backup og meta

Stress & Tak Cukup Tidur? Rupanya Inilah Punca Awal Masalah Jantung

Ramai ibu bapa muda tidak sedar bahawa stres berpanjangan dan kurang tidur boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Malah, tanda awal sakit jantung seperti cepat letih, sesak nafas dan sakit dada kerap kali diabaikan kerana dianggap sekadar penat biasa. 

Stress & Tak Cukup Tidur? Rupanya Inilah Punca Awal Masalah Jantung

Hakikatnya, rutin harian yang padat boleh menjadi pencetus kepada masalah jantung yang serius.

Justeru, mari kita fahami bagaimana tekanan hidup dan tidur yang tidak mencukupi boleh memberi kesan kepada jantung, serta apakah langkah yang perlu diambil untuk mengenal pasti gejala awal dan punca yang berkaitan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Tanda awal sakit jantung dalam kehidupan seharian

tanda awal sakit jantung
Orang muda juga mudah berisiko kepada penyakit jantung.

Kurang tidur dan tekanan emosi boleh mempercepatkan munculnya tanda awal sakit jantung. Antara simptom yang perlu diberi perhatian termasuk:

  • Sakit dada atau rasa ditekan di bahagian dada
  • Degupan jantung tidak teratur atau terlalu laju
  • Sesak nafas walaupun ketika rehat
  • Keletihan melampau tanpa sebab yang jelas
  • Bengkak pada kaki atau pergelangan kaki

Ibu bapa muda sering menyalah anggap gejala ini sebagai keletihan biasa akibat menjaga anak, tetapi ia sebenarnya boleh jadi petanda masalah kardiovaskular yang lebih serius.

Apakah tanda sakit jantung yang sering diabaikan?

Ramai yang tidak mengenal pasti apakah tanda sakit jantung yang sebenar kerana gejalanya boleh kelihatan ringan pada awalnya. 

Antara tanda yang sering diabaikan termasuk sakit pada rahang atau lengan, berpeluh tanpa sebab dan rasa pening yang berulang.

Jika dikesan awal, rawatan dan perubahan gaya hidup boleh dilakukan untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk. 

Inilah sebabnya pemeriksaan kesihatan berkala penting, terutama untuk mereka yang sudah mempunyai faktor risiko seperti stres kronik dan tidur yang terganggu.

Kenapa boleh kena serangan jantung akibat stres dan kurang tidur?

tanda awal sakit jantung
Berjumpa dengan doktor jika anda alami tanda penyakit jantung.

Kurang tidur menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak hormon stres seperti kortisol, yang boleh meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung. 

Inilah salah satu faktor kenapa boleh kena serangan jantung walaupun seseorang itu kelihatan sihat secara fizikal.

Selain itu, tekanan emosi yang berpanjangan boleh menyebabkan:

  • Saluran darah menjadi tegang dan sempit
  • Peningkatan kolesterol jahat (LDL)
  • Keradangan pada arteri yang menyumbang kepada penyumbatan

Gabungan faktor ini meningkatkan risiko serangan jantung, khususnya dalam kalangan ibu bapa muda yang jarang mendapat tidur berkualiti.

Adakah tekanan darah tinggi penyebab kegagalan jantung?

Salah satu persoalan penting ialah adakah tekanan darah tinggi penyebab kegagalan jantung? Jawapannya ya. 

Tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh memaksa jantung bekerja lebih keras untuk mengepam darah. 

Lama-kelamaan, otot jantung menjadi lemah dan gagal berfungsi dengan baik.

Tekanan darah tinggi sering berlaku tanpa gejala yang jelas, namun faktor gaya hidup seperti stres kronik, kurang tidur, diet tinggi garam, dan kurang aktiviti fizikal menjadi penyumbang utama. 

Inilah sebabnya ibu bapa muda perlu lebih peka dengan gaya hidup mereka agar risiko ini dapat dikurangkan.

Langkah pencegahan awal untuk ibu bapa muda

Untuk mengurangkan risiko penyakit jantung akibat stres dan kurang tidur, ibu bapa muda boleh cuba beberapa langkah praktikal:

  • Tidur sekurang-kurangnya 6 – 8 jam setiap malam
  • Amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam atau meditasi ringkas
  • Elakkan pengambilan kafein berlebihan, terutama pada waktu malam
  • Bersenam ringan seperti berjalan atau regangan untuk mengurangkan stres
  • Buat pemeriksaan kesihatan berkala, termasuk tekanan darah dan kolesterol
tanda awal sakit jantung
Antara mitos terkenal berkaitan kesihatan jantung.

Kesimpulan

Stres dan kurang tidur bukan sekadar membuatkan badan penat, tetapi boleh mempercepatkan munculnya tanda awal sakit jantung. 

Dengan mengenal pasti apakah tanda sakit jantung, memahami kenapa boleh kena serangan jantung, serta mengetahui adakah tekanan darah tinggi penyebab kegagalan jantung, ibu bapa muda boleh lebih bersedia untuk menjaga kesihatan jantung mereka. 

Ingat, perubahan kecil dalam gaya hidup boleh menyelamatkan nyawa.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Warning Signs of a Heart Attack. https://www.heart.org/en/health-topics/heart-attack/warning-signs-of-a-heart-attack. Diakses pada September 4, 2025.

Sleep Deprivation and Heart Disease. https://www.cdc.gov/bloodpressure/sleep.htm. Diakses pada September 4, 2025.

Stress and Heart Health. https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-lifestyle/stress-management/stress-and-heart-health. Diakses pada September 4, 2025.

High Blood Pressure Symptoms and Causes. https://www.cdc.gov/bloodpressure/about.htm. Diakses pada September 4, 2025.

Heart Disease Facts. https://www.cdc.gov/heartdisease/facts.htm. Diakses pada September 4, 2025.

Versi Terbaru

12/09/2025

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

6 Tanda Masalah Jantung Ini Mungkin Boleh Dikesan Melalui Keadaan Kuku Anda!

Zaman Sekarang Muda-Muda Pun Boleh Kena Serangan Jantung? Jangan Main-Main!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Dikemas kini 12/09/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan