backup og meta

Katanya Selain Pembedahan Buasir Boleh Dirawat Guna Kaedah Suntikan, Selamat & BERKESAN Ke?

Katanya Selain Pembedahan Buasir Boleh Dirawat Guna Kaedah Suntikan, Selamat & BERKESAN Ke?

Anda ingin mencari rawatan buasir yang tidak melibatkan pembedahan? Merancang untuk melakukan prosedur sclerotherapy iaitu suntikan kecutkan buasir? Tetapi ada ke kesan sampingan daripada rawatan tersebut?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Apa itu masalah buasir?

Buasir atau hemorrhoids (sebutannya HEM-uh-roids), adalah urat bengkak pada dubur dan rektum bawah. Ia mirip seperti urat varikos.

Buasir boleh berkembang di dalam rektum – dikenali sebagai buasir dalaman, atau di bawah kulit sekitar dubur yang dipanggil sebagai buasir luaran. 

Dianggarkan hampir 3 daripada 4 individu dewasa akan mengalami masalah buasir dari masa ke masa. 

[embed-health-tool-bmi]

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan hemorrhoids, tapi selalunya penyebab buasir tidak diketahui. 

Nasib baik, ada pilihan yang berkesan untuk merawat buasir. Ada juga individu yang mendapat kelegaan dengan rawatan rumah dan perubahan gaya hidup.

Antara salah satu rawatan buasir yang tersedia adalah suntikan skleroterapi (sclerotherapy). Bagi pesakit yang tidak mahu menjalani rawatan pembedahan, mungkin ini pilihan terbaik. 

Namun persoalan utama, wujudkah risiko kesan sampingan selepas menjalani rawatan tersebut?

Rawatan suntikan kecutkan buasir skleroterapi

Dalam bahasa yang mudah, rawatan buasir skleroterapi adalah suntikan larutan kimia ke bahagian sekitar buasir. 

Proses tersebut akan menyebabkan wujud tindak balas parut yang membuatkan buasir secara beransur-ansur menyusut dari masa ke masa.

suntikan kecutkan buasir

Ia biasanya dilakukan bagi tahap buasir dalaman gred 1 dan 2.

Semasa suntikan rawatan buasir, larutan kimia yang disebut sclerosant, disuntik ke submukosa saluran belakang (kawasan tisu tepat di bawah lapisan dalam usus) daripada terus ke saluran darah.

Suntikan akan diletakkan di atas dentate line – titik di mana kulit sensitif luar menjadi mukosa bahagian dalam yang kurang sensitif dan rawatan skleroterapi di atasnya menyebabkan sebahagian besar suntikan tidak menyakitkan.

Proses rawatan suntikan kecutkan buasir skleroterapi

Prosedur ini dilakukan oleh doktor sebagai janji temu pesakit luar. Tidak ada persiapan rapi dan anestesia yang akan digunakan.

Proses rawatan biasanya memakan masa 5-10 minit dan 2-3 buasir dapat dirawat dalam satu masa. Rawatan berulang boleh dilakukan sekiranya perlu.

Pesakit yang menjalani prosedur suntikan ini akan diminta untuk menghindari aktiviti berat sepanjang hari selepas rawatan. Anda biasanya akan dapat meneruskan aktiviti biasa pada keesokan harinya.

suntikan kecutkan buasir
Sumber @ www.ccjm.org/

Di Malaysia, dikatakan rawatan ini tidak disediakan di hospital atau klinik kerajaan kerana bimbangkan kesan sampingan yang boleh berlaku.

Kesan sampingan suntikan kecutkan buasir yang perlu diketahui

Anda mungkin mengalami kesakitan tahap rendah untuk sementara waktu. Namun ia mungkin tidak boleh diatasi dengan ubat penahan sakit yang dibeli di farmasi.

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku adalah sedikit pendarahan, tetapi ia dianggap normal. 

Penjagaan yang rapi mesti dilakukan oleh pesakit buasir lelaki kerana suntikan ke arah depan badan boleh menjejaskan kelenjar prostat

Jika berlaku, ia boleh menyebabkan gejala termasuk:

  • Prostatitis – radang kelenjar prostat
  • Haematospermia – darah dalam air mani
  • Hematuria – darah dalam air kencing
  • Epididimitis – keradangan epididimitis atau saluran sperma
  • Mati pucuk – ketidakupayaan untuk ereksi (jarang berlaku)

suntikan kecutkan buasir

Gejala yang biasa berlaku pula, selain daripada kesakitan ringan, adalah ulser yang menjejaskan mukosa dubur. Keadaan ini umumnya akan sembuh tanpa rawatan khusus.

Selain itu, terdapat beberapa kesan sampingan serius suntikan kecutkan buasir berisiko untuk berlaku tetapi jarang terjadi termasuklah:

  • Alahan teruk terhadap minyak kacang
  • Perforasi rektum (rectal perforation) – melalui dinding usus
  • Rectourethral fistula – saluran penghubungan antara rektum atau bawah dan saliran aliran keluar pundi kencing atau uretra
  • Hepatik abses – bengkak nanah di hati
  • Sepsis yang mengancam nyawa
  • Sindrom abdominal compartment

Masih mahu memilih suntikan skleroterapi sebagai rawatan buasir anda? Jika ya, sebaiknya berundinglah dengan doktor dahulu.

Pilihan rawatan buasir lain 

Jika anda masih tidak mahu memilih prosedur pembedahan sebagai pilihan rawatan, ada rawatan di rumah yang boleh dicuba:

1. Makan makanan berserat tinggi

Pastikan anda mengambil lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin, sebagai makanan kecutkan buasir. Ini bagi melembutkan najis dan mengelakkannya daripada keras.

Keadaan tersebut secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan yang boleh memburukkan lagi gejala buasir sedia ada.

Sebaiknya tambahkan serat ke dalam diet pemakanan secara beransur-ansur untuk mengelakkan masalah dengan gas dalam perut.

2. Gunakan rawatan topikal, kaedah selain suntikan kecutkan buasir 

Sapukan krim buasir atau suppository yang mengandungi hidrokortisan atau gunakan pembalut yang mengandungi witch hazel atau agen kebas.

Baca juga:

3. Rendaman air suam

Lakukan rendaman secara berkala dalam mandian air suam atau sitz bath.

Biarkan bahagian dubur anda terendam dalam air suam biasa selama 10 hingga 15 minit untuk 2 hingga 3 kali sehari.

4. Ubat tahan sakit oral, pilihan lain selain suntikan kecutkan buasir 

Anda boleh menggunakan asetaminofen seperti Tylenol, aspirin atau ibuprofen seperti Advil, Motrin IB  dan lain-lain untuk membantu menghilangkan rasa ketidakselesaan yang dialami.

Dengan rawatan buasir di rumah ini, gejala buasir umumnya akan hilang dalam tempoh seminggu.

Walau bagaimanapun, jika anda masih alami kesakitan atau pendarahan yang teruk, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Sclerotherapy as a Hemorrhoid Treatment. https://www.hemorrhoids.org/hemorrhoids/complications-to-sclerotherapy-as-a-hemorrhoid-treatment.html / Accessed on July 26, 2020
  2. Enlarged hemorrhoids: What surgical procedures are used to treat hemorrhoids https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279465/# / Accessed on July 26, 2020
  3. Hemorrhoids. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hemorrhoids/diagnosis-treatment/drc-20360280 / Accessed on July 26, 2020
  4. Hemorrhoids. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hemorrhoids/symptoms-causes/syc-20360268# / Accessed on July 26, 2020
  5. Treatment of Hemorrhoids. https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/hemorrhoids/treatment, Accessed on Feb 3, 2023
  6. Hemorrhoids. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15120-hemorrhoids, Accessed on Feb 3, 2023
  7. Hemorrhoids: Which Treatment Should I Use? https://myhealth.alberta.ca/Health/Pages/conditions.aspx?hwid=aa66614, Accessed on Feb 3, 2023

Versi Terbaru

14/06/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Bawa Telefon Pintar ke Tandas Boleh Jadi Punca Buasir?

Selalu Sangat Layan Drama Korea Dalam Tandas, Akhirnya Dapat Buasir


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan