backup og meta

Sakit Jantung & Depresi Saling Berkait Rapat? Hati-Hati Jika Anda Ada Salah Satu Penyakit Ini!

Sakit Jantung & Depresi Saling Berkait Rapat? Hati-Hati Jika Anda Ada Salah Satu Penyakit Ini!

Penyakit jantung dan depresi merupakan dua kondisi yang serius dan mampu merubah hidup seseorang.

Kedua-dua penyakit ini amat lazim dalam kalangan masyarakat dan tidak mengejutkan jika ia boleh berlaku pada masa yang sama kepada seorang individu.

Walau bagaimanapun, tahukah anda ada hubungan dua hala antara penyakit jantung dan depresi?

Sudah bertahun lamanya, saintis telah pun mengetahui adanya hubungan antara depresi dan sakit jantung.

Hampir separuh pesakit serangan jantung akan mengalami depresi, manakala orang dewasa yang mengalami depresi pula lebih berisiko untuk terkena serangan jantung.

Namun, pakar masih belum pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Menurut Dr. Roy Ziegelstein dari Johns Hopkins University School of Medicine, 1 daripada 5 individu yang mengalami sakit jantung akan didiagnosis dengan depresi sejurus selepas mengalami serangan jantung.

Malah, depresi juga amat lazim dalam kalangan pesakit kegagalan jantung.

Di Malaysia, hampir 15.2% kematian berpunca daripada penyakit jantung.

Satu daripada dua pesakit akan mengalami kemurungan. Malah, setiap serangan jantung akan membuatkan pesakit jadi semakin tertekan lalu meningkatkan risiko kematian.

Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Jantung di sini.

Penyakit jantung dan gangguan perasaan saling berkait

penyakit jantung

Depresi merupakan sejenis penyakit yang amat serius.

Walaupun ramai yang kata depresi merupakan sejenis penyakit mental, itu tidak bermakna penyakit ini tidak akan membuatkan fizikal pesakit jadi lemah dan tidak bermaya.

Untuk pengetahuan anda, depresi boleh melumpuhkan kehidupan seseorang.

Tekanan perasan yang tidak dirawat dengan baik boleh menyebabkan pesakit mengalami tekanan darah tinggi, luka pada kawasan arteri, degupan jantung yang tidak sekata dan sistem imun yang lemah.

Depresi juga akan menyebabkan badan merembeskan hormon stres secara berlebihan. Ini akan menyebabkan pesakit lebih berisiko untuk mengalami darah beku di dalam salur darah.

Malah, banyak simptom depresi seperti kurang bertenaga dan tidak ada motivasi akan menyebabkan pesakit sukar untuk melakukan aktiviti seperti bersenam, makan makanan yang sihat dan mengambil ubat secara konsisten.

Semua ini mungkin menjadi punca mengapa sakit jantung lebih banyak berlaku kepada pesakit yang menghidap depresi.

Alami depresi selepas rawatan penyakit jantung

penyakit jantung

Selepas mengalami penyakit jantung, normal untuk pesakit rasa tertekan, sedih dan mudah marah.

Bukan itu sahaja, ada juga risiko untuk pesakit mengalami gangguan perasaan seperti kegelisahan di samping depresi.

Pesakit yang melakukan pembedahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk sembuh. 

Tambah lagi, mereka juga akan rasa makin tertekan apabila berhadapan dengan simptom seperti sukar untuk tidur dan keletihan.

Pada tahun 2014, American Heart Association telah menyenaraikan depresi sebagai salah satu faktor risiko selepas mengalami serangan jantung atau sakit dada (angina).

Malah, ada kajian yang menemui risiko kematian dalam kalangan penghidap sakit jantung dengan depresi adalah 3 kali ganda berbanding mereka yang tidak mengalami depresi.

Oleh sebab itu, jangan sesekali percaya jika orang kata depresi itu hanya ‘dalam kepala’ anda sahaja. Penting untuk pesakit mendapatkan bantuan pakar sejurus simptom depresi muncul.

Dapatkan bantuan sebelum terlambat

penyakit jantung

Tidak ada sesiapa yang ingin menghidap sakit jantung ataupun depresi. Sebenarnya, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan dua penyakit ini. Sebagai contoh:

  1. Dapatkan rawatan untuk depresi. Bercakaplah dengan doktor atau ahli terapi untuk menangani masalah gangguan perasaan yang anda alami.
  2. Kurangkan punca stres setiap hari. Biasakan diri untuk cakap ‘tidak’ kepada komitmen tambahan yang membuatkan anda tertekan.
  3. Berhenti merokok. Merokok merupakan punca utama penyakit jantung.
  4. Dapatkan tidur yang mencukupi. Mereka yang tidak cukup tidur selalunya akan alami depresi yang lebih teruk.
  5. Cuba bergerak. Jika anda ingin rasa lebih baik, senaman dapat membantu.

Paling penting, jika anda baru pulih daripada sakit jantung atau serangan jantung, rasa sedih yang dialami adalah normal pada beberapa minggu pertama.

Walau bagaimanapun, jika anda mula rasa hampa dan mempunyai perasaan negatif lebih daripada 2 minggu, sudah tiba masanya untuk anda dapatkan bantuan pakar untuk mengelakkan simptomnya jadi semakin teruk.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Cleaveland Clinic. 2019. Depression & Heart Disease. April 29. Accessed February 9, 2021. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/16917-depression–heart-disease.
  2. Harvard Health Publishing. 2020. Depression and heart disease: A two-way street. July 12. Accessed February 9, 2021. https://www.health.harvard.edu/heart-health/depression-and-heart-disease-a-two-way-street.
  3. Intermountain Healthcare. 2020. Can depression increase your risk for heart disease? May 28. Accessed February 9, 2021. https://intermountainhealthcare.org/blogs/topics/heart/2020/05/can-depression-increase-your-risk-for-heart-disease/.
  4. Johns Hopkins Medicine. n.d. Depression and Heart Disease. Accessed February 9, 2021. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/depression-and-heart-disease.
  5. MOH. n.d. Kesihatan Mental & Kesihatan Fizikal. Accessed February 9, 2021. https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/Kesihatan_Mental_Kesihatan_Fizikal.pdf.
  6. NHLBI. 2017. Heart disease and depression: A two-way relationship. April 16. Accessed February 9, 2021. https://www.nhlbi.nih.gov/news/2017/heart-disease-and-depression-two-way-relationship.
  7. University of Iowa Hospitals & Clinics. 2016. Understanding the link between depression and heart disease. January. Accessed February 9, 2021. https://uihc.org/health-topics/understanding-link-between-depression-and-heart-disease.

Versi Terbaru

02/02/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Pernah Diserang Sakit Jantung? Hindar Serangan Kali Kedua Dengan 5 Langkah Ini!

Masalah Botak & Rambut Beruban? Anda Berisiko Hidap Sakit Jantung


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 02/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan