backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Jangkitan Jantung

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

Jangkitan Jantung

Tanda jantung bermasalah disebabkan jangkitan berlaku apabila perengsa seperti bakteria, virus, parasit atau bahan kimia sampai ke otot jantung.

Jangkitan jantung boleh menyebabkan keradangan atau kerosakan pada lapisan dalam, injap, membran luar atau otot jantung itu sendiri.

Mari fahami dengan lebih mendalam mengenai keadaan kesihatan jantung ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Jenis

Jenis jangkitan jantung

Secara umumnya, jantung mempunyai 3 lapisan utama dan setiap satu berisiko untuk menjadi lokasi jangkitan kuman pada jantung.

Jenis jangkitan pada jantung adalah:

Perikarditis

Merupakan keadaan bengkak dan keradangan pada perikardium.

Perikardium adalah lapisan luar – membran seperti kantung nipis yang mengelilingi/ menutupi jantung.

Tanda jantung bermasalah disebabkan jangkitan perikarditis yang disebabkan virus paling kerap berlaku kepada lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun.

Untuk kebanyakan kes yang dialami adalah jangkitan ringan dan akan bertambah baik dengan sendiri.

Pun begitu, bagi jangkitan yang lebih teruk, rawatan ubat atau pembedahan mungkin perlu dilakukan.

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/penyakit-jantung/anatomi-jantung/

Miokarditis

Merupakan jangkitan atau keradangan pada miokardium – lapisan otot tengah jantung.

Jangkitan jantung jenis miokarditis ini biasanya berpunca daripada virus atau tindak balas autoimun.

Jangkitan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. 

Secara amnya, ramai individu yang menghidap miokarditis boleh sembuh sepenuhnya. 

Walau bagaimanapun, dalam kes jangkitan yang teruk, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa. 

tanda jantung bermasalah

Endokarditis

Merupakan jangkitan atau keradangan endokardium, iaitu lapisan jantung paling dalam.

Endokarditis adalah jenis jangkitan yang kerap terjadi.

Tanda jantung bermasalah disebabkan jangkitan ini sering dialami oleh mereka yang sudah mempunyai penyakit injap dan masalah jantung lain. 

Endokarditis boleh merosakkan jantung dan harus mendapatkan rawatan segera atau ia boleh menyebabkan maut!

Kebanyakan individu yang mengalami jangkitan endokarditis mempunyai keadaan injap jantung rosak atau kecacatan jantung lain. 

Punca

Tanda jantung bermasalah disebabkan jangkitan: Fahami puncanya

Jangkitan pada jantung perikarditis boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau setelah serangan jantung mahupun pembedahan jantung.

Ia juga boleh berkembang akibat gangguan keradangan seperti rheumatoid arthritis atau trauma melibatkan jantung atau dada.

Selain itu gangguan kesihatan seperti kegagalan buah pinggang atau AIDS dan pengambilan ubatan tertentu – walaupun ia jarang terjadi – turut boleh menjadi punca perikarditis.

Endokarditis pula biasanya berlaku apabila terdapat kuman bergerak melalui aliran darah dan masuk ke jantung serta melekat pada bahagian tisu jantung yang rosak. 

Bakteria boleh merebak akibat gigi atau gusi tidak sihat, luka pada kulit, prosedur pergigian tertentu, jangkitan kelamin atau penggunaan kateter mahupun jarum. 

Miokarditis pula umumnya disebabkan oleh jangkitan virus atau penyakit autoimun.

Walau bagaimanapun, penyelidikan masih diperlukan untuk menentukan penyebabnya.

Simptom

Tanda jantung bermasalah

Bergantung pada jenis jangkitan jantung, gejala boleh merangkumi:

tanda jantung bermasalah

Gejala umum yang akan dialami kesan jangkitan pada jantung adalah sakit dada, demam dan sesak nafas.

Dalam beberapa kes, tanda jantung bermasalah disebabkan jangkitan ini boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa seperti serangan jantung.

Simptom lain melibatkan jangkitan teruk termasuklah:

  • Sakit dada
  • Kekeliruan, disorientasi atau kesukaran memahami ucapan
  • Sebelah bahagian wajah tampak seakan jatuh
  • Sakit kepala teruk
  • Ketidakupayaan untuk bercakap
  • Penglihatan terganggu
  • Lemah otot, kebas atau lumpuh secara tiba-tiba pada satu sisi badan atau muka

Walaupun anda tidak mempunyai gejala yang berpotensi mengancam nyawa, sebaiknya lakukan pemeriksaan dan rawatan perubatan untuk sebarang simptom jangkitan pada jantung.

Faktor Risiko

Tanda jantung bermasalah: Faktor risiko

Antara individu yang berisiko untuk mengalami perikarditis termasuklah:

  • Sedang pulih daripada serangan jantung
  • Penyakit autoimun
  • Trauma atau kecederaan akibat kemalangan
  • Beberapa jangkitan bakteria, virus dan kulat
  • Kegagalan buah pinggang
  • Ubat-ubatan tertentu (jarang terjadi)

Bagi faktor risiko miokarditis pula:

  • Jangkitan virus seperti influenza, rubella, polio dan HIV semuanya terlibat
  • Jangkitan bakteria seperti klamidia
  • Radiasi dan keracunan
  • Keadaan autoimun (jarang berlaku)

Antara individu yang berisiko untuk terkena endokarditis adalah:

  • Menggunakan injap jantung buatan atau alat lain untuk memicu jantung
  • Mengalami kecacatan jantung kongenital
  • Injap jantung rosak atau berpenyakit
  • Menjalani hemodialisis untuk penyakit buah pinggang
  • HIV
  • Pernah mengalami endokarditis

tanda jantung bermasalah

Diagnosis & Rawatan

Individu yang mengalami tanda jantung bermasalah disebabkan jangkitan boleh dirawat dengan satu atau lebih kaedah berikut:

  • Antibiotik. Pemilihan antibiotik bergantung pada organisma tertentu yang menyebabkan jangkitan
  • Ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan jantung
  • Kortikosteroid
  • Ubat yang mengurangkan keradangan di dalam badan
  • Kadang-kadang, pembedahan

Pencegahan

Tidak ada pencegahan khusus untuk jangkitan pada jantung.

  • Hindari individu mempunyai penyakit virus atau selesema sehingga mereka sembuh. Jika anda mempunyai simptom virus, elakkan kontak dengan individu lain
  • Penjagaan kebersihan diri yang baik
  • Elakkan tabiat yang berisiko. Rendahkan risiko mengalami jangkitan miokard berkaitan HIV dengan mengamalkan hubungan seks selamat
  • Kurangkan pendedahan kepada kutu
  • Dapatkan suntikan vaksin yang disyorkan seperti rubella dan influenza – antara penyakit punca tanda jantung bermasalah

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/01/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan