backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

5

Tanya Doktor
Simpan

Alamak! Anda Berisiko Tercirit Semasa Beraksi Dengan Pasangan Jika Mengalami Keadaan Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/07/2023

    Alamak! Anda Berisiko Tercirit Semasa Beraksi Dengan Pasangan Jika Mengalami Keadaan Ini!

    Memadu kasih adalah antara perkara yang paling utama dalam kehidupan pasangan suami isteri.  Disebabkan itu, sebarang kesilapan ketika projek asmara berlangsung harus dielakkan. Jangan terkejut jika kami kata ada juga pasangan yang cirit semasa seks!

    Adakah ia sesuatu yang normal? Apakah punca sebenar ia berlaku?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu jawapannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Cirit semasa seks, adakah ia normal?

    Cuba bayangkan, anda dan pasangan sedang asyik mendayung meredah lautan asmara yang penuh liku dan secara tiba-tiba sahaja muncul ombak yang menghentam kapal layar kalian.

    Inilah analogi yang boleh digambarkan sekiranya berlaku keadaan luar jangka ketika projek memadu kasih berlangsung seperti tercirit semasa beraksi dengan pasangan.

    Untuk pengetahuan anda, fenomena cirit semasa seks adalah normal dan boleh berlaku kepada mana-mana pasangan tatkala proses penetrasi zakar ke dalam faraj.

    Meskipun kita sudah tahu bahawa ia adalah normal namun apakah dalangnya?

    Baca juga:

    Apa punca tercirit semasa memadu kasih?

    Buat anda yang tertanya-tanya, berikut adalah sebab fenomena cirit semasa seks berlaku:

    #1. Anatomi tubuh badan

    Seks melalui lubang dubur atau seks anal boleh menyebabkan seseorang itu terasa seperti ingin membuang air besar.

    Ini kerana kawasan ini terdapat banyak sistem saraf yang mungkin mengelirukan otak.

    Ketika otot lubang dubur anda mengemut dan mengembang ketika penetrasi dilakukan, ia mungkin akan menghantar isyarat kepada otak bahawa kalian mahu berak.

    Walaupun anda dan pasangan tidak melakukan seks anal ini, otak mungkin akan masih terkeliru kerana rangsangan seksual boleh melancarkan aliran darah pada tisu lubang dubur.

    Akibatnya, saluran lubang dubur anda akan mengeluarkan cecair lantas mengakibatkan tinja terkeluar.

    memadu kasih

    #2. Posisi semasa memadu kasih

    Kedudukan tubuh badan anda semasa sedang bereksperimen dengan pelbagai posisi seks boleh memberikan tekanan kepada otot perut.

    Tentu sekali tekanan ini akan membuatkan usus anda terutamanya rektum yang mungkin membuat kalian terasa seperti mahu berak.

    Ia akan berlaku dengan lebih teruk sekiranya kalian melakukan posisi seks yang memberi tekanan kuat pada perut seperti posisi seks klasik missionary.

    Jika ia berlaku kepada anda, maka segeralah berkunjung ke tandas untuk melepaskan hajat bagi mengurangkan risiko tercirit semasa bersenggama.

    #3. Orgasma seks

    Pernahkah kalian terdengar atau terbaca tentang wanita mengeluarkan tinja serentak semasa bersalin?

    Ya, perkara yang sama juga mungkin boleh berlaku tatkala anda dan pasangan mencapai puncak syahwat!

    Ini kerana orgasma semasa memadu kasih akan menyebabkan kontraksi pada rahim lantas membuka laluan untuk najis terkeluar dari lubang dubur.

    Dalam pada itu, klimaks juga akan membuat tubuh badan merembeskan prostaglandins yang melancarkan aliran darah ke pelvis.

    Kesannya, cecair pada saluran dubur ini akan membuat kalian sukar untuk menahan tinja dari terkeluar.

    memadu kasih

    #4. Kondisi kesihatan tertentu punca tercirit semasa memadu kasih

    Kecederaan pada internal anal sphincter (IAS) – otot pada lubang dubur boleh meningkatkan risiko kalian tercirit semasa bersenggama.

    Kecederaan ini boleh berlaku akibat terlalu kuat meneran ketika sembelit atau bersalin serta serangan seksual pada lubang dubur.

    Bukan itu sahaja, kecederaan seperti ini juga boleh menyebabkan beberapa penyakit yang lain seperti sklerosis berbilang, radang usus dan kencing manis.

    Sekiranya ia berlaku kepada anda, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjutan.

    Apa yang boleh anda dan pasangan lakukan?

    Pertama sekali, jangan panik dan kekal tenang. Jika ia berlaku kepada anda atau pasangan, berhenti seketika untuk bersihkan tilam dan katil anda.

    Usah khuatir kerana sudah pasti pasangan anda pun faham dan tidak akan sesekali menyalahkan anda. Kalian boleh mulakannya dari awal sekali lagi.

    Bagi mengelakkan fenomena cirit semasa seks berulang kembali, pergilah ke tandas untuk melepaskan hajat terlebih dahulu bagi memastikan usus anda tidak mempunyai sebarang bebanan sebelum beraksi di ranjang.

    Sekiranya ia berlanjutan dan kalian tidak pasti apa puncanya, segera berjumpa doktor untuk konsultasi.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan