Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Kering Idea Untuk Bekal Anak Ke Sekolah? Ibu Boleh Cuba 5 Menu Makanan Ini, Mudah!
Sedang mencari idea bekal anak ke sekolah simple dan mudah disediakan? Teruskan membaca artikel ini kerana ada beberapa cadangan bekalan makanan untuk anak yang boleh anda cuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Makanan sihat untuk bekal anak ke sekolah
Apabila anak akan memulakan sesi persekolahan, pastinya ibu antara individu yang paling sibuk.
Selain memastikan kelengkapan persekolahan harian seperti baju dan beg sekolah tersedia, sebagai ibu sudah tentu anda mahu menyediakan bekal anak ke sekolah.
Bukankah makanan yang disediakan sendiri oleh ibu merupakan makanan terbaik? Tambahan pula, cara penyediaannya juga pastinya lebih terjamin.
Bahkan dengan membekalkan anak makanan, ia secara tidak langsung anda boleh memastikan anak mengambil makanan berkhasiat dan seimbang.
Nutrisi yang lengkap penting walaupun menu bekal simple.
Untuk menu bekalan makanan yang seimbang, ia harus mengandungi:
Makanan berkanji seperti roti, nasi, kentang atau pasta
Makanan berprotein seperti daging, ikan, telur atau kekacang
Tetapi kalau setiap hari menu yang sama, sudah tentu akan membuatkan anak berasa bosan, betul tak? Jadi apakah antara idea menu bekalan menarik yang boleh anda cuba?
Idea bekal anak ke sekolah simple
Jika si kecil gemarkan bekalan makanan seperti sandwic, berikut beberapa cadangan bekal roti untuk anak sekolah yang boleh anda cuba:
Roti keju panggang
Roti keju panggang merupakan menu yang boleh meningkatkan selera anak anda.
Bahan-bahan:
Kepingan keju cheddar
Roti putih – lebih mudah untuk digulung, tetapi boleh digantikan dengan roti gandum
Mentega
Cara penyediaan:
Buangkan bahagian tepi roti dan gunakan pin penggelek untuk menipiskan roti – anggaran setebal ¼ inci.
Kemudian letakkan sekeping keju di tengah-tengah roti dan gulungkan dengan ketat.
Cairkan mentega dalam kuali di atas api sederhana dan letakkan gulungan roti di atasnya.
Biarkan masak sehingga semua bahagian menjadi garing dan perang keemasan – anggaran masa antara 3-4 minit.
Angkat dan letakkan di atas tuala kertas untuk menyerap lebihan mentega.
Sandwic tuna keju bakar, idea bekal anak ke sekolah simple
Campurkan nasi yang telah dikisar bersama kentang ke dalam mangkuk dan gaul rata.
Kemudian tambahan hirisan daun bawang, cili benggala, serbuk perasa dan garam secukupnya. Gaul sebati.
Tambahkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi bancuhan cucur. Anda mungkin perlu menambah sedikit air untuk mencapai konsistensi adunan yang diingini.
Panaskan minyak dan gorengkan bancuhan cucur sehingga kekuningan. Toskan minyak.
Creammy sphaghetti adalah menu yang boleh menggaantikan nasi sebagai sumber karbohidrat.
Cara penyediaan:
Rebuskan spageti dan toskan.
Panaskan kuali, kemudian masukkan mentega dan minyak zaitun (cukup untuk menumis). Tumiskan bawang sehingga naik bau dan keperangan.
Kemudian masukkan potongan ayam dan gaul sehingga masak.
Tuangkan susu kotak, masukkan 1-2 sudu besar tepung gandum dan gaul sebati. Tambahkan air jika terlalu pekat.
Masukkan brokoli dan gaul sebati. Seterusnya masukkan herba campuran.
Selepas kuah mendidih, boleh campurkan spageti dan gaul sebati.
Pastikan anda membekalkan bersama si kecil air masak, atau jika tidak anak akan cenderung membeli minuman manis di sekolah.
Semoga perkongsian idea bekal anak ke sekolah simple boleh menjadi inspirasi untuk anda. Selamat mencuba!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Packing a Healthy Lunchbox. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/kids-healthy-lunchbox-guide/, Accessed on Feb 20, 2023
Lunchbox ideas and recipes. https://www.nhs.uk/healthier-families/recipes/healthier-lunchboxes/, Accessed on Feb 20, 2023
School Lunches (for Kids). https://kidshealth.org/en/kids/school-lunches.html, Accessed on Feb 20, 2023
How to Pack a Healthier School Lunch for Your Child. https://health.clevelandclinic.org/how-to-pack-a-healthier-school-lunch-for-your-child/, Accessed on Feb 20, 2023
Healthy packed lunches. https://www.nutrition.org.uk/putting-it-into-practice/make-healthier-choices/healthy-packed-lunches/, Accessed on Feb 20, 2023
Classic Spaghetti Carbonara. https://eggs.org.nz/recipes/classic-spaghetti-carbonara/, Accessed on Feb 20, 2023
Koleksi Resipi Bekal Mudah & Sedap Untuk Bawa Ke Sekolah. https://www.rasa.my/koleksi-resipi-bekal-mudah-sedap-untuk-bawa-ke-sekolah-1/, Accessed on Feb 20, 2023
30 Idea Bekal Anak Ke Sekolah. https://bidadari.my/30-idea-bekal-anak-ke-sekolah/, Accessed on Feb 20, 2023
Versi Terbaru
06/01/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor