backup og meta

Influenza Punca Selesema Teruk? Fahami Tempoh Inkubasi & Pertimbangkan Ambil Vaksin!

Influenza Punca Selesema Teruk? Fahami Tempoh Inkubasi & Pertimbangkan Ambil Vaksin!

Jangkitan selsema teruk yang berpunca daripada virus influenza sememangnya boleh menyebabkan individu menjadi tidak produktif.

Selsema atau selesema merupakan penyakit saluran pernafasan yang lazim didiagnosis setiap tahun dan boleh memberikan implikasi kesihatan yang ketara jika tidak diuruskan dengan baik.

Seperti jangkitan pernafasan yang lain, mereka yang mengalami selsema teruk akibat influenza boleh menjangkitkannya kepada individu lain.

Oleh sebab itulah penting bagi kita untuk memahami berkenaan dengan tempoh inkubasi virus influenza (masa di antara jangkitan berlaku dan simptom pertama muncul).

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui bagaimana jangkitan ini boleh berlaku dan tempoh jangkitan virus.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

Fahami tempoh inkubasi bagi virus influenza sehingga menyebabkan selsema teruk

Secara umumnya, bagi jangkitan influenza, jarak masa di antara jangkitan dan kemunculan simptom pertama adalah di antara 1 hingga 4 hari.

Tempoh berapa lama virus influenza dalam badan berbeza bagi setiap individu dan purata tempoh inkubasi adalah sekitar 2 hari.

Ini bermakna, secara puratanya, individu yang dijangkiti oleh virus influenza akan menunjukkan simptom selepas 2 hari.

selsema teruk
Masalah selesema yang kerap berlaku.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tempoh inkubasi bagi masalah selesema influenza. Antara punca kenapa tiba tiba selsema adalah:

  • Dos jangkitan. Semakin banyak jumlah virus influenza yang masuk ke dalam badan anda, semakin pendek jarak masa di antara jangkitan dan kemunculan simptom pertama
  • Laluan yang diambil oleh virus untuk menjangkiti. Ini merujuk kepada modus kemasukan virus ke dalam badan. Ada yang mendapat jangkitan ini melalui sistem pernafasan secara langsung. Namun ada juga yang mendapat jangkitan selesema influenza melalui sentuhan dengan objek tercemar (fomit)
  • Tahap kekuatan sistem imun anda. Jika anda pernah dijangkiti oleh sebarang virus sebelum dijangkiti influenza, sistem imun badan boleh mengesan virus lebih awal. Perkara ini boleh menyebabkan tempoh inkubasi anda lebih pendek

Ramai individu yang hanya mengasingkan diri selepas mereka menunjukkan simptom selsema teruk.

Hakikatnya, anda sudah boleh menjangkiti individu lain sehari sebelum anda menunjukkan simptom.

Sebagai contoh, jika anda dijangkiti virus pada hari Jumaat, anda boleh menjangkiti individu lain pada hari Sabtu dan hanya mengalami simptom pertama pada hari Ahad.

Perkara ini membuatkan jangkitan selsema teruk ini sukar untuk dikawal. Selepas anda mendapat simptom slesema lebih seminggu, anda boleh menjangkiti individu lain dalam tempoh 5 hingga 7 hari.

Selain selsema teruk, apa simptom awal bagi jangkitan virus influenza?

selsema teruk
Masalah selesema yang biasa terjadi.

Sukar untuk kita membezakan simptom bagi selesema influenza dengan selesema yang berpunca daripada masalah jangkitan lain.

Namun, lazimnya simptom influenza datang secara mendadak. Antara gejala yang boleh anda alami adalah:

  1. Demam.
  2. Sakit kepala.
  3. Sakit tekak.
  4. Hidung tersumbat.
  5. Batuk kering.
  6. Sakit badan.
  7. Seram sejuk.
  8. Rasa lesu dan lemah badan.

Terdapat juga simptom lain yang lazim dialami oleh kanak-kanak seperti loya, muntah dan sakit telinga apabila mereka alami jangkitan selsema teruk.

Anda boleh mengalami simptom influenza di antara 3 hingga 7 hari. Walau bagaimanapun, rasa lesu dan lemah badan boleh dirasai sehingga 2 minggu.

Bagaimanakah kondisi ini boleh merebak atau menjangkiti orang lain?

Pada kebanyakan kes, jangkitan influenza boleh tersebar melalui titisan air saluran pernafasan yang terlepas ke udara semasa anda batuk atau bersin.
Oleh itu, sekiranya anda bersin atau batuk di kawasan awam, titisan udara boleh tersebar dan menjangkiti individu lain dengan lebih mudah.
selalu bersin
Tip atasi radang sinus (resdung).

Terdapat juga kaedah penyebaran yang dikenali sebagai fomit. Ia adalah kaedah yang melibatkan bahan tercemar (bahan yang disentuh oleh mereka yang dijangkiti virus).

Jika anda menyentuh objek tersebut, jangkitan boleh berpindah ke tangan anda. Jika anda menggosok mata, hidung atau mulut tanpa mencuci tangan, jangkitan boleh memasuki sistem pernafasan sehingga menyebabkan selesema.

Oleh itu, jika anda menghidap masalah selesema influenza, anda perlu:

  1. Mengasingkan diri (duduk di rumah).
  2. Cuci tangan dengan kerap menggunakan air dan sabun. Jika tiada, gunakan sanitizer tangan.
  3. Pakai topeng muka.
  4. Jika hendak bersin atau batuk, tutup mulut dan hidung menggunakan tisu atau celahan siku.

Konklusi

Jika anda mengalami masalah selsema teruk, adalah lebih baik jika anda mengasingkan diri daripada individu lain.

Virus influenza sangat mudah merebak dan ia boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang mengancam nyawa.

Cuci tangan secara kerap dan pakai topeng muka sekiranya anda perlu keluar daripada rumah. Jika ada persoalan, ajukan kepada doktor anda sekarang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Timelines of Infection and Disease in Human Influenza: A Review of Volunteer Challenge Studies. (https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18230677/). Accessed February 21, 2021.
  2. Clinical signs & symptoms of influenza. (https://www.cdc.gov/flu/professionals/acip/clinical.htm). Accessed February 21, 2021.
  3. Flu season. (https://www.cdc.gov/flu/about/season/flu-season.htm). Accessed February 21, 2021.
  4. How long does the flu last? (https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/how-long-does-the-flu-last). Accessed February 21, 2021.
  5. Influenza. (https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/flu/symptoms-causes/syc-20351719). Accessed February 21, 2021.
  6. Information about Influenza. (https://www.immunize.org/catg.d/p4208.pdf). Accessed February 21, 2021.
  7. Influenza seasonal. https://www.who.int/health-topics/influenza-seasonal?gclid=CjwKCAjw4c-ZBhAEEiwAZ105RY_dmYbXk1W0WWIK7cnXtHmnKv6qrtjW-OwtWFkB4IDHc3ZSyezJLxoCKBkQAvD_BwE#tab=tab_1. Accessed February 21, 2021.
  8. Influenza (flu). https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/flu-influenza. Accessed February 21, 2021.

Versi Terbaru

18/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Tamiflu: Ubat Terkawal Untuk Influenza Yang Dijual Secara Terbuka, Tak Semua Boleh Ambilnya!

Anak Dr Say Jatuh Sakit Akibat Influenza, Seru Ibu Bapa Ambil Berat Keperluan Vaksinasi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan