backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Jangkitan Pneumonia Boleh Bawa Maut? Ini Punca, Simptom & Rawatan Kondisi Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10 jam lalu

Jangkitan Pneumonia Boleh Bawa Maut? Ini Punca, Simptom & Rawatan Kondisi Ini!

Dalam mengharungi wabak jangkitan pandemik COVID-19, istilah pneumonia sering digunakan untuk menggambarkan komplikasi virus tersebut. Rentetan itu, persoalan berkenaan jangkitan kuman dalam paru paru ini menjadi lazim. 

Perkara ini sememangnya masuk akal, memandangkan istilah tersebut sering diguna pakai, namun kebanyakan individu keliru dan tidak mengetahui maksud di sebaliknya.

Artikel ini akan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan pneumonia, apa yang menyebabkan ia berlaku, bagaimana ia dirawat dan langkah pencegahan yang boleh diambil.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Apa itu jangkitan kuman dalam paru paru?

Pneumonia adalah jangkitan kuman dalam paru paru. Ia boleh berpunca daripada mikroorganisma seperti virus, bakteria atau kulat.

Pun begitu, masalah kesihatan ini lazim berlaku disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria.

Adakah jangkitan kuman paru paru boleh berjangkit? Tidak, tahap keterukan akan bergantung kepada mikroorganisma yang menyebabkannya berlaku.

Oleh sebab pneumonia berlaku pada sistem pernafasan manusia, jadi kebanyakan individu mengalami simptom seakan-akan selesema.

Walau bagaimanapun, dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan masalah pernafasan, kerosakan paru-paru dan jika tidak dirawat, kematian.

Pneumonia berbahaya bagi bayi, kanak-kanak dan mereka yang berusia 65 tahun ke atas berikutan sistem imun lemah.

Ini bermakna, jangkitan tersebut boleh menyebabkan komplikasi yang teruk sekiranya dihidapi oleh golongan yang tersenarai.

komplikasi pneumonia
Komplikasi pneumonia terhadap kesihatan tubuh badan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pneumonia adalah punca kematian terbesar bagi masalah jangkitan dalam kanak-kanak.

Malah, pada tahun 2017 sahaja, 808,694 kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah mati akibat pneumonia.

Punca jangkitan kuman dalam paru paru

  • Streptococcus pneumoniae
  • Haemophilus influenzae
  • Respiratory syncytial virus 
  • Pneumocystis jiroveci

Virus lain seperti SARS dan COVID-19 turut boleh menyebabkan masalah pneumonia. Begitu juga dengan bakteria dan kulat yang tidak tersenarai.

Adakah bahaya jangkitan kuman pada paru-paru? Ya, namun ia berbeza bergantung jenis jangkitan kuman dalam paru paru serta tahap kesihatan seseorang. 

Simptom jangkitan kuman paru paru

Oleh sebab pneumonia adalah jangkitan paru-paru, kebanyakan simptomnya berkait dengan sistem pernafasan manusia.

Berikut merupakan simptom jangkitan kuman paru paru yang boleh dialami oleh penghidap:

  • Sakit dada
  • Kelesuan
  • Demam
  • Sukar untuk bernafas
  • Bagi jangkitan bakteria, batuk kebiasaannya disertakan dengan kahak. Bagi jangkitan virus pula, batuk kebiasaannya kering
  • Kekeliruan
  • Sejuk menggigil

Jika anda mengalami masa-mana simptom, lebih baik jika mendapatkan pemeriksaan doktor.

jangkitan kuman dalam paru paru
Ini tanda dan gejala jangkitan kuman paru paru.

Faktor risiko

Perkara penting yang perlu anda ketahui adalah bergantung kepada jenis jangkitan kuman dalam paru paru, ada kemungkinan ia boleh tersebar melalui udara.

Ini bermakna, jika mereka yang dijangkiti bersin atau batuk, titisan udara yang keluar daripada hidung atau mulut boleh mengandungi bakteria atau virus yang berupaya untuk menjangkiti individu lain.

Lazimnya, sistem imun manusia berupaya untuk melawan jangkitan tersebut sebelum ia menyebabkan kemudaratan.

Namun, jika sistem imun seseorang itu lemah atau ia tidak dapat melawan jangkitan, ia boleh menjadi teruk dan menyebabkan masalah pneumonia.

Berikut merupakan faktor risiko yang sering dikaitkan dengan masalah pneumonia:

  • Malnutrisi
  • Terdedah kepada pencemaran udara (asap rokok dan sebagainya)
  • Jangkitan dalam kalangan ahli keluarga yang duduk serumah. Risiko tinggi pada mereka yang mempunyai sistem imun lemah
  • Asma
  • Dimasukkan ke dalam hospital. Mereka yang tinggal lama di dalam hospital berisiko untuk mendapat jangkitan nosokomial

Ini rawatan yang individu perlu & boleh cuba

jangkitan kuman dalam paru paru
Apa rawatan jangkitan kuman paru paru?

Lazimnya, pneumonia yang disebabkan oleh jangkitan kuman dalam paru paru boleh dirawat menggunakan antibiotik berikutan pada kebanyakan kes, ia berpunca daripada jangkitan bakteria.

Walau bagaimanapun, jika virus merupakan sumber kepada masalah kesihatan tersebut, doktor anda mungkin hanya mempreskripsikan ubat untuk mengawal simptom yang sedang anda alami.

Pneumonia boleh berlangsung selama beberapa hari jika ia hanyalah subjenis yang ringan dan jangkitan kuman paru paru boleh sembuh.

Walau bagaimanapun, kelesuan akibat daripada masalah kesihatan tersebut boleh dirasai berminggu atau berbulan selepas sembuh daripada penyakit.

Bagi mereka yang menghidap masalah pneumonia teruk, ia boleh menyebabkan masalah pernafasan. 

Lebih teruk lagi, segelintir pesakit memerlukan bantuan ventilator dan teknologi perubatan yang lain untuk meningkatkan tahap kelangsungan hidup mereka.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 10 jam lalu

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan