Cirit-birit adalah penyakit yang biasa dialami oleh setiap individu. Ia boleh berlaku beberapa kali dalam hidup seseorang dan yang pasti perkara ini tidak akan menjadi pengalaman yang menyenangkan.
Dalam kebanyakan kes, ia akan berlangsung selama beberapa hari. Namun, cirit yang berlanjutan selama berminggu-minggu dapat menunjukkan masalah kesihatan yang serius, yang memerlukan perhatian perubatan.
Jadi, amat penting untuk anda mengetahui tanda-tanda cirit birit air pada orang dewasa dan kanak-kanak, serta bila anda perlu untuk berjumpa doktor.
Perlu diingat, sebahagian besar kes cirit-birit hilang tanpa rawatan. Namun, cirit birit warna hijau yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi, yang boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Dehidrasi amat berbahaya terutamanya pada kanak-kanak, orang dewasa yang lebih tua dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.
Apakah penyebab cirit-birit terjadi?
Sebilangan besar kes cirit adalah disebabkan oleh virus yang menjangkiti usus anda, juga dikenali sebagai stomach flu.
Ini boleh terjadi akibat makanan yang tercemar atau daripada kuman yang disebabkan oleh tangan yang tidak dicuci bersih.
Pakar mengatakan bahawa makanan akan terkontaminasi ketika bersentuhan dengan kotoran sama ada ia daripada proses penuaian atau pemupukan.
Anda juga boleh mendapatkannya daripada kontak fizikal dengan permukaan atau binatang yang mungkin tercemar.
Selain jangkitan, anda juga boleh mengalami cirit akibat kesan sampingan daripada keadaan pencernaan yang kronik seperti penyakit Crohn, sindrom iritasi usus mahupun kolitis ulseratif.
Ia juga boleh disebabkan oleh penyalahgunaan alkohol, alergi, ubat-ubatan atau masalah dengan tiroid anda.
Bilakah masa yang terbaik untuk bertemu dengan doktor?
Harus anda ketahui bahawa simptom cirit birit tidak seharusnya berlanjutan lebih daripada beberapa hari.
Sekiranya anda kerap keluar masuk ke bilik air kerana cirit-birit, anda mungkin tertanya-tanya apa yang menyebabkan masalah ini dan bilakah masanya untuk meminta bantuan doktor.
Menurut Ahli Gastroenterologi, Seth Kaufer, terdapat pelbagai kemungkinan terjadinya cirit-birit.
Masalah ini secara umumnya hanya akan berlanjutan dalam beberapa hari.
Tetapi jika terjadi lebih lama atau anda mula menyedari gejala yang lebih teruk, ia mungkin merupakan petanda bahawa anda harus bertemu dengan doktor.
Ini perkara yang perlu anda ketahui mengenai kemungkinan penyebab masalah ini boleh berlaku, dan bilakah masa yang sesuai harus anda berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.
Walaupun serangan simptom cirit birit kadangkala merupakan perkara yang biasa dan tidak membimbangkan, namun ia boleh menjadi berbahaya jika menyebabkan dehidrasi yang teruk.
Ia juga dapat menandakan bahawa anda mungkin mempunyai jangkitan atau masalah kesihatan yang lebih serius.
Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami simptom-simptom berikut:
- Mengalami cirit dengan najis cair lebih daripada enam kali dalam jangka masa 24 jam
- Cirit yang berlangsung lebih daripada dua hari
- Cirit birit air disertai dengan muntah yang kerap
- Cirit disertai demam 102 darjah Fahrenheit atau lebih tinggi
- Mengalami tanda-tanda dehidrasi
- Kesakitan yang teruk dan tidak tertahan di perut atau rektum
- Najis berdarah atau berwarna hitam dan berlumuran atau mengandungi nanah
Jika bayi dan anak kecil anda mempunyai simptom-simptom ini, harus segera dibawa ke doktor sekiranya mereka mengalami gejala cirit birit warna hijau yang berlangsung lebih daripada 24 jam.
Orang dewasa yang lebih tua dan orang yang mempunyai sistem imun tubuh yang rendah juga harus mendapatkan rawatan perubatan jika mereka mengalaminya.
Jenis rawatan yang dilakukan bagi mengubati cirit-birit
Kadang-kadang ia iakibatkan oleh jangkitan bakteria, yang sering kali lebih serius daripada jangkitan virus dan memerlukan rawatan antibiotik.
Jenis jangkitan bakteria yang biasa termasuklah Escherichia coli (E. coli) dan salmonella.
Bagi mengenali gejala yang lebih serius pula, tanda-tandanya termasuklah
- najis berdarah atau hitam
- penurunan berat badan
- demam
Doktor anda mungkin mengarahkan anda untuk mengambil ujian darah atau najis bagi mengenal pasti punca gejala tersebut, dan mungkin mengesyorkan prosedur kolonoskopi dalam kes yang teruk.
Namun, doktor anda mungkin mengesyorkan rawatan penggantian cecair atau pengubahsuaian terhadap ubat-ubatan yang mungkin menyebabkan masalah itu.
Jadi, bagi mengelakkan anda menerima kesan akibat cirit yang teruk, segeralah berkunjung ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor.
[embed-health-tool-bmr]