backup og meta

6 Petua Ini Boleh Bantu Legakan Masalah Gastrik Perut Anda, Cubalah!

6 Petua Ini Boleh Bantu Legakan Masalah Gastrik Perut Anda, Cubalah!

Ramai yang menderita masalah gastrik atau gastritis, tetapi tidak ramai yang tahu ubat gastrik paling berkesan.

Bagi anda yang sedang mencari petua hilangkan gastrik paling mujarab, ini senarai ubat gastrik angin paling berkesan yang boleh anda cuba di rumah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Apa itu gastrik atau gastritis?

Kenapa kena gastrik? Gastritis atau gastrik adalah keadaan keradangan, kerengsaan, atau hakisan pada lapisan perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba (akut) atau perlahan-lahan (kronik).

Gastritis boleh disebabkan oleh kerengsaan akibat pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan, muntah yang kronik, tekanan, atau penggunaan ubat tertentu seperti aspirin atau ubat antiradang lain.

Ia juga mungkin disebabkan oleh mana-mana punca seperti di bawah ini:

  • Helicobacter pylori (H. pylori): Bakteria yang hidup dalam lapisan mukosa perut. Tanpa rawatan, jangkitan ini boleh membawa kepada ulser dan kanser perut bagi sesetengah individu
  • Refluks hempedu: Aliran balik hempedu ke dalam perut dari saluran hempedu (yang bersambung ke hati dan pundi hempedu)
  • Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dan virus

Jika gastrik ini tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kehilangan darah yang teruk dan boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser perut. Kini anda tahu kenapa kena gastrik. 

6 ubat gastrik paling berkesan

Bagi anda yang mempunyai masalah gastrik, anda boleh cuba amalkan remedi dengan menggunakan bahan-bahan ini di rumah:

#1. Probiotik

ubat gastrik paling berkesan
Probiotik biasanya didapati dalam makanan seperti yogurt.

Probiotik boleh membantu meningkatkan penghadaman dan menggalakkan pergerakan usus yang teratur.

Suplemen probiotik akan memperkenalkan bakteria baik ke dalam saluran penghadaman seseorang, yang mungkin membantu menghentikan penyebaran bakteria H. pylori.

Makan makanan yang mengandungi probiotik juga boleh memperbaiki gejala gastritis. Makanan ini termasuklah yogurt, kimchi dan juga kombucha.

#2. Ubat gastrik paling berkesan: Minyak pati

Minyak pati yang boleh memberi kesan positif terhadap gejala gastritis termasuklah minyak pati pudina, halia dan cengkih.

Anda boleh menggunakan minyak ini melalui penggunaan peresap (diffuser) atau bertanya kepada doktor tentang cara menggunakannya dengan selamat untuk membantu melegakan gastrik.

#3. Ubat gastrik angin paling berkesan: Suplemen ekstrak bawang putih

ubat gastrik di farmasi
Ekstrak bawang putih juga dipercayai mampu melegakan gastrik ringan.

Sesetengah kajian mencadangkan bahawa ekstrak bawang putih boleh membantu mengurangkan gejala gastritis yang disebabkan oleh bakteria H. pylori.

Anda boleh mencincang bawang putih mentah dan memakannya di rumah.

Jika anda tidak menyukai rasa bawang putih mentah yang agak kuat, anda boleh mencincangnya dan makan bersama sesudu mentega kacang atau membalutnya dengan kurma.

Rasa mentega kacang atau kurma akan membantu menutupi rasa bawang putih.

#4. Minum teh hijau dan madu Manuka

Teh hijau juga boleh menjadi ubat gastrik paling berkesan yang boleh anda amalkan.

Satu kajian menunjukkan bahawa, minum teh hijau atau teh hitam sekurang-kurangnya sekali seminggu boleh mengurangkan kehadiran bakteria H. pylori dalam saluran pencernaan dengan ketara.

Madu Manuka juga mungkin bermanfaat untuk anda.

Ini kerana ia mengandungi sifat antibakteria yang membantu melawan jangkitan. Lebih elok jika anda mencampurkan madu Manuka bersama-sama teh anda. 

#5. Elakkan makanan pencetus gastritis

Gastritis merujuk kepada keradangan lapisan perut. Oleh itu, pengambilan diet yang membantu mengurangkan keradangan boleh memberikan kelegaan dari masa ke masa.

Walau bagaimanapun, kajian tidak menunjukkan secara konklusif bahawa pengambilan diet tertentu boleh menyebabkan atau mencegah gastritis.

tip hilangkan gastrik angin
Antara makanan yang menjadi punca heartburn.

Namun begitu, anda boleh cuba mengenal pasti makanan yang mencetuskan gejala gastritis.

Menurut kajian pada tahun 2020, beberapa makanan yang boleh memburukkan keadaan gastrik termasuklah produk daging, makanan bergula, makanan pedas, makanan bergoreng dan juga alkohol.

#6. Ubat gastrik paling berkesan: Berhenti merokok

Jika anda seorang perokok, anda perlu hentikan tabiat tersebut dengan segera.

Merokok boleh merosakkan lapisan perut seseorang dan meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser perut.

Berhenti merokok boleh mengurangkan kerengsaan pada lapisan perut dan membolehkan ia sembuh dan membantu mengurangkan gejala gastritis.

Kesimpulan

Senarai yang kami nyatakan ini merupakan antara ubat gastrik paling berkesan atau petua hilangkan gastrik paling mujarab untuk masalah gastrik ringan.

Jika ia berlarutan dan menjadi semakin teruk, hentikan sebarang suplemen dan berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Association of Symptoms with Eating Habits and Food Preferences in Chronic Gastritis Patients: A Cross-Sectional Study. https://doi.org/10.1155/2020/5197201. Accessed on January 16, 2023.

Assessment of antibacterial effect of garlic in patients infected with Helicobacter pylori using urease breath test. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27761418/. Accessed on January 16, 2023.

Impact of a probiotic product on bowel habits and microbial profile in participants with functional constipation: A randomized controlled trial. https://doi.org/10.1111/1751-2980.12797. Accessed on January 16, 2023.

Antibacterial activity of Manuka honey and its components: An overview. https://doi.org/10.3934/microbiol.2018.4.655. Accessed on January 16, 2023.

Stomach Cancer Risk Factors. https://www.cancer.org/cancer/stomach-cancer/causes-risks-prevention/risk-factors.html#:~:text=Tobacco%20use,doubled%20in%20people%20who%20smoke. Accessed on January 16, 2023.

Versi Terbaru

11/07/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Alas Perut Dengan Minum Susu Sebab Tak Nak Dapat Gastrik? Baca Ini Dulu!

Sakit Perut Akibat Masalah Gastrik Angin? Ikut 8 Cara Mudah Ini Untuk Atasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan