Kenapa sakit dada semakin kerap anda alami? Mungkinkah tanda sakit dada ini merupakan gejala berkaitan kesihatan jantung?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Kenapa sakit dada semakin kerap anda alami? Mungkinkah tanda sakit dada ini merupakan gejala berkaitan kesihatan jantung?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Umumnya, kesakitan dada yang dialami boleh menjadi 1 keadaan serius.
Ia mungkin disebabkan oleh aliran darah sementara ke jantung yang lemah (angina), atau kerana penyumbatan secara tiba-tiba pada arteri koronari mengakibatkan serangan jantung.
Punca kenapa sakit dada juga boleh disebabkan oleh senak perut dan ketegangan otot.
Selain jantung, banyak bahagian dada yang boleh mengakibatkan kesakitan dada termasuklah paru-paru, esofagus (gullet), otot, tulang dan kulit.
Oleh sebab tubuh memiliki sistem saraf yang kompleks, penyebab kesakitan dada mungkin berpunca daripada bahagian lain tubuh seperti perut (abdomen).
Seandainya anda berasakan terkena serangan jantung atau tidak pasti punca kesakitan pada dada, lakukan pemeriksaan segera!
Kesakitan pada dada boleh menjadi tanda amaran serangan jantung.
Serangan jantung berlaku apabila bekalan darah ke jantung tersumbat dan merosakkan otot jantung.
Jika dibiarkan tanpa rawatan, semakin banyak kerosakan boleh berlaku. Dalam beberapa kes, serangan jantung boleh menyebabkan maut!
Gejala serangan jantung mungkin termasuk:
Gejala yang dialami boleh berlanjutan untuk tempoh antara 10 hingga 15 minit atau lebih.
Simptom bagi setiap individu adalah berbeza.
Ada individu yang berdepan beberapa gejala, manakala terdapat juga mereka yang langsung tidak mengalami sebarang simptom.
Angina adalah sakit dada jangka pendek terjadi apabila otot jantung tidak menerima darah atau oksigen yang mencukupi.
Kerap terjadi apabila otot jantung perlu bekerja lebih kuat daripada biasa, seperti ketika bersenam, mengalami tekanan, cuaca sejuk atau setelah mengambil hidangan makan yang berat.
Tanda sakit dada angina akan berkurangan dengan rehat atau penggunaan ubat.
Punca kenapa sakit dada angina sering berlaku disebabkan oleh penyakit arteri koronari.
Ia keadaan di mana arteri jantung menjadi sempit kerana penumpukan plak (simpanan lemak) pada dinding arteri.
Penyempitan ini bermaksud bekalan darah ke jantung berkurangan, menyebabkan kesakitan pada dada.
Angina biasanya tidak mengakibatkan kerosakan pada jantung.
Baca juga:
Serangan jantung dan angina sering didasari oleh penyakit arteri koronari – terjadi disebabkan faktor risiko tertentu.
Terdapat faktor risiko yang boleh diubah dan ada yang tidak.
Antara faktor penyebab yang boleh diubah adalah:
Faktor yang tidak boleh diubah:
Seperkara penting perlu diingatkan adalah mereka tanpa faktor risiko juga boleh mengalami tanda sakit dada disebabkan serangan jantung atau angin.
Kesakitan dada yang dialami turut boleh disebabkan oleh keadaan lain yang tidak berkaitan dengan jantung.
Penyebab lain kenapa sakit dada terjadi adalah:
Kini anda sudah mengetahui punca kenapa sakit dada terjadi.
Jika kesakitan yang dialami tidak serius, berikut rawatan kendiri yang boleh anda lakukan untuk proses penyembuhan diri sepenuhnya:
Cara untuk mengurangkan risiko serangan jantung termasuk:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen