Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Endokarditis merupakan jangkitan endokardium. Ia melibatkan jangkitan bakteria yang menyebabkan keradangan pada lapisan, otot serta injap jantung. Jangkitan ini juga dikenali sebagai infeksi endokarditis (IE), endokarditis bakteria (BE), endokarditis berjangkit dan endokarditis fungus.
Jangkitan ini amat jarang untuk berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom dan tanda endokarditis yang biasa berlaku adalah:
Endokarditis juga boleh menyebabkan simptom yang jarang berlaku, termasuklah:
Simptom ini mungkin berkembang perlahan-lahan atau muncul secara tiba-tiba, bergantung kepada jenis kuman yang menyebabkan jangkitan. Kemunculan gejala juga bergantung kepada jika anda mempunyai masalah berkaitan jantung. Tanda dan simptom endokarditis boleh berbeza-beza bagi setiap individu.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai simptom yang dialami, sila dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor anda.
Sekiranya terdapat sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan di atas atau pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Ini kerana setiap badan bertindak balas secara berbeza. Jadi cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor untuk menentukan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.
Jangkitan ini berlaku apabila kuman memasuki aliran darah, merebak ke jantung anda dan melekat pada injap jantung yang tidak normal atau tisu jantung yang rosak. Sesetengah jenis bakteria merupakan punca utama kebanyakan jangkitan endokarditis. Tetapi kulat atau mikroorganisma lain juga mungkin boleh menjadi punca jangkitan.
Biasanya, sistem imun memusnahkan bakteria berbahaya yang memasuki aliran darah anda. Walaupun bakteria berjaya menyusup masuk ke bahagian hati, ia mungkin sekadar melalui bahagian tersebut tanpa menyebabkan jangkitan.
Walau bagaimanapun, bakteria yang hidup di dalam mulut, tekak atau bahagian badan yang lain, seperti kulit atau usus, kadang kala boleh menyebabkan jangkitan yang serius seperti endokarditis di bawah keadaan yang tertentu.
Bakteria, kulat atau kuman lain yang menyebabkan endokarditis mungkin memasuki aliran darah anda melalui:
Bakteria boleh dengan mudah melekat pada lapisan jantung anda (endokardium), jika permukaan lapisannya kasar. Anda juga lebih cenderung untuk mengembangkan endokarditis jika anda mempunyai injap jantung rosak atau berpenyakit. Walau bagaimanapun, endokarditis juga boleh berlaku kepada individu yang sihat.
Terdapat banyak faktor risiko untuk endokarditis, seperti:
Sekiranya jantung anda sihat, risiko anda untuk mengembangkan endokarditis mungkin sedikit, walaupun masih terdapat kemungkinan. Kuman yang menyebabkan jangkitan cenderung melekat dan membiak pada injap jantung yang rosak atau dibedah secara surgikal serta pada endokardium yang mempunyai permukaan kasar.
Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor boleh mengesyaki endokarditis berdasarkan sejarah perubatan, tanda-tanda dan simptom yang anda alami serta hasil ujian dilakukan. Diagnosis endokarditis biasanya berdasarkan pada beberapa faktor dan bukan daripada hasil satu ujian positif atau simptom.
Doktor boleh menyarankan beberapa ujian untuk membantu mendapatkan diagnosis positif, termasuk:
Banyak kes jangkitan endokarditis ini berjaya dirawat dengan antibiotik. Namun, ada masanya pembedahan mungkin diperlukan untuk memperbaiki injap jantung yang rosak dan membersihkan sebarang tanda jangkitan yang tersisa.
Antibiotik
Jika anda mempunyai endokarditis, doktor anda mungkin mengesyorkan dos antibiotik intravena (IV) yang tinggi di hospital. Doktor akan menggunakan ujian darah untuk membantu mengenal pasti organisma yang menyebabkan jangkitan anda. Berdasarkan keputusan ujian darah anda, doktor akan memilih antibiotik yang paling sesuai atau gabungan antibiotik untuk melawan jangkitan.
Anda biasanya perlu berada di hospital untuk tempoh masa seminggu atau lebih ketika anda mula mengambil antibiotik IV. Ini adalah untuk memudahkan doktor untuk melihat sama ada antibiotik berkesan terhadap jangkitan anda. Anda biasanya akan mengambil antibiotik selama beberapa minggu untuk menyingkirkan jangkitan.
Apabila demam dan tanda serta simptom yang serius telah berlalu, anda mungkin boleh keluar daripada hospital dan meneruskan terapi antibiotik IV dengan pemeriksaan berkala dengan doktor atau penjagaan berasaskan di rumah. Anda masih perlu berjumpa doktor anda untuk memastikan rawatan anda berkesan.
Adalah penting untuk memberitahu doktor tentang sebarang tanda atau simptom yang mungkin bermakna jangkitan anda semakin teruk, seperti:
Jika anda mengalami cirit-birit, ruam, gatal-gatal atau sakit sendi, pastikan anda memaklumkan kepada doktor pada kadar segera. Tanda dan simptom ini mungkin menunjukkan tindak balas antibiotik anda.
Sekiranya anda mengalami sesak nafas atau bengkak pada buku lali atau kaki selepas anda memulakan rawatan antibiotik, sila berjumpa dengan doktor anda dengan serta-merta. Tanda dan simptom ini boleh menjadi petunjuk kegagalan jantung.
Pembedahan
Jika jangkitan merosakkan injap jantung, anda mungkin mengalami komplikasi untuk tempoh yang panjang selepas rawatan. Kadang kala pembedahan diperlukan untuk merawat jangkitan berterusan atau menggantikan injap yang rosak. Ada masanya pembedahan juga diperlukan untuk merawat endokarditis yang disebabkan oleh jangkitan kulat.
Bergantung pada keadaan anda, doktor mungkin mengesyorkan sama ada membaiki injap yang rosak anda atau menggantikannya dengan injap tiruan yang diperbuat daripada haiwan atau tisu jantung manusia (injap tisu biologi) atau bahan buatan manusia (injap mekanik).
Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi endokarditis:
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.