Biasanya kita melihat kalau doktor nak tentukan seseorang itu hidup atau tidak dengan memeriksa degupan jantungnya. Tetapi pernah terfikir tak, apakah kadar nadi normal mengikut umur anda?
Untuk mendapatkan info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Cara mengukur kadar nadi normal mengikut usia
Berikut adalah cara untuk anda mengetahui degupan jantung atau bacaan oximeter mengikut umur dalam tempoh seminit.
1. Letakkan tiga jari; jari telunjuk dan jari tengah di bawah pangkal ibu jari pada pergelangan tangan sebelah yang lain.
Anda juga boleh menggunakan bahagian leher dengan meletakkan jari telunjuk dan jari tengah pada bahagian tepi leher.
2. Berikan sedikit tekanan dengan menggunakan jari sehingga anda dapat merasakan denyutan di bawah jari.
Anda mungkin perlu menggerakkan jari ke atas dan ke bawah sehingga ‘berjumpa’ denyutan tersebut.
3. Letakkan jam pada tangan kedua atau anda boleh melihat jam yang dipakai.
4. Kirakan rentak nadi dirasai untuk tempoh 10 saat. Darabkan jumlah yang diperolehi dengan 6 untuk mendapatkan kadar nadi bagi tempoh seminit.
Hitung kadar nadi: __ denyutan dalam 10 saat x 6 = __ denyutan / minit
Apakah kadar nadi normal mengikut usia?
Berapakah bacaan oximeter mengikut umur? Berapa degupan jantung normal dewasa?
Berdasarkan American Heart Association (AHA), degupan jantung normal dewasa, kadar degupan jantung anda mestilah antara 60 hingga 100 denyutan seminit.
Bagi mereka yang berusia antara 6 hingga 15 tahun, denyut nadi seharusnya antara 70 hingga 100 bagi setiap minit.
Mengetahui kadar nadi normal mengikut umur yang baik
Kadar degupan jantung yang baik adalah berbeza bagi setiap individu. Umumnya ia bergantung kepada usia dan jenis pekerjaan fizikal yang dilakukan.
- Bayi baru lahir – 100-160 degupan / minit
- 0-5 bulan – 90-150 degupan / minit
- 6-12 bulan – 80-140 degupan / minit
- 1-3 tahun – 80-130 degupan / minit untuk denyutan nadi normal kanak-kanak
- 3-5 tahun – 80-120 degupan / minit
- 6-10 tahun – 70-110 degupan / minit
- 11-14 tahun – 60-105 degupan / minit
- 15 -19 tahun – 60-100 degupan / minit
- 20 tahun – 100-170 degupan / minit
- 30 tahun – 95-162 degupan / minit
- 35 tahun – 93-157 degupan / minit
- 40 tahun – 90-153 degupan / minit
- 45 tahun – 88-149 degupan / minit
- 50 tahun – 85-145 degupan / minit
- 55 tahun – 83-140 degupan / minit
- 60 tahun – 80-136 degupan / minit
- 65 tahun – 78-132 degupan / minit
- 70 tahun – 75-128 degupan / minit
Sekiranya kadar nadi normal mengikut umur lebih rendah daripada 60 per minit, bukanlah bermakna ia tidak normal.
Bagi atlet atau individu yang sering melakukan aktiviti fizikal sederhana hingga kuat, kadar degup jantung adalah antara 40 hingga 60 per minit.
Memahami kadar nadi normal mengikut umur
Berapa denyutan nadi normal kanak-kanak?
Terdapat perkara-perkara yang boleh meningkatkan atau menurunkan kadar denyutan nadi anda.
Kebiasaannya, nadi akan meningkat:
- Sejurus selepas anda merokok atau minum kopi
- Apabila berada dalam keadaan takut, cemas atau tertekan
- Sekiranya cuaca panas dan lembap
- Menggunakan ubat-ubatan tertentu seperti dekongestan
- Kerap mengambil minuman beralkohol
Terdapat juga keadaan kesihatan yang boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan dapat dipulihkan dengan rawatan seperti:
- Gangguan tiroid seperti hipertiroidisme
- Tahap hemoglobin rendah dalam darah (anemia)
Beberapa keadaan seperti takikardia supraventrikular (SVT), boleh menyebabkan peningkatan kadar nadi secara tiba-tiba ketika berehat.
Situasi ini perlu dirawat segera kerana ia boleh menyebabkan kematian mengejut!
Pengambilan alkohol yang banyak dan secara kerap juga boleh mengakibatkan denyutan jantung cepat dan tidak teratur (fibrilasi atrium), juga merupakan perubatan kecemasan
Denyutan jantung tinggi berterusan turut boleh menyebabkan otot jantung menjadi lemah dan perlu bekerja lebih keras bagi memproses jumlah darah yang sama.
Manakala kadar nadi mungkin lebih rendah kerana:
- Bersenam dan melakukan aktiviti fizikal secara berkala
- Tahap hormon tiroid rendah (hipotiroidisme)
- Pengambilan ubat tertentu seperti beta-blocker – berfungsi untuk merawat hipertensi dan kegelisahan
Kadar nadi normal mengikut umur ketika berehat
Pernah dengar tentang denyutan jantung rehat atau resting heart rate?
Ia adalah kadar nadi seminit apabila anda sedang berehat!
Waktu paling tepat untuk memeriksanya adalah pada waktu pagi setelah tidur nyenyak, sebelum anda bangun dan minum kopi.
Dalam hal ini, lebih rendah kadar nadi individu adalah lebih baik.
Ini bermaksud otot jantung anda berada dalam keadaan lebih baik dan tidak perlu bekerja keras untuk mengekalkan rentak yang stabil.
Anda perlu sentiasa memantau kadar degupan jantung dan kadar nadi normal mengikut umur ini.
Peringatan!
Ia boleh menjadi keadaan serius yang dikenali sebagai aritmia!
[embed-health-tool-heart-rate]