penyakit hati

3. Gejala penyakit hati berlemak

Berlaku apabila terdapat kandungan lemak berlebihan di dalam hati

Ia menyebabkan organ ini membengkak dan keradangan – boleh mengakibatkan sirosis (parut) yang boleh merosakkan hati secara kekal

Terdapat 2 jenis:

  • Penyakit hati berlemak alkohol – kesan pengambilan alkohol jangka panjang
  • Penyakit hati berlemak bukan alkohol – berlaku tanpa sebab jelas

Pada peringkat awal penyakit hati berlemak, alkohol tidak menimbulkan simptom. Tetapi ada yang mengalami kesakitan pada bahagian kanan perut.

Semakin ia berkembang, ia boleh menyebabkan:

  • Demam
  • Loya dan muntah
  • Penyakit kuning

Penyakit hati berlemak bukan alkohol mungkin mempunyai sedikit atau tiada gejala pada peringkat awal. 

Tetapi lama-kelamaan ia mengakibatkan:

gejala penyakit hati

4. Keadaan genetik

Genetik turut boleh menyebabkan wujudnya masalah penyakit hati, seperti:

  • Hemochromatosis keturunan – Tubuh menyimpan zat besi secara berlebihan dalam hati
  • Penyakit Wilson – Hati menyimpan tembaga sehingga wujud kesan sampingan
  • Kekurangan alpha-1 antitrypsin – Biasanya dihasilkan dalam hati

Gejala yang dialami adalah berbeza mengikut keadaan, antaranya:

  • Keletihan dan lemah tenaga
  • Sakit sendi
  • Sakit abdomen
  • Tiada selera makan
  • Kaki dan perut membengkak
  • Penyakit kuning

5. Gejala penyakit hati autoimun

Penyakit autoimun merupakan keadaan melibatkan sistem imun menyerang tisu sihat dalam tubuh.

Dalam kes ini, ia menyebabkan sistem imun menyerang hati dan mengakibatkan keradangan serta parut. 

Masalah penyakit hati autoimun termasuklah: 

  • Kolangitis bilier primer (PBC)
  • Kolangitis sklerosis primer (PSC)
  • Hepatitis imun

PBC dan PSC berkembang perlahan. Tetapi mengembangkan gejala seperti keletihan dan kulit gatal.

Antara simptom lain:

  • Kesakitan pada abdomen kanan
  • Penyakit kuning
  • Kaki dan perut membengkak
  • Hati, limpa atau perut membesar
  • Penurunan berat tanpa sebab

PSC juga boleh menyebabkan tubuh menggigil, demam dan peluh malam. 

Hepatitis imun pula berkembang secara tiba-tiba. Sesetengah individu mengalami simptom selesema ringan.

Akhirnya, ia mengembangkan gejala penyakit hati sama seperti hepatitis virus, seperti:

  • Penyakit kuning
  • Penurunan tenaga dan keletihan
  • Sakit abdomen dan sendi
  • Kulit gatal
  • Air kencing gelap dan najis pucat
  • Loya 
  • Hilang selera makan

Baca juga:

6. Simptom barah hati

Merujuk kepada kanser yang bermula pada hati. Karsinoma hepatoselular atau barah hepatoselular (HCC) – jenis kanser hati paling biasa. 

Antara tanda kanser hati termasuklah:

  • Hilang selera makan
  • Kehilangan berat tanpa sebab
  • Kulit gatal
  • Penyakit kuning
  • Bengkak dan sakit pada abdomen
  • Loya
  • Muntah
  • Mudah mengalami lebam

7. Gejala penyakit hati sirosis

Sirosis atau parut hati, berlaku apabila hati rosak kesan keradangan atau pembengkakan.

Tiada simptom dialami pada peringkat awal. Tetapi apabila berkembang, ia boleh menyebabkan:

  • Letih dan lemah badan
  • Penurunan selera makan
  • Berat badan turun tanpa sebab
  • Kulit sangat gatal
  • Loya
  • Bengkak dan sakit pada kaki serta perut
  • Penyakit kuning 
  • Pendarahan dan lebam mudah terjadi

gejala penyakit hati

8. Tanda kegagalan hati

Kegagalan hati ini boleh menjadi kronik atau akut. Ia sering terjadi selepas sirosis.

Biasanya berlaku pada peringkat akhir masalah penyakit hati, apabila organ ini sudah rosak untuk berfungsi.

Simptom peringkat awal meliputi:

Gejala peringkat akhir termasuklah:

  • Keletihan 
  • Kekeliruan
  • Koma 

Pengambilan ubat berlebihan, terutamanya acetaminophen boleh menyebabkan kegagalan hati akut.

Antara gejalanya adalah:

  • Sakit atau bengkak di perut kanan
  • Loya 
  • Muntah 
  • Kekeliruan 
  • Penyakit kuning
  • Mengantuk, tidak fokus atau tidak sihat

Jika mempunyai gejala penyakit hati ini, dapat rawatan perubatan segera.

Kegagalan hati secara tiba-tiba berisiko menyebabkan penumpukan cecair pada otak, pendarahan berlebihan dan kegagalan buah pinggang. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Liver disease. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/liver-problems/symptoms-causes/syc-20374502. Accessed May 29, 2021.
  2. Fatty Liver Disease. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15831-fatty-liver-disease. Accessed May 29, 2021.
  3. Liver – fatty liver disease. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/liver-fatty-liver-disease. Accessed May 29, 2021.
  4. Nonalcoholic Fatty Liver Disease. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/nonalcoholic-fatty-liver-disease. Accessed May 29, 2021.
  5. Fatty Liver Disease. https://medlineplus.gov/fattyliverdisease.html. Accessed May 29, 2021.

Versi Terbaru

07/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Perut BERANGIN Lepas Makan? Ada 11 Perkara Boleh Jadi Punca, No 8 Paling Kerap Dibuat

Banyak Lendir Pada Najis? AWAS, Anda Tinggi Risiko Alami 10 Masalah Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan