backup og meta

Bukan Sahaja Berdiri, Postur Badan Ketika Duduk & Tidur Juga Penting Untuk Tulang!

Bukan Sahaja Berdiri, Postur Badan Ketika Duduk & Tidur Juga Penting Untuk Tulang!

Selalu rasa sengal atau lenguh-lenguh pada sendi tubuh badan anda? Sebenarnya, kalian mungkin tidak mengamalkan teknik postur tubuh badan yang betul. Untuk pengetahuan anda, postur ini perlulah betul dan tepat pada setiap masa tidak kira ketika sedang berdiri, duduk ataupun tidur.

Jika anda semua ingin tahu bagaimanakah postur yang betul untuk mengelakkan sengal pada sendi tubuh badan, jom ikuti artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang & Otot, sila dapatkannya di sini.

Tentang postur badan yang betul

Bercakap tentang postur, apa maksud yang sebenarnya? Buat anda yang mungkin belum tahu, ia adalah penjajaran tubuh badan.

Menurut National Institutes of Health (NIH), terdapat 2 jenis postur iaitu:

  • Statik: Bagaimana posisi tubuh badan ketika tidak bergerak
  • Dinamik: Bagaimana posisi tubuh badan ketika sedang bergerak

postur badan yang betul

Postur yang bagus akan mampu menyokong sendi, otot, tendon, ligamen dan juga tulang belakang agar tidak terjejas ketika sesuatu aktiviti berjalan.
Disebabkan itu, setiap anggota tubuh badan termasuklah leher, bahu, lutut, pinggul, belakang dan lain-lain perlu dijajarkan dengan baik.
Jika tidak, maka akan berlakulah pelbagai impak negatif seperti tulang belakang bengkok (skoliosis) yang akan menjejaskan kehidupan seharian anda.

Kekalkan postur badan yang betul & baik ketika berdiri!

Secara umumnya, cara berdiri yang betul haruslah lurus dan tegak bagi tujuan menyokong tulang belakang anda.

Haruslah kalian tahu bahawa tulang belakang secara semula jadinya memiliki 3 lengkungan iaitu pada leher, tengah belakang serta bawah belakang.

Jadi, kepala dengan leher anda perlulah sejajar dengan bahu (tidak terlalu ke depan atau ke belakang) dan begitu juga pinggang serta pinggul.

Antara tip yang boleh diamalkan jika postur ini sukar dikekalkan adalah pastikan kedudukan cuping telinga sejajar dengan bahu anda.

Ataupun, kalian juga boleh membeli dan menggunakan pendakap yang akan menyokong tulang belakang agar ia sentiasa tegak dan lurus.

Baca juga:

Bagaimana jika sedang duduk?

Tidak dinafikan bahawa postur tubuh badan ketika sedang duduk paling susah dibetulkan terutamanya mereka yang terpaksa duduk lama dalam sehari.

Mereka ini adalah dalam kalangan pekerja pejabat atau kilang yang memerlukan sekurang-kurangnya 8 jam dalam sehari duduk untuk bekerja.

Meskipun sukar, adalah penting untuk kalian cuba duduk tegak dan tidak terlalu membongkok ke hadapan mahupun ke belakang.

Antara tip yang boleh dicuba adalah dengan memastikan punggung anda sentiasa duduk di bahagian belakang kerusi sementara belakang disandarkan.

Namun duduk terlalu lama juga adalah tidak bagus, jadi cuba curi masa untuk berdiri dan berjalan sekitar 30 minit bagi tujuan merehatkan tubuh badan anda.

postur badan yang betul

Bagaimana pula ketika tidur?

Mungkin ramai yang sangka bahawa kalian boleh tidur dalam apa jua posisi asalkan berbaring di atas tilam yang sangat empuk.

Tidak, kalian perlu tahu bahawa tilam yang empuk hanyalah sekadar bonus dan postur badan yang betul perlu diberi perhatian tatkala sedang tidur.

Cara untuk mendapatkannya adalah bereksperimen dengan pelbagai gaya tidur sama ada menelentang, meniarap ataupun ke sisi.

Kemudian, cuba rasakan kesannya apabila bangun pada esok pagi bagi mendapatkan idea tentang posisi tidur paling ideal buat individu.

Sekiranya anda ada penyakit tertentu berkaitan fizikal atau mental, dapatkan pandangan doktor tentang posisi tidur yang terbaik buat anda.

postur badan yang betul

Antara tip lain boleh diamalkan untuk postur badan yang betul & baik…

Kami sedar bahawa sekadar mencuba pasti akan ada ketika di mana kita semua terlupa atau terleka mengenai postur tubuh badan yang terbaik.

Oleh itu, tip paling utama yang boleh kalian amalkan adalah dengan melakukan senaman seperti yoga untuk lebih peka dengan postur fizikal dan mental anda.

Selain itu, ada satu lagi tip yang mungkin tampak mudah namun sebenarnya akan mendatangkan impak postitif dalam jangka masa panjang.

Menurut Profesor Ortopedik Neel Anand, anda perlu setiap masa memeriksa tubuh badan anda ketika melakukan sebarang aktiviti seharian.

Caranya adalah dengan kerap memandang cermin untuk meneliti sama ada postur kalian itu sesuai atau tidak dengan aktiviti yang dijalankan.

Ataupun, anda juga boleh minta individu di sekeliling anda sentiasa memerhati dan menegur sekiranya berlaku kesilapan dalam hal ini.

Sangat mudah bukan? Jadi, pastikan kalian mengambil berat mengenai postur badan yang betul kerana efeknya adalah pada tubuh badan kalian pada hari tua kelak!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Guide to Good Posture. https://medlineplus.gov/guidetogoodposture.html, Accessed on Dec 10, 2021
  2. Back Health and Posture. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/4485-back-health-and-posture, Accessed on Dec 10, 2021
  3. Common posture mistakes and fixes. https://www.nhs.uk/live-well/exercise/common-posture-mistakes-and-fixes/. Accessed on Dec 10, 2021
  4. 4 ways to turn good posture into less back pain. https://www.health.harvard.edu/pain/4-ways-to-turn-good-posture-into-less-back-pain. Accessed on Dec 10, 2021
  5. Common posture mistakes and fixes. https://www.thursbysurgery.co.uk/syndication/live-well/exercise/common-posture-mistakes-and-fixes. Accessed on Dec 10, 2021

Versi Terbaru

22/08/2022

Ditulis oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Selalu Sakit Belakang Lepas Bangun Tidur? Usah Derita Lagi, Cuba 5 Jenis Senaman Ini

Sakit Belakang? Posisi Tidur Anda Mungkin Memainkan Peranan


Ditulis oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Disemak pada 22/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan