Denyutan nadi laju boleh menjadi tanda kepada pelbagai jenis masalah kesihatan. Kajian terbaru menunjukkan ia juga boleh meramal risiko masalah mental!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Denyutan nadi laju boleh menjadi tanda kepada pelbagai jenis masalah kesihatan. Kajian terbaru menunjukkan ia juga boleh meramal risiko masalah mental!
Seperti yang anda sedia maklum, kadar denyutan nadi bagi setiap individu adalah berbeza.
Namun, ia berada dalam lingkungan nilai normal yang sama. Bagi orang dewasa, kadar denyutan nadi kebiasaannya berada pada nilai di antara 60 hingga 100 denyutan seminit.
Umumnya, nilai denyutan rendah adalah lebih ideal berikutan ia merupakan tanda bahawa jantung anda tidak perlu bekerja keras untuk memenuhi keperluan sel badan.
Pun begitu, bagaimana saintis meramal risiko penyakit mental melalui denyutan nadi dan apa kaitan di antara keduanya?
Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Seperti yang telah penulis sebutkan di atas, terdapat pelbagai jenis faktor yang boleh mempengaruhi kadar denyutan nadi normal seseorang.
Sama ada anda mengambil ubat, baring, berdiri, bergerak, dalam keadaan stres atau sedang berehat, kepelbagaian nilai denyutan nadi penting bagi memastikan sel badan mendapat keperluan yang mencukupi.
Walaupun nilai normal adalah di antara 60 hingga 100 denyutan seminit, jika denyutan nadi anda melebihi nilai 90, ia sudah dianggap tinggi.
Kajian menunjukkan peningkatan pada kadar denyutan nadi mempunyai kaitan yang kuat dengan risiko penyakit kardiovaskular.
Bagaimana pula dengan denyutan nadi bagi kanak-kanak?
Mereka mempunyai kadar denyutan waktu rehat yang lebih laju berbanding orang dewasa berikutan proses metabolisme yang tinggi.
Sebagai contoh, bayi yang baru lahir mempunyai kadar denyutan nadi di antara 100 hingga 150 denyutan seminit dan ia dianggap normal.
Nilai tersebut akan berubah apabila mereka membesar:
Kajian yang diterbitkan di laman Psikiatri JAMA telah melibatkan 1,794,361 subjek yang berusia seawal 18 tahun.
Maklumat kadar denyutan nadi dan tekanan darah telah diambil daripada Program Latihan Ketenteraan Sweden bermula dari tahun 1969 hingga 2010.
Ia telah dibandingkan dengan maklumat rekod kesihatan nasional sehingga tahun 2013.
Kadar denyutan nadi tertinggi yang direkodkan melebihi 82 denyutan seminit dan keadaan tersebut menunjukkan kaitan dengan penyakit mental:
Adakah ini bermakna mereka yang mempunyai denyutan nadi laju sahaja berisiko mendapat masalah mental?
Perbandingan rekod menunjukkan mereka yang mempunyai denyutan nadi kurang daripada 62 denyutan seminit mempunyai kaitan dengan tabiat penggunaan dadah terlarang dan masalah jenayah.
Kaitan tersebut turut boleh diaplikasikan kepada tekanan darah subjek.
Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi atau rendah juga mempunyai risiko untuk mendapat masalah mental.
Namun, kaitannya tidak sekuat maklumat denyutan nadi jantung.
Menurut pengkaji Universiti Helsinki, Antti Latvala, keadaan tersebut boleh menjadi tanda kepada masalah yang dialami oleh subjek.
Sebagai contoh, mereka yang stres kebiasaannya mempunyai kadar degupan jantung yang lebih laju.
Berdasarkan kepada rumusan tersebut, penting untuk kita faham bahawa bukan semua individu yang mengalami denyutan nadi laju akan didiagnosis dengan masalah mental.
Penyakit mental sangat kompleks dan ia boleh diakibatkan oleh pelbagai jenis faktor luaran dan dalaman.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kadar denyutan nadi anda.
Antaranya adalah seperti berikut:
Dalam keadaan tertentu, peningkatan denyutan nadi tidak menyebabkan sebarang komplikasi kesihatan.
Namun, jika ia berlaku dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan kesan negatif terhadap tahap kesihatan badan secara menyeluruh.
Antara faktor yang boleh menyebabkan denyutan nadi laju kronik adalah:
Denyutan nadi jantung boleh jadi tidak normal jika anda menjalani gaya hidup tidak sihat.
Kajian menunjukkan bahawa denyutan nadi laju atau perlahan boleh meningkatkan risiko masalah jantung dan mental.
Sekiranya anda sering rasa berdebar-debar, sila berjumpa dengan doktor untuk khidmat nasihat kesihatan dan rawatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen