GERD disebabkan oleh apa? Apa yg di rasakan saat GERD? Apa tanda-tanda GERD? GERD adalah sejenis penyakit pencernaan yang berlaku apabila makanan atau cecair berasid di dalam perut keluar dan naik semula ke dalam esofagus.
GERD atau asid refluks boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia – dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Sebab itulah, anda perlu tahu mengenai tanda atau simptom GERD.
GERD berlaku disebabkan ketidakupayaan injap pada hujung esofagus untuk tertutup dengan baik.
Asid yang terkandung di dalam perut kemudiannya akan mengalir masuk ke dalam esofagus dan tekak lalu menyebabkan anda rasa masam pada mulut.
Masalah asid refluks boleh berlaku kepada sesiapa sahaja sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
Walau bagaimanapun, normal untuk anda mengalami masalah pedih ulu hati sekali-sekala. Namun, jika anda terlalu kerap mengalami asid refluks atau pedih ulu hati, ini menandakan penyakit GERD.
GERD adalah sejenis penyakit yang serius dan perlu dirujuk oleh pakar. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius pada masa hadapan.
Jika anda mengesyaki diri sendiri atau ahli keluarga menghidap GERD, ada beberapa tanda yang dapat anda perhatikan.
Jom, ikuti penjelasan kami mengenai tanda-tanda lazim GERD dalam artikel di bawah.
Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman di sini.
7 gejala GERD yang paling umum hingga paling rare
GERD disebabkan oleh apa? Apa yg di rasakan saat GERD? Apa tanda-tanda GERD?
Tidak dinafikan, GERD adalah satu penyakit yang sangat menyakitkan dan boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada penghidapnya.
Antara tanda-tanda GERD adalah:
1. Pedih ulu hati
Pedih ulu hati merupakan simptom GERD yang paling lazim. Pesakit akan rasa pedih dan sakit yang menusuk pada bahagian tengah dada.
Jika pesakit alami pedih ulu hati kurang dari 2 kali seminggu, ini dikategorikan sebagai GERD sederhana.
Walau bagaimanapun, jika simptom berlarutan lebih daripada 2 kali seminggu, ini merupakan tanda GERD yang serius.
Kadangkala, ada yang anggap sakit dada yang mereka alami sebagai pedih ulu hati sedangkan mereka menghidap penyakit jantung. Ketahui tentangnya di sini.
2. Sakit dada disebabkan GERD
Sakit dan pedih pada kawasan dada merupakan salah satu simptom lazim GERD.
Selalunya, rasa sakit ini akan menjalar dari kawasan seperti:
- perut
- dada
- leher
3. Rasa masam atau pahit dalam mulut
Rasa masam atau pahit dalam mulut mungkin merupakan satu tindak balas terhadap sesuatu yang anda makan. Malah, bukanlah sesuatu di luar kebiasaan untuk anda ‘sendawa’ sehingga rasa masam atau pahit dalam mulut.
Walau bagaimanapun, jika perkara ini berlaku dengan kerap, ia mungkin merupakan tanda GERD.
4. Makanan terkeluar semula
Pernahkah anda rasa ingin termuntah, tapi tidak jadi?
Kondisi ini juga dikenali sebagai regurgitasi makanan. Ia menyebabkan sebarang sisa makanan yang masih belum tercerna naik kembali ke kerongkong.
Kondisi yang sama juga akan menyebabkan anda rasa masam atau pahit pada mulut. Malah, ada juga penghidap GERD yang akan rasa pedih ulu hati dan sakit dada ketika regurgitasi berlaku.
Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Gastroenterology & Hepatology, hampir 80% pesakit GERD adalah mempunyai simptom ini. Malah, simptom ini juga merupakan salah satu ciri GERD selain pedih ulu hati.
5. Sukar menelan makanan
Anda rasa sukar menelan makanan? Jika ya, anda mungkin menghidap GERD.
Kesukaran menelan makanan atau disfagia menyebabkan seseorang itu mengambil masa yang lebih lama untuk menelan makanan.
Disfagia merupakan satu kondisi yang sangat menyakitkan. Malah, ada pesakit yang langsung tidak boleh menelan makanan disebabkan disfagia.
6. Sering sakit tekak atau batuk kering disebabkan GERD
Selalu batuk dan sakit tekak walaupun tidak demam? GERD adalah salah satu penyebab sakit tekak dan batuk kering yang tidak diketahui puncanya. Kondisi ini juga merupakan antara simptom GERD yang ramai terlepas pandang.
Malah, mereka yang batuk disebabkan GERD tidak akan sembuh walaupun setelah mengambil ubat batuk atau lozenges.
Fakta
7. Simptom semakin teruk ketika berbaring
Jika anda kerap mengalami pedih ulu hati, anda pasti sudah tahu bahawa simptom akan menjadi semakin teruk ketika anda berbaring.
Malah, tidur juga boleh terganggu disebabkan sakit dada dan heartburn.
Berbaring hanya akan menyebabkan simptom menjadi semakin teruk.
[embed-health-tool-bmr]