Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
'Heartburn' Lagi? Jom, Amalkan 5 Petua Hilangkan Pedih Ulu Hati Supaya Cepat Sembuh!
Nama sahaja pedih ulu hati, tetapi tidak ada kaitan pun dengan hati atau jantung. Dalam bahasa Inggeris ia disebut sebagai heartburn. Lagi menakutkan! Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai punca serta petua hilangkan pedih ulu hati.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Apakah itu pedih ulu hati?
Apakah punca pedih ulu hati? Keadaan ini sebenarnya disebabkan oleh asid perut yang masuk ke dalam kerongkong (esofagus) apabila otot yang melingkari (sphincter) bahagian bawah esofagus tidak tertutup sepenuhnya selepas makanan masuk ke dalam perut.
Kebiasaannya, sphincter tersebut akan tertutup dan asid serta isi kandungan perut tidak berpatah kembali atau refluks ke dalam esofagus.
Ini menyebabkan rasa panas dan tidak selesa di bahagian tengah dada. Kadangkala, ia boleh naik sehingga ke tekak.
Pedih ulu hati ialah keadaan yang biasa berlaku dan ia bukan satu keadaan yang serius. Jenis dan gaya pemakanan boleh menyebabkan asid refluks.
Antara makanan yang boleh menyebabkannya termasuk coklat, bawang, cili, buah oren, dan alkohol.
Namun, setiap orang mempunyai reaksi yang berbeza terhadap makanan berbeza.
Berat badan berlebihan dan baring selepas makan juga boleh menyumbangkan kepada pedih ulu hati.
5 petua hilangkan pedih ulu hati
7 rawatan semula jadi untuk heartburn.
Siapa yang tidak pernah mengalami masalah pedih ulu hati bukan? Sebenarnya, ada banyak punca heartburn, antaranya:
Di bawah, kami sediakan 5 petua hilangkan pedih ulu hati yang boleh anda amalkan untuk mengurangkannya pada masa hadapan.
1. Kenal pasti makanan yang merangsang simptom
Elakkan makanan yang boleh sebabkan heartburn.
Setiap orang mempunyai perangsang yang berbeza. Cuba kenal pasti makanan yang menjadi punca. Diari makanan mungkin boleh membantu anda. Kemudian, cuba elakkan makanan tersebut.
2. Elakkan baring atau tidur dalam tempoh 3 jam selepas makan
Apabila anda baring, asid perut lebih mudah mengalami refluks ke dalam esofagus kerana tidak perlu melawan daya graviti.
Elakkan baring dalam tempoh 3 jam selepas makan. Jika terpaksa, baring ke sebelah kiri anda.
Petua hilangkan pedih ulu hati 3: Turunkan berat badan
Ia mungkin petanda kepada penyakit lain yang lebih serius.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Heartburn and acid reflux. https://www.nhs.uk/conditions/heartburn-and-acid-reflux/. Accessed on November 6, 2022.
Heartburn. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9617-heartburn-overview. Accessed on November 6, 2022.
Heartburn. https://medlineplus.gov/heartburn.html. Accessed on November 6, 2022.
Home Remedies for Heartburn: 10 Ways to Get Rid of Acid Reflux. https://www.houstonmethodist.org/blog/articles/2021/dec/home-remedies-for-heartburn-10-ways-to-get-rid-of-acid-reflux/. Accessed on November 6, 2022.
Heartburn. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heartburn/symptoms-causes/syc-20373223. Accessed on November 6, 2022.
Versi Terbaru
16/05/2025
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor