backup og meta

Bersenam Boleh Rawat & Cegah Buasir? Tak Percaya, Jom Cuba 6 Senaman Ini!

Bersenam Boleh Rawat & Cegah Buasir? Tak Percaya, Jom Cuba 6 Senaman Ini!

Tahukah anda terdapat jenis senaman rawa buasir? Jika anda mengalami ketidakselesaan kerana masalah tersebut, inilah masa untuk mengubahnya!

Untuk lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Mengalami masalah buasir

Berdepan ketidakselesaan yang disebabkan oleh masalah buasir sudah pastinya bukanlah perkara yang seronok untuk dibualkan.

Tetapi buasir atau hemorrhoid adalah keadaan biasa yang boleh dialami oleh mana-mana individu.

Cuma keadaan tersebut menjadi masalah apabila ia menyebabkan wujudnya rasa gatal, kesakitan ataupun pendarahan.

Tetapi usah bimbang, kerana ada cara rawatan buasir yang mudah untuk anda lakukan dengan hanya mengamalkan beberapa jenis senaman!

Tidak percaya? Berikut adalah antara jenis senaman rawat buasir yang anda boleh cuba!

Jenis senaman rawat buasir

Betul ke dengan hanya mengamalkan aktiviti fizikal boleh merawat buasir?

Semestinya jenis rawatan buasir ini mungkin hanya sesuai untuk sesetengah individu, tetapi tidak salah untuk mencuba, bukan?

Berikut 6 jenis senaman yang boleh membantu merawat dan mencegah buasir:

1. Pengecutan lantai pelvis

Melakukan senaman yang dapat menguatkan otot-otot dasar pelvis atau pinggul dapat memudahkan anda untuk membuang air besar, merehatkan sfinkter dubur dan mencegah ketegangan.

Anda boleh cuba posisi ini:

  1. Berbaring secara menelentang atau anda boleh memilih untuk duduk.
  2. Kontrak otot dubur seolah-olah anda sedang menahan diri daripada mengeluarkan gas atau kentut.
  3. Tahan untuk tempoh 5 saat.
  4. Kemudian berehat selama 10 saat.
  5. Ulangi langkah ke-2 sebanyak 5 kali.
  6. Selepas itu ulangi langkah yang sama, cuma gunakan separuh sahaja kekuatan tubuh anda.
  7. Tekan dan kendurkan otot sepantas yang anda boleh.
  8. Teruskan selama yang anda dapat lakukan.
  9. Lakukan latihan senaman ini 2 hingga 4 kali setiap hari.
2. Teknik pernafasan panjang

Aktiviti ini dapat membantu mengurangkan ketegangan otot lantai pinggul dan meningkatkan ketenangan pada otot.

  1. Duduk secara menegak dan letakkan tangan di atas pinggang pada kedua-dua sisi tulang rusuk bawah.
  2. Dengan setiap sedutan udara, tarik nafas ke dalam perut sehingga perut mengembang.
  3. Pada setiap hembusan nafas, biarkan pusat masuk ke dalam tulang belakang (navel toward spine).
  4. Teruskan jenis senaman ini untuk tempoh selama 5 minit.

jenis senaman rawat buasir

3. Child’s Pose sebagai rawatan buasir

Posisi senaman ini dipercayai dapat meningkatkan peredaran darah di sekitar dubur dan melegakan sembelit sambil merehatkan belakang badan, pinggul dan kaki.

Child’s pose juga dikatakan seakan memberi urutan pada organ dalaman tubuh.

Untuk meningkatkan tekanan pada bahagian bawah perut, letakkan penumbuk (fists) atau tapak tangan di kawasan ini.

  1. Mulakan dengan tangan dan lutut.
  2. Duduk dan pastikan bahagian pinggul berada di atas tumit.
  3. Kemudian, kedepankan tangan atau boleh membiarkan ia pada sisi tubuh.
  4. Rehat dalam kedudukan ini untuk tempoh sehingga 5 minit.

jenis senaman rawat buasir

4. Jenis senaman kaki pada dinding

Senaman legs up-the-wall pose ini boleh membantu meningkatkan peredaran darah ke dubur. 

Dalam masa yang sama ia membantu mengurangkan rasa tidak selesa dan kerengsaan.

  1. Duduk dengan sisi kanan tubuh bersebelahan dengan dinding.
  2. Letakkan kaki ke atas dinding dan berbaring.
  3. Depakan tangan dan pastikan ia berada dalam keadaan selesa atau anda boleh memberikan urutan lembut pada perut. 
  4. Kekal berada dalam posisi untuk untuk tempoh sehingga 15 minit,
5. Posisi menghilangkan angin

Senaman ini dikatakan sesuai untuk rawatan buasir kerana ia memberikan tekanan pada perut, sekali gus membantu meningkatkan rasa selesa pada sistem pencernaan.

Jenis senaman ini juga membantu merehatkan otot-otot pada perut, punggung dan dubur. 

Untuk memperdalamkan lagi regangan, angkat kepala dan tekan dagu ke bahagian dada.

  1. Baring secara menelentang.
  2. Bengkokkan sebelah atau kedua-dua lutut dan tarik ke arah dada.
  3. Letakkan tangan pada tulang keting, cengkam tangan atau pegang siku bertentangan.
  4. Kekal berada dalam kedudukan ini sehingga tempoh seminit.
6. Posisi sudut terikat

Kedudukan bound angle dapat menguat dan meningkatkan kelenturan paha, pangkal paha dan bahagian dalam lutut.

Ia juga membantu merangsang organ perut dan melegakan ketidakselesaan pencernaan.

  1. Duduk dan lapik punggung dengan kusyen atau selimut yang dilipat jika perlu.
  2. Satukan kedua-dua tapak kaki dan biarkan lutut dalam keadaan melebar.
  3. Pegangkan kaki menggunakan tangan semasa anda meregangkan tulang belakang.
  4. Anda disarankan untuk berada dalam posisi ini untuk tempoh sehingga 1 minit. 

jenis senaman rawat buasir

Kesesuaian jenis senaman

Tidak kira sama ada masalah buasir yang dialami adalah untuk pertama kali atau berulang, ia boleh diatasi dengan menguruskan gejala dan melakukan pencegahan melalui perubahan pada diet, aktiviti fizikal serta amalan gaya hidup.

Sebelum melakukan jenis senaman yang dikongsikan di atas, sebaiknya berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui tahap kesesuaiannya dengan diri anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 6 self-help tips for hemorrhoid flare-ups, https://www.health.harvard.edu/blog/6-self-help-tips-for-hemorrhoid-flare-ups-201307196496, Accessed 19 Feb 2021.
  2. 5 Simple Ways You Can Prevent Hemorrhoids, https://health.clevelandclinic.org/5-simple-ways-you-can-prevent-hemorrhoids/, Accessed 19 Feb 2021.
  3. Treating Hemorrhoids: Self-Care, https://www.saintlukeskc.org/health-library/treating-hemorrhoids-self-care, Accessed 19 Feb 2021.
  4. Hemorrhoids, https://www.spectrumhealth.org/patient-care/digestive-health-and-disorders/colorectal/hemorrhoids, Accessed 19 Feb 2021.
  5. Hemorrhoids, https://www.ucsfhealth.org/education/hemorrhoids, Accessed 19 Feb 2021.

Versi Terbaru

14/06/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Ini SEBAB Senggama Dengan Tusukan Di Dubur Boleh Jadi Punca Buasir Dan Risiko Lain

Katanya Selain Pembedahan Buasir Boleh Dirawat Guna Kaedah Suntikan, Selamat & BERKESAN Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan