backup og meta

12 Tanda Sakit Jantung Yang Anda TAK Boleh Biar! Jaga-jaga Jika Selalu Berdengkur!

12 Tanda Sakit Jantung Yang Anda TAK Boleh Biar! Jaga-jaga Jika Selalu Berdengkur!

Walaupun mungkin ada 10, 11 atau 12 tanda sakit jantung dalam diri, tiada gunanya jika individu tidak kenal dan peduli tentang gejala-gejala tersebut.

Jadi, jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut tanda-tanda sakit jantung ringan, sederhana atau teruk!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Apa tanda jika organ jantung anda sihat?

Ada beberapa ciri-ciri jantung normal dan sihat yang anda perlu tahu. Sila periksa perkara ini setiap hari:

  • Degupan jantung – 60 ke 100 degupan per minit
  • Tekanan darah – 120/80 mm Hg dan ke bawah
  • Kadar pernafasan – Mampu melakukan aktiviti seharian tanpa ada masalah pernafasan
  • Tahap tenaga badan – Mampu melakukan aktiviti seharian tanpa rasa penat berlebihan
tanda-tanda sakit jantung
Cara menguatkan organ jantung anda.

Sekiranya ciri-ciri di atas tidak menepati diri anda, sila rujuk 12 tanda sakit jantung di bawah agar anda lebih bersedia.

12 tanda sakit jantung yang anda perlu tahu!

Meskipun mungkin ada lebih daripada 12 tanda sakit jantung pada wanita dan lelaki, berikut beberapa gejala penting yang anda kena tahu:

#1. Rasa sakit di bahagian dada

Merupakan antara tanda tanda jantung tersumbat, anda mungkin akan rasa sakit atau tidak selesa pada dada. Ini mungkin adalah akibat arteri yang tersumbat atau wujud masalah lain pada organ jantung.

Walaupun rasa tersebut bertahan beberapa saat atau minit, ia harus dibawa dan diperiksa oleh doktor dengan segera!

#2. Rasa sakit di bahagian perut

Turun sedikit daripada dada, sakit perut tanda sakit jantung juga adalah benar. Masalah seperti keloyaan, kesakitan, ketidakhadaman atau pedih ulu hati boleh berlaku gara-gara masalah pada organ ini.

Sekiranya anda kerap muntah-muntah tanpa keracunan makanan, ia mungkin antara petanda awal serangan jantung!

#3. Kepala rasa ringan atau pening

Kadangkala, ia cuma disebabkan tidak cukup makan atau berdiri dengan cepat. Tetapi, ia juga mungkin akibat tekanan darah yang menurun mendadak akibat kegagalan organ jantung mengepam darah.

12 tanda sakit jantung
Kepala pening tanda sakit jantung.

#4. Batuk yang tidak berhenti

Dalam kebanyakan kes, ia mungkin bukan antara 12 tanda sakit jantung. Namun jika batuk itu keluar bersama mukus berwarna putih atau merah jambu, ia adalah angkara jantung gagal mengepam darah.

#5. Anggota badan mula membengkak

Anggota badan terutama kaki dan tangan mungkin akan membengkak apabila jantung tidak mengepam darah pada kadar yang ideal, sekali gus boleh mengakibatkan pengumpulan darah di saluran darah.

Dalam pada itu, kegagalan organ ini juga akan menjejaskan organ lain seperti buah pinggang. Kesannya, sukar untuk tubuh badan mengeluarkan lebihan sodium dan air lalu menyebabkan pembengkakan.

#6. Berpeluh, tanda-tanda sakit jantung ringan

Berpeluh dingin atau sejuk tanpa sebarang sebab yang kukuh adalah petanda masalah jantung. Sekiranya ini berlaku bersama dengan gejala-gejala yang lain, segera dapatkan konsultasi daripada doktor.

#7. Berdengkur, tanda-tanda sakit jantung lemah

Berdengkur itu mungkin normal terutama jika anda memang ada masalah pada sistem pernafasan. Pun begitu, ia juga adalah akibat apnea tidur gara-gara terdapat sedikit masalah pada organ jantung anda.

#8. Mudah rasa penat, letih serta lesu

Jika anda sangat mudah rasa penat hanya dengan sedikit aktiviti fizikal ringan atau sederhana, adalah penting untuk anda memeriksa jika terdapat sebarang isu yang berkaitan dengan jantung anda.

“Kadangkala, gejala seperti ini yang dapat membantu para doktor mengenal pasti simptom sakit jantung berbanding dengan rasa sakit atau tidak selesa pada dada anda,” jelas Pakar Kardiologi, Vincent Bufalino.

#9. Kelainan pada struktur dan warna kulit

Bukan penyakit diabetes sahaja yang akan mengubah kulit, masalah jantung juga boleh membawa kesan sama. Akibat kadar trigliserida yang terlampau tinggi, ia akan menyebabkan kelainan pada kulit.

Aspek struktur dan warna kulit mungkin akan mengalami breakout, lebih-lebih lagi di bahagian jari kerana tanda sakit jantung pada jari juga ada.

12 tanda sakit jantung
Masalah kulit tanda sakit jantung.

#10. Gusi berdarah

Walaupun seperti tidak ada kaitan, kajian mengatakan gusi yang berdarah, bengkak dan sakit juga merupakan gejala sakit jantung.

Satu teori menyatakan bahawa bakteria daripada gusi itu akan masuk ke dalam salur darah dan menyebabkan radang pada organ ini. Sebaiknya, sila dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor.

#11. Kuku bertompok

Jika anda tidak mengalami kecederaan pada kuku tangan dan kaki, tompokan kecil itu mungkin petanda penyakit lain.

Dikenali sebagai endokarditis, tompokan kecil seperti warna darah ini mungkin petanda keradangan pada dinding atau injap jantung. Sebaiknya, jangan ambil mudah dengan perubahan yang kecil ini.

12 tanda sakit jantung, tercekik

Merupakan antara 12 tanda sakit jantung yang terakhir, anda mungkin akan kerap rasa seperti tercekik akibat daripada masalah pada sistem atau fungsi jantung, lantas boleh tercetusnya serangan organ ini.

Masalah yang dinamakan sebagai angina ini juga tidak boleh dipandang ringan dan harus dibawa ke pakar segera!

Perhatian!

Jika anda ada mengalami sebarang tanda-tanda sakit jantung lemah di atas, segera jumpa doktor ya?

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 11 signs you might have heart disease, https://www.bhf.org.uk/informationsupport/heart-matters-magazine/medical/11-signs-you-might-have-heart-disease, Accessed June 28 2023.
  2. Heart Disease, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/24129-heart-disease, Accessed June 28 2023.
  3. Heart Failure Signs and Symptoms, https://www.heart.org/en/health-topics/heart-failure/warning-signs-of-heart-failure, Accessed June 28 2023.
  4. Warning signs and symptoms of heart disease, https://www.mountsinai.org/health-library/selfcare-instructions/warning-signs-and-symptoms-of-heart-disease, Accessed June 28 2023.
  5. Warning Signs & Symptoms of Heart Attack and Stroke, https://www.goredforwomen.org/en/about-heart-disease-in-women/signs-and-symptoms-in-women, Accessed June 28 2023.

Versi Terbaru

25/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

4 Penyakit Ini Penyebab Jantung Anda Berdegup Laju Tanpa Sebab, Jaga-Jaga Ya!

Selain Sakit Dada, Ini 7 Cara Mengesan Tanda Serangan Jantung!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan