backup og meta

Kena Berdiri & Bergerak Lepas Makan? Ini 5 Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati Di Rumah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/03/2023

    Kena Berdiri & Bergerak Lepas Makan? Ini 5 Cara Hilangkan Pedih Ulu Hati Di Rumah

    Rasa tidak selesa pada perut selepas makan adalah tanda anda ada masalah seperti pedih ulu hati dan lain-lain. Persoalannya, bagaimana cara hilangkan pedih ulu hati yang boleh anda lakukan di rumah sahaja? Artikel ini sedikit sebanyak akan membantu!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, sila klik di sini.

    Apa punca, gejala dan kesan pedih ulu hati?

    Untuk pengetahuan anda semua, wujud beza pedih ulu hati dan gastrik yang besar meskipun ramai percaya ia sama. Pedih ulu hati atau heartburn berkaitan dengan asid di dalam perut.

    Kondisi ini bakal berlaku angkara asid perut masuk ke dalam kerongkong apabila otot sphincter di bahagian bawah esofagus tidak tertutup dengan baik selepas individu makan atau minum.

    Kebiasaannya, otot tersebut akan tertutup dan asid serta isi dalam perut tidak boleh berpatah balik atau refluks ke esofagus. Jika isu ini berlaku, sekitar perut dan dada akan rasa tidak selesa.

    cara hilangkan pedih ulu hati

    Pedih ulu hati biasa dikaitkan dengan reaksi semula jadi oleh tubuh badan apabila individu makan atau minum sesuatu yang kurang sesuai selain beberapa tabiat buruk selepas waktu makan.

    Ya, memang benar bahawa kondisi itu tidak begitu berbahaya kerana akan datang dan pergi begitu sahaja namun lama-kelamaan boleh menjejaskan esofagus dan mendatangkan kesan buruk.

    Dalam erti kata lebih mudah, kita semua wajar amalkan cara hilangkan pedih ulu hati dengan baik!

    Ini cara hilangkan pedih ulu hati di rumah!

    Kebiasaannya, masalah ini berlaku selepas anda makan dan kekal selama beberapa minit atau jam bergantung kepada individu. Berikut adalah antara cara hilangkan pedih ulu hati di rumah:

    #1. Makan ubat anti pedih ulu hati

    Pertama dan paling penting, individu perlu segera makan ubat jika sudah mula rasa pedih ulu hati sama ada daripada jenis antasid, perencat pam proton atau antagonis reseptor histamin-2.

    Ubat-ubatan di atas mampu untuk meneutral, menyekat dan menghalang asid perut daripada naik ke esofagus sekali gus melegakan sebarang ketidakselesaan gara-gara masalah pedih ulu hati.

    cara hilangkan pedih ulu hati

    Cara hilangkan pedih ulu hati #2. Berdiri

    Selepas anda makan, adalah sangat tidak digalakkan untuk berbaring kerana asid perut akan lebih mudah naik dengan posisi ini. Maka, individu disarankan untuk berdiri atau duduk tegak sekitar 2 ke 3 jam seusai makan agar masalah itu tidak terjadi.

    Cara hilangkan pedih ulu hati #3. Bergerak

    Sehubungan di atas, anda juga diingatkan untuk tidak tidur 2 ke 3 jam selepas makan agar isi dalam perut dapat dicernakan dengan baik. Jadi, bagi mencegah anda daripada rasa mengantuk, kena banyak bergerak atau bersenam untuk perut yang lebih sihat.

    #4. Berhenti sebentar daripada makan

    Apabila perut sudah mula rasa kurang selesa angkara pedih ulu hati, jangan pula anda terus makan dan makan kerana organ ini memerlukan sedikit masa untuk mencernakan isi kandungan.

    Adalah lebih baik untuk anda minum air kosong setiap kali selesai makan dalam kadar yang sesuai. Atau jika tidak, mungkin akan timbul isu perut yang lain seperti perut kembung pula nanti.

    Disebabkan itu, ada nasihat kesihatan yang suruh makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang!

    #5. Berjumpa doktor dengan segera

    Sekiranya anda sudah melakukan langkah-langkah di atas tadi namun tidak ada hasil, segera pergi ke klinik atau hospital lebih-lebih lagi jika ia berlarutan selama beberapa hari atau minggu.

    cara hilangkan pedih ulu hati

    Prihatin apa yang anda makan dan minum!

    Seperti mana kami telah nyatakan di atas tadi, masalah pedih ulu hati boleh terjadi angkara pemakanan yang kurang sesuai buat sesetengah individu. Maka, kenali tubuh badan anda terlebih dahulu.

    Perhatikan setiap kesan yang akan berlaku apabila anda ambil sesuatu. Contohnya, ada orang yang akan rasa tidak selesa selepas ambil produk tenusu mungkin akibat intoleransi laktosa.

    Setiap jenis makanan dan minuman mungkin boleh mendatangkan kesan yang berbeza bergantung kepada individu kerana tubuh badan kita semua punya ‘pantang larang’ masing-masing.

    Konklusinya, masalah pedih ulu hati boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa kira usia dan jantina dengan faktor risiko tersendiri. Pun begitu, usah khuatir kerana ia boleh diselesaikan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/03/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan