Seperti yang diketahui umum, orang yang mempunyai berat badan berlebihan cenderung untuk mempunyai kolesterol yang tinggi, tetapi apakah tanda kolesterol tinggi bagi orang kurus?
Individu yang susah naik berat badan sering kali terlepas pandang dalam mengetahui berapa banyak lemak dan kolesterol yang ada dalam badan mereka.
Perkara ini mungkin menyebabkan mereka yang kurus teruskan makan makanan berkolesterol tinggi mengikut ‘selera tekak’ sahaja, kerana yakin dengan saiz badan yang kurus. Ini kerana mereka tidak melihat tanda kolesterol tinggi pada tubuh mereka.
Semakin tinggi tahap kolesterol anda, semakin tinggi risiko anda menghidap aterosklerosis, strok, serangan jantung dan tekanan darah tinggi walaupun anda kurus!
Jadi, ingat ya, walaupun berat badan anda normal, anda mungkin tidak sihat seperti yang difikirkan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Apa itu kolesterol?
Kolesterol adalah sejenis lipid. Ia adalah bahan seperti lemak yang dihasilkan oleh hati anda secara semula jadi dan sangat penting untuk pembentukan membran sel, hormon tertentu, dan vitamin D.
Selain itu, kolesterol tidak larut dalam air, jadi ia tidak dapat melalui darah anda sendiri. Untuk bantu ‘membawa’ kolesterol, hati akan menghasilkan lipoprotein.
Lipoprotein adalah zarah yang terhasil daripada lemak dan protein. Ia membawa kolesterol dan trigliserida (jenis lipid lain) melalui saluran darah anda.
2 bentuk utama lipoprotein adalah lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL).
Sekiranya darah anda mengandungi terlalu banyak kolesterol LDL (kolesterol yang dibawa oleh lipoprotein berkepadatan rendah), ia dikenali sebagai kolesterol tinggi.
Apabila tidak dirawat, kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan banyak komplikasi kesihatan, termasuk serangan jantung atau strok.
Tanda kolesterol tinggi? Ini punca-puncanya
Kolesterol dibawa melalui darah anda, dan akan melekat pada protein. Gabungan protein dan kolesterol ini disebut sebagai lipoprotein.
Terdapat pelbagai jenis kolesterol, berdasarkan apa yang dibawa oleh lipoprotein, iaitu:
- Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL). LDL, atau kolesterol ‘buruk’, membawa zarah kolesterol ke seluruh badan anda
- Kolesterol LDL berkumpul pada dinding arteri, menjadikannya keras dan sempit
- Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL). HDL, atau kolesterol baik, mengambil kolesterol berlebihan dan membawanya kembali ke hati anda
Profil lipid juga biasanya mengukur trigliserida, sejenis lemak dalam darah. Tahap trigliserida yang tinggi juga dapat meningkatkan risiko penyakit jantung.
Faktor-faktor yang boleh anda kawal seperti tidak aktif, obesiti dan pengambilan diet tidak sihat akan menyumbang kepada peningkatan kolesterol dan kolesterol HDL rendah.
Komplikasi-komplikasi
Perkembangan aterosklerosis adalah penyakit kronik vaskular yang progresif di mana plak akan berkumpul di dinding arteri.
Tanda kolesterol tinggi boleh menyebabkan pengumpulan kolesterol berbahaya di dinding arteri anda.
Kemudian ia akan mengurangkan aliran darah melalui arteri anda, yang boleh menyebabkan komplikasi, seperti:
- Sakit dada: Sekiranya arteri yang membekalkan jantung dengan darah (arteri koronari) terjejas, anda mungkin mengalami masalah sakit dada dan gejala penyakit arteri koronari yang lain
- Serangan jantung: Sekiranya plak pecah, gumpalan darah akan terbentuk di plak lalu menyekat aliran darah atau menyumbatkan arteri. Sekiranya aliran darah ke bahagian jantung anda berhenti, serangan jantung mampu berlaku. Sama seperti serangan jantung, strok juga berlaku apabila gumpalan darah menyekat aliran darah ke bahagian otak anda
Faktor dan tanda kolesterol tinggi
Anda mungkin berisiko mendapat kolesterol yang tinggi berdasarkan tanda kolesterol dalam badan ini:
- Mempunyai berat badan berlebihan, tetapi individu yang kurus juga tidak terkecuali
- Makan makanan yang tidak sihat atau berkolesterol tinggi
- Tidak bersenam dengan kerap
- Menghisap tembakau
- Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kolesterol tinggi
- Menghidap diabetes, penyakit buah pinggang, atau hipotiroidisme
Tambahan itu, individu daripada semua peringkat umur, jantina, dan etnik boleh mempunyai masalah kolesterol yang tinggi.
Apakah cara menurunkan kolesterol tinggi?
Perubahan gaya hidup sihat akan dapat menurunkan kolesterol anda dan bantu mencegah daripada mempunyai kolesterol yang tinggi.
Untuk bantu mencegah tanda kolesterol tinggi, anda boleh ikut cara menurunkan kolesterol tinggi:
- Makan makanan rendah garam yang menekankan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian
- Hadkan jumlah lemak haiwan dan ambil lemak baik secara bersederhana
- Menurunkan berat badan tambahan dan mengekalkan berat badan yang sihat
- Berhenti merokok
- Bersenam hampir setiap hari dalam seminggu sekurang-kurangnya 30 minit
- Minum alkohol secara sederhana
- Menguruskan tekanan dan stres
Apakah makanan berkolesterol tinggi yang harus dielakkan
Kolesterol terkandung dalam produk makanan bersumberkan haiwan, seperti daging, telur, dan tenusu.
Untuk membantu merawat kolesterol yang tinggi, doktor mungkin akan menyuruh anda untuk mengehadkan pengambilan makanan berkolesterol tinggi.
Contohnya, produk berikut mengandungi kadar kolesterol yang tinggi:
- Daging merah berlemak
- Hati dan organ-organ dalaman haiwan
- Telur, terutamanya telur kuning
- Produk tenusu yang tinggi lemak, seperti keju, susu, aiskrim, dan mentega
Kesimpulannya, anda mungkin tidak akan melihat tanda kolesterol tinggi pada tubuh badan anda, tidak kiralah anda gemuk atau kurus. Jadi, sebaiknya, lakukan pemeriksaan tahap kolesterol secara berkala dan jaga pemakanan anda.
Kesan buruk kolesterol tinggi
[embed-health-tool-bmi]