backup og meta

Cara Mencegah Penyakit Asma Untuk Anak? Parents Harus Cuba Cara Ini!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Adakah anda ibu bapa yang memerlukan informasi berguna seperti cara mencegah penyakit asma terutamanya terhadap kalangan kanak-kanak? 

Bersempena dengan Hari Asma Sedunia pada 6 Mei 2025, Hello Doktor ingin mengajak anda akan kesedaran dan informasi berguna mengenai asma terutama sekali di kalangan kanak-kanak!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

Apa beza asma dan semput ?

Adakah anda tau beza asma dan semput? Menurut Cleveland Clinic, asma ataupun asma bronkial, adalah penyakit yang menjejaskan paru-paru. Ia adalah keadaan kronik (berterusan). Ini bermakna, ia tidak hilang dan memerlukan pengurusan perubatan yang berterusan.

Semput pula ialah penyakit pernafasan biasa yang didorong keradangan saluran pernafasan kronik dan hingga mengakibatkan kesukaran bernafas. 

Buat individu yang mencari cara hilangkan asma anak, anda perlu tahu bahawa asma tidak dapat dihilangkan. Ia hanya dapat dicegah dan dikawal. 

4 Cara mencegah penyakit asma

1. Kenal pasti pencetus asma anak anda

Setiap individu mungkin mempunyai pencetus asma yang berbeza. Ada yang disebabkan habuk, bulu haiwan, debunga, asap rokok, udara sejuk, atau senaman berat. Jika anda dapat mengenal pasti pencetus ini, anda boleh mengelakkan diri daripada terdedah kepadanya.

Contohnya, jika habuk mencetuskan asma anda, pastikan rumah sentiasa bersih dan bebas dari habuk, terutama di bilik tidur.

Cara mencegah penyakit asma #2. Jauhi asap rokok dan pencemaran udara

Merokok dan pendedahan kepada asap rokok (secondhand smoke) adalah antara pencetus utama serangan asma. Malah, pencemaran udara juga boleh memburukkan gejala.

Elakkan tempat sesak dan kawasan yang berasap atau berdebu. Gunakan topeng muka jika perlu, terutamanya ketika jerebu atau musim pembakaran terbuka.

3. Jaga kebersihan rumah secara berkala, cara mencegah penyakit asma

Penyakit asma pada anak boleh berlaku disebabkan habuk hama, kulat, dan alergen lain sering bersembunyi di tilam, langsir, dan karpet. Pastikan anda mencuci cadar dan sarung bantal anak anda setiap minggu.

Gunakan penyedut hampagas dengan penapis udara HEPA bagi memastikan udara di dalam rumah kekal bersih dan selesa. 

4. Dapatkan vaksinasi dan rawatan awal jangkitan

Selesema dan jangkitan saluran pernafasan boleh mencetuskan serangan asma. Pastikan anda mendapat vaksin influenza setiap tahun dan pertimbangkan vaksin pneumokokal jika disarankan oleh doktor.

Jika mengalami simptom jangkitan seperti batuk atau demam, dapatkan rawatan awal sebelum ia merebak ke paru-paru.

5. Amalkan gaya hidup sihat

Pemakanan seimbang, senaman ringan, dan berat badan ideal dapat membantu mengawal simptom asma. Obesiti meningkatkan risiko asma dan menjadikan pernafasan lebih sukar.

Senaman seperti berenang atau yoga boleh membantu meningkatkan kapasiti paru-paru, tetapi pastikan anda memanaskan badan secukupnya dan elakkan senaman di tempat yang sejuk atau berhabuk.

Anda lebih tahu keadaan anak anda, maka pilih aktiviti yang bersesuaian dengan si cilik ini!

Cara mencegah penyakit asma #6. Ikuti pelan tindakan asma

Jika anak anda telah disahkan menghidap asma, ikuti pelan rawatan yang disediakan oleh doktor. Pesankan kepada anak anda agar menggunakan ubat penyedut (inhaler) seperti yang diarahkan walaupun berasa sihat.

Pelan tindakan asma membantu anda mengenali tanda awal serangan dan mengambil langkah awal sebelum keadaan menjadi lebih serius kepada anak anda.

Produk wajib ada oleh ibu bapa untuk anak yang menghidap penyakit asthma

#1. Nebulizer

Nebulizer ialah alat perubatan yang mengubah ubat cecair menjadi kabus halus lalu membolehkan penyedutan mudah ke dalam paru-paru. 

Kaedah ini boleh memberikan kelegaan yang lebih cepat dan lebih lengkap daripada penyedut, terutamanya bagi mereka yang mengalami kesukaran menggunakannya, seperti bayi atau kanak-kanak.

#2. Inhaler, puffer, MDI  (metered-dose inhaler)

Inhaler ialah sejenis alatan yang digunakan untuk melegakan simptom atau mencegah serangan masa depan dengan membuka saluran pernafasan dan mengurangkan keradangan.

Alat kecil ini berfungsi untuk menghantar ubat terus ke paru-paru anda. Inhaler boleh menjadi serbuk kering, dos bermeter atau kabus lembut. 

#3. Air purifier

Air purifier berfungsi untuk meningkatkan kualiti udara dalaman dengan menyingkirkan bahan pencemar bawaan udara seperti habuk, debunga, bulu haiwan peliharaan dan alergen lain.

Pembersih udara melakukan ini dengan menggunakan gabungan kaedah penapisan, termasuk penapis HEPA dan penapis karbon diaktifkan, untuk memerangkap dan meneutralkan zarah bawaan udara.

#4. Oximeter

Pulse oximetry ialah ujian untuk mengukur tahap oksigen dalam darah anda. Ini adalah ujian mudah dan tidak menyakitkan yang menggunakan penderia yang diletakkan pada hujung jari atau cuping telinga anda.

Ia boleh mengenalpasti keadaan paru-paru yang mungkin berada di tahap oksigen darah anda lebih rendah daripada yang sepatutnya. 

Kesimpulan

Diharapkan perkongsian ini membantu para ibu bapa di luar sana untuk mencari produk yang terbaik bagi cara mencegah penyakit asma yang dihidapi oleh anak anda. Semoga anda dan anak sentiasa bersabar sepanjang proses ini.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Asthma https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/6424-asthma . Diakses pada 2 May 2025

Asthma https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/asthma/symptoms-causes/syc-20369653 . Diakses pada 2 May 2025

Preventing Asthma https://aafa.org/asthma/asthma-prevention/ . Diakses pada 2 May 2025

Tips For Asthma Prevention https://www.webmd.com/asthma/asthma-prevention . Diakses pada 2 May 2025

Pulse Oximetry https://www.asthmaandlung.org.uk/symptoms-tests-treatments/tests/oxygen-level-tests . Diakses pada 2 May 2025

Inhalers https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/8694-inhalers . Diakses pada 2 May 2025

 

 

Versi Terbaru

05/05/2025

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Tekak Perit Sebab Batuk Kering? Jom Cuba Cara Tradisional Untuk Legakan Ketidakselesaan!

Sesak Nafas Atau Batuk Berpanjangan? BAHAYA! Anda Mungkin Menghidap Asma Jenis Teruk


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Dikemas kini 05/05/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan